KEMAMAN: Anak kedua pasangan guru yang meninggal dunia akibat nahas jalan raya di Kilometer 274 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran susur keluar Plaza Tol Cheneh di sini tidak menyangka semalam (Sabtu) adalah pertemuan terakhir dia bersama kedua ibu bapanya.
Faris Najmi Arbain, 19, berkata, sebelum kejadian, ibu bapa bersama tiga adik beradiknya sempat menghantar dia ke Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas) di Kuantan, Pahang kira-kira jam 2.30 petang sebelum meneruskan perjalanan ke rumah ibu saudaranya di Kerteh, di sini.
Katanya, dia mengetahui tragedi menimpa keluarganya itu kira-kira satu jam selepas mereka bertolak dari Polisas.
"Saya dapat tahu mereka ditimpa kemalangan selepas salah seorang adik-beradik saya menghantar gambar melalui aplikasi WhatsApp memberitahu mereka kemalangan.
"Saya sangkakan mereka hanya mengalami kecederaan biasa. Tak sangka ia meragut nyawa ibu dan bapa saya.
"Saya dapat tahu mereka tiada selepas bapa saudara datang jemput saya ke Hospital Kemaman.
"Waktu itu Allah SWT sahaja yang tahu perasaan saya. Rasa luluh dan terkejut," katanya ketika ditemui pemberita, di sini, pada Ahad.
Menurut Faris Najmi, ibu dan bapanya mungkin kepenatan kerana tidak sempat berehat selepas menghantarnya ke Polisas dan meneruskan perjalanan ke Terengganu.
"Saya betul-betul tak sangka sebab mereka tidak menunjukkan sebarang perubahan," ujarnya.
Faris Najmi berkata, kakak sulungnya, Farah Najwa, 20, dan adik bongsunya, Faiqa Nabila,10, yang mengalami kecederaan di beberapa anggota badan termasuk tangan, kaki dan muka masih dirawat di Hospital Kemaman.
Katanya lagi, seorang lagi adiknya iaitu Fatin Najla, 12, telah dibenarkan keluar daripada hospital pada Ahad.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, guru Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang, Arbain Baharudin, 47 dan isterinya Rosmayati Bakar@Lalar, 48, maut manakala tiga anaknya cedera selepas Toyota Estima dinaiki mereka terbabas.
Jenazah Arbain dan Rosmayati selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Pengkalan Kenangan, Kampung Baru Kerteh, kira-kira pukul 12.30 tengah hari pada Ahad.
Selain Faris Najmi, turut membantu pengebumian ibu bapanya ialah kembarnya, Faris Najdi, 19, dan Fitri Naim, 17.
Sementara itu, adik Rosmayati, Rozeta Bakar@Lalar, 47 berkata, dia akan berbincang bersama adik beradiknya yang lain untuk menjaga keenam-enam anak arwah.
Menceritakan detik cemas selepas kemalangan, katanya, dia agak terkilan kerana arwah kakaknya tidak sempat sampai ke rumah dan menjamah makanan yang disediakan.
Katanya, arwah jumpa sempat bertanya sama ada dia sediakan makanan atau tidak di rumah kira-kira 45 minit sebelum nahas.
"Sekitar jam 3.15 petang, kakak sempat WhatsApp saya tanya sama ada sediakan makanan atau tidak kerana mereka sekeluarga belum makan.
"Saya sebenarnya sudah sediakan makanan untuk mereka, malangnya tak sampai satu jam saya terima panggilan memaklumkan mereka ditimpa kemalangan," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Feb 06 2023
(Gambar kecil) Jenazah Allahyarham Arbain dan Rosmayati selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Pengkalan Kenangan, Kampung Baru Kerteh, Kemaman pada Ahad. -Foto Sinar Harian
Penurunan kadar kelahiran perlukan intervensi komprehensif - Pakar
Malaysia sedang mendepani perubahan demografi yang ketara, ditunjukkan oleh penurunan berterusan kadar kesuburan rakyatnya.
Ringgit dibuka tinggi berikutan indeks dolar AS merosot
Pada 8 pagi, ringgit diniagakan pada 4.5080/5145 berbanding dolar AS daripada 4.5090/5135 semalam.
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura: Peluang Pelaburan dan Kerjasama Strategik
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) membolehkan Johor dan Singapura memanfaatkan kekuatan masing-masing untuk menarik pelaburan global. Wartawan Astro AWANI Firdaus Azil menemubual Chong Khai Siang, Ketua Pegawai Eksekutif Austin Heights Group, mengenai peluang dan kerjasama strategik ini.
PIFF 2025: Mencipta kejayaan, memperkasa usahawan
Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) yang memegang mandat membangunkan industri francais Malaysia bakal menganjurkan PERNAS International Franchise Festival (PIFF) 2025. Ikuti temu bual bersama Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif PERNAS, Tengku Mohamed Fadhli Tengku Hamzah yang berkongsi tarikan utama serta apa yang menarik sepanjang festival tiga hari itu.
[KOLUMNIS] Perlombongan dasar laut dalam: Bersediakah Malaysia?
Mineral dasar laut dalam ini berpotensi menyokong pengeluaran besar-besaran elektronik penting seperti telefon pintar dan tablet.
New York perkenal caj kesesakan lalu lintas AS$9 untuk pemandu masuk Manhattan
Sebanyak AS$9 (RM40.60) dikenakan ke atas pemandu di New York yang ingin memasuki Manhattan untuk tangani masalah kesesakan lalu lintas.
EPL: Manchester United seperti 'tidak dihormati' - Kapten Liverpool
Gol penyamaan Amad Diallo menafikan tiga mata yang hampir diraih The Reds selepas Salah jaringkan gol untuk mendahului pada minit ke-70.
Pengambilalihan baki saham MAHB cecah 75.73 peratus
Ini menjadikan jumlah saham yang diperoleh sebanyak 75.73 peratus dengan sejumlah 1,263,575,009 saham.
'Deepfake' berunsur lucah dihasilkan AI bakal jadi kesalahan jenayah di Britain
'Deepfake' ialah video, gambar atau klip audio yang dihasilkan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk kelihatan seperti benar.
AWANI Pagi: Kekuatan alumni bantu Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN
Presiden Persatuan Alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Khalek Awang berkongsi bagaimana kekuatan alumni universiti berperanan dan boleh dimanfaatkan untuk menyokong Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025. Nantikan diskusi 7:30 pagi bersama penyampai Nursyazwani Saiful Sham dan Amirul Aiman.
'Tak sangka semalam pertemuan terakhir'
Faris Najmi hanya mengetahui tragedi menimpa keluarganya itu kira-kira satu jam selepas mereka bertolak dari Polisas.