ALOR SETAR: Seorang lelaki ditahan tidak sampai enam jam selepas merompak sebuah kedai emas di Kompleks Sri Putra, di sini pada Isnin.
Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, sebelum itu polis menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 11 pagi dari seorang lelaki yang dipercayai pemilik kedai emas mendakwa kedai emasnya dimasuki perompak.
Beliau berkata, hasil siasatan pihaknya berjaya menahan lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes itu kira-kira enam jam selepas menerima laporan dari mangsa.
"Lelaki berusia 28 tahun itu ditahan di Jalan Raja, di sini kira-kira jam 6.45 petang Isnin.
"Hasil tangkapan itu juga membawa kepada rampasan barang kes iaitu 16 utas rantai tangan dan kaki berwarna perak dan kuning keemasan, 52 cincin pelbagai bentuk dan warna, 65 utas rantai leher warna perak dan hitam, 15 rantai bangle, satu bekas plastik mengandungi 25 set batu cincin, seutas gelang tangan jade dan sebuah beg bewarna biru gelap," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kamarul Zaman berkata, hasil semakan juga mendapati suspek mempunyai 17 rekod kesalahan lampau di atas pelbagai kesalahan jenayah dan dadah.
Suspek telah direman selama tujuh bermula hari ini sehingga 25 Oktober untuk membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan bagi kesalahan kedua dan seterusnya boleh dikenakan denda dan sebat jika sabit kesalahan.
Adie Sufian Zulkefli
Tue Oct 19 2021
Polis menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 11 pagi Isnin dari seorang lelaki yang dipercayai pemilik kedai emas mendakwa kedai emasnya dimasuki perompak. - Foto PDRM
Bangladesh tidak akan benarkan lagi kemasukan Rohingya ke wilayahnya
Bangladesh pada Isnin menegaskan tidak akan membenarkan lebih ramai etnik Rohingya memasuki wilayahnya.
Peniaga rugi lebih setengah juta diperdaya 'scammer'
Seorang peniaga kerugian lebih setengah juta ringgit apabila terperdaya dengan individu yang menyamar sebagai wakil Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada Sabtu lepas.
Enam maut dalam nahas babitkan bas persiaran di Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam ini.
Akaun TikTok dikesan guna suara, video pakar perubatan tanpa kebenaran
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman mengesan kewujudan akaun TikTok yang menggunakan suara dan video pakar perubatan tempatan tanpa kebenaran bagi mempromosikan produk kesihatan.
Peningkatan pelepasan abu di Gunung Berapi Kanlaon
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer dikesan di Gunung Berapi Kanlaon.
Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Tumpuan Isnin – 23 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Siasatan undang-undang tentera: Polis analisis rekod telefon Presiden Yoon
Polis menganalisis rekod telefon peribadi Yoon Suk Yeol selepas mendapatkannya sebagai sebahagian daripada siasatan mereka terhadap pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal awal bulan ini.
10 Berita Pilihan - (22 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Polis selamatkan dua OKU warga China dijadikan pengemis
Polis menyelamatkan dua Orang Kurang Upaya (OKU) warga China yang dipercayai dijadikan sebagai pengemis.
Sapa pekerja wanita sebelum rompak kedai emas guna ‘pump gun’
Pemilik kedai emas kerugian RM178,000 apabila kedai emas miliknya di Jalan Langgar, di sini dirompak seorang lelaki bersenjatakan 'pump gun' pada Ahad.
Tahi judi online nekad rompak kedai emas, berjaya diberkas
Polis telah menahan lelaki berusia 44 tahun yang dikenali sebagai Methee di persimpangan Kluai Nam Thai.
Wanita mengandung tujuh bulan didakwa cuba rompak kedai emas
Norraniza Muhamad Puslam, yang menangis semasa pertuduhan dibacakan kepadanya, bagaimanapun mengaku tidak bersalah.
Lelaki samun kedai emas guna pistol mainan diberkas
Lelaki tempatan berusia 32 tahun itu ditahan semasa cuba melarikan diri sebaik melakukan rompakan di kedai emas.
Tak sampai 6 jam, suspek rompak kedai emas di Alor Setar ditahan
Seorang lelaki ditahan tidak sampai enam jam selepas merompak sebuah kedai emas di Kompleks Sri Putra Seberang Jalan Putra, Alor Setar pada Isnin.
Guna tukul besi, RM20,000 barang kemas lesap tidak sampai seminit
Kedua-dua suspek yang bertopeng bertindak memecahkan cermin pameran sebelum melarikan sejumlah barang kemas.
Penyelia kedai emas maut ditembak dalam rompakan di Seri Kembangan
Suspek melepaskan satu das tembakan yang tepat mengenai dada lelaki berkenaan dipercayai kerana tidak berpuas hati apabila mangsa tidak mengendahkan arahan mereka.
2 maut dalam kejadian berbalas tembakan di Damansara
Polis berjaya menembak mati dua suspek daripada enam suspek yang disyaki menyamun kedai emas di pusat beli belah Atria Shopping Gallery, Damansara Jaya petang tadi.