GEORGE TOWN: Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik anaknya, Nurul Izzah sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri dilihat tidak salah.
Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, bukan satu kesalahan bagi seorang pemimpin atau ketua kerajaan melantik anggota keluarga sekiranya berkelayakan, mempunyai integriti serta mempunyai kepakaran.
Menurutnya, selain itu, dengan kepakaran yang ada, Nurul Izzah juga dilihat dapat memudahkan urusan negara yang akan dilaksanakan.
"Bagi saya tidak salah seorang pemimpin atau ketua kerajaan melantik anggota keluarganya sebagai pembantu atau penasihatnya dalam hal-hal kewangan, ekonomi dan sebagainya. Asalkan individu yang dilantik itu mempunyai kelayakan dan kepakaran yang dikehendaki di samping ada integriti diri, malah ini boleh memudahkan lagi urusan yang mahu dilaksanakan.
"Sebagai seorang agamawan, saya cenderung melihat isu ini daripada perspektif Islam. Dalam menilai sesuatu tindakan atau amalan, sebahagian kita terkeliru antara matlamat dan cara untuk mencapai matlamat. Banyak masa dihabiskan untuk berpolemik tentang cara untuk mencapai sesuatu matlamat, sedangkan matlamat itu sendiri dipinggirkan malah mungkin diabaikan sama sekali," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Wan Salim berkata, sebagai warganegara Malaysia, rakyat sepatutnya berbangga dengan individu yang sanggup berkhidmat untuk negara dan rakyat dengan sukarela tanpa menuntut sebarang ganjaran.
"Kadang-kadang saya pelik apabila mendapati sebahagian masyarakat memprotes seseorang yang berkhidmat untuk negara secara percuma. Mereka sebaliknya boleh menerima seorang lain yang memperoleh habuan tanpa menyumbang sebarang perkhidmatan.
"Bagi saya, sikap sedemikian menunjukkan kepada kehilangan pertimbangan akal yang waras. Keadaan ini boleh disamakan dengan kisah umat Nabi Luth AS yang mengusir golongan beriman dari kampung halaman mereka dengan alasan golongan tersebut adalah orang-orang yang menyucikan diri daripada kejahatan," katanya.
Beliau berkata, dalam hal yang berkaitan tadbir urus sesebuah negara, matlamat yang ingin dicapai adalah perkhidmatan efisyen, telus dan beramanah agar nasib rakyat terbela selain kehidupan mereka terjamin daripada aspek kebebasan, keadilan dan kebajikan.
"Untuk mencapai matlamat ini individu yang dipertanggungjawabkan untuk mengendali urusan kerajaan terutama dalam hal-hal yang membabitkan kewangan mestilah memiliki integriti diri. Ini adalah supaya tidak berlaku ketirisan dan penyalahgunaan dana awam yang merugikan negara.
"Saya tidak mahu memuji Nurul Izzah secara berlebihan kerana sedar beliau hanyalah manusia biasa yang tidak terlepas daripada kelemahan dan kekurangan. Saya juga tidak mahu menyamakan beliau dengan Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang terkenal dengan sifat zuhud dan waraknya.
"Bagaimanapun, setakat yang saya tahu Nurul Izzah bukanlah seorang yang gila harta dan suka kepada kemewahan. Selain itu, beliau juga mempunyai kelayakan dalam bidang berkaitan dengan jawatan yang dipegang," katanya.
Wan Salim menambah, tindakan Anwar melantik Nurul Izzah tanpa sebarang gaji atau elaun adalah tindakan mulia dan terpuji.
"Jika dilihat daripada perspektif Islam, tindakan sedemikian adalah mengikut jejak langkah orang-orang soleh yang mendapat hidayah ALLAH SWT seperti yang terkandung dalam Al-Quran.
"Semoga ALLAH SWT merestui Anwar dan anaknya selain memperbanyakkan lagi peribadi yang unggul seperti ini di Malaysia," katanya.
Pada Ahad, Nurul Izzah mengesahkan pelantikannya sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri dan memulakan khidmatnya berkuat kuasa 3 Januari lalu.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Feb 01 2023

Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, bukan satu kesalahan bagi seorang pemimpin atau ketua kerajaan melantik anggota keluarga sekiranya berkelayakan, mempunyai integriti serta mempunyai kepakaran. - Gambar fail SINAR HARIAN

MAIWP agih RM1.85 juta kepada 14 hospital dan pusat perubatan
MAIWP menzahirkan penghargaan kepada pembayar zakat di Wilayah Persekutuan yang membolehkan program kebajikan seperti ini diteruskan.
#AWANIRingkas 14 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Mac 2025
1️⃣ Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas hampir enam jam
2️⃣ Aliff Syukri diperintah bela diri
3️⃣ Akta lapuk sukarkan tindakan penguat kuasa
#awaniringkas
1️⃣ Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas hampir enam jam
2️⃣ Aliff Syukri diperintah bela diri
3️⃣ Akta lapuk sukarkan tindakan penguat kuasa
#awaniringkas

Cabaran Malaysia di All England berakhir
Cabaran Malaysia dalam saingan badminton All England berakhir selepas dua wakil terakhir negara, tersingkir di peringkat suku akhir hari ini.

Terperdaya dengan pelaburan saham tidak wujud: Pesara rugi RM2.3 juta
Seorang pesara terpaksa berputih mata setelah mengalami kerugian RM2.3 juta apabila terpedaya dengan pelaburan tidak wujud yang menjanjikan keuntungan lumayan.

Malaysia perlu perkukuh keselamatan siber menerusi kepakaran tempatan
Usaha berkaitan keselamatan siber negara perlu diterajui pakar tempatan bagi mengurangkan ketergantungan terhadap kepakaran dan penyelesaian luar negara.
MAIWP agih RM1.85 juta kepada 14 hospital & pusat perubatan
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, MAIWP memberikan sumbangan sebanyak RM1.87 juta kepada 14 hospital dan pusat perubatan menerusi Tabung Kebajikan Hospital.
Dialog Poket Rakyat: RUUKP: Kawal selia ‘Buy now pay later’
Sejauh mana Rang Undang Undang Kredit Pengguna (RUUKP) mengawal selia industri kredit Malaysia terutamanya kegiatan pemberi kredit perkhidmatan BNPL sekaligus melindungi pengguna kredit daripada terma urus niaga yang berat sebelah dan tatacara pengutipan hutang yang berhemah? Diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat jam 9 malam ini.

FBM KLCI ditutup tinggi seiring bursa serantau
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengakhiri minggu ini dengan meningkat sedikit, seiring dengan indeks serantau walaupun Wall Street mencatatkan prestasi lemah dalam tempoh semalaman.
Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas hampir enam jam
Bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob keluar dari Ibu Pejabat SPRM pada jam 5.42 petang, selepas selesai memberi keterangan hampir enam jam.
Aliff syukri diperintah bela diri kes video sumbang lagu raya
Datuk Aliff Syukri diperintah untuk membela diri oleh Makmah Sesyen hari ini atas empat pertuduhan berkaitan video raya berjudul 'Kelepok Raya'.

Berpuasa tidak halang Nurul Izzah tampil aksi cemerlang di Turkiye
Ratu berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri berjanji akan menampilkan aksi cemerlang meskipun beraksi ketika berpuasa di Kejohanan Piala Negara-Negara di Konya, Turkiye.

Nurul Izzah sedia bersaing secara sihat
Jaguh berbasikal trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri sedia bersaing secara sihat dengan pelumba muda terutama yang sedang meningkat naik Nur Alyssa Farid.

Olimpik Paris 2024: Beasley perhalusi kelebihan taktikal Nurul Izzah, tingkat penguasaan selekoh
John Beasley mengakui masih banyak perlu dilakukan bagi mempersiapkan pelumba wanita Nurul Izzah Izzati Mohd Asri untuk bersaing.

PKR rai ulang tahun 25 tahun dengan penganjuran karnival 11 Mei ini - Nurul Izzah
PKR akan meraikan ulang tahun ke-25 penubuhannya dengan menganjurkan satu karnival terbuka di Sentul Depot, Kuala Lumpur 11 Mei ini.

PKR rombak kepimpinan di enam negeri
Parti Keadilan Rakyat (PKR) melakukan rombakan terhadap Majlis Pimpinan Negeri di enam negeri berkuat kuasa serta-merta.

Liyana Marzuki buat laporan polis, nafi jadi proksi Nurul Izzah
Aktivis, Liyana Marzuki membuat laporan polis berhubung dakwaan yang kononnya beliau menjadi proksi gaji bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar.

MoF nafi Nurul Izzah dibayar sebagai penasihat Laksana
MoF menafikan dakwaan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar dibayar sebagai Penasihat kepada Agensi Pelaksanaan Ekonomi dan Koordinasi Strategik Nasional (Laksana).

Hantaran fitnah: Exco AMK lapor polis terhadap Che’gubard
Satu laporan polis dibuat terhadap Chegubard berhubung kenyataan berunsur fitnah membabitkan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

"Saya bertanding PRN? Tidak benar!" - Nurul Izzah
Nurul Izzah Anwar menafikan beliau antara calon yang dinamakan untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka diadakan Julai ini.

Shah Firdaus terlepas gangsa, Nurul Izzah pecah rekod kebangsaan
Atlet berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom terlepas peluang membawa pulang pingat gangsa acara pecut individu lelaki Kejohanan Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa.