Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mempersoalkan tindakan pihak tertentu membawa pulang abu bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng ke Malaysia.
Menurutnya, beliau merasa dukacita dengan situasi tersebut dan menegaskan pemimpin komunis berkenaan tidak perlu diagung-agungkan.
“Bagi saya, soal dia dah meninggal dunia, tidak apa lah tapi apa motif? Walaupun hanya abu, mana-mana kebumi pun tak apa tapi sentimen tentera kita, sentimen pegawai polis kita, sentimen orang awam, kita perlu beri perhatian.
“Saya rasa ini tindakan yang tidak ambil kira hati bekas anggota tentera dan polis. Bagi saya, saya sangat berdukacita dan tak perlu diagung-agungkan.
“Bayangkan kalau nanti dibina tugu pula, adakan majlis tiap-tiap tahun raikan hari tersebut. Apa akan jadi pada negara kita? Kita tak perlu undur ke belakang,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
BACA: Tiada permohonan bawa masuk abu Chin Peng
Tegas Ahli Parlimen Kubang Kerian itu, sekiranya ada pihak mahu meraikan usaha yang Chin Peng lakukan sebelum ini, beliau menegaskan ia merupakan satu tindakan paling silap.
“Apa tujuan? Negara menentang sistem komunis dan perjuangan komunisme ini menyebabkan anggota, orang awam terkorban.
“Kalau balik untuk mengagungkan perjuangan komunis, saya fikir ini satu kesilapan yang paling besar yang dibuat. Kita harus beri perhatian sentimen kita dengan anggota tentera yang berjuang, rakyat yang menjadi mangsa.
“Jangan kita rai dua tiga kelompok, sepatutnya kita harus ambil kira soal itu,” tegas beliau.
Semalam, tular laporan mendakwa abu mayat mendiang Chin Peng dibawa pulang ke Perak pada 16 September lalu selepas enam tahun kematiannya.
Penyelaras kumpulan yang menguruskan abu mayat berkenaan, Chan Kan Fook, 81, berkata, mereka membawa pulang abu mayat Chin Peng dari Thailand ke Malaysia dua bulan lalu.
Menurutnya, mereka menganjurkan majlis peringatan yang dihadiri lebih 150 orang pada hari yang sama abu mayat itu tiba di Ipoh.
Penularan berita itu mendapat respon negatif daripada netizen yang mengecam tindakan tersebut.
BACA: 'Abu Chin Peng telah ditabur di Lumut, banjaran Titiwangsa' - Laporan
Sinar Harian
Wed Nov 27 2019

Tuan Ibrahim dukacita dengan tindakan membawa masuk abu mendiang Chin Peng dan menegaskan pemimpin komunis berkenaan tidak perlu diagung-agungkan. - Gambar fail
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Jangan hangatkan isu abu Chin Peng - Anwar
Anwar Ibrahim tegaskan, isu abu pemimpin Parti Komunis Malaysia (PKM), mendiang Chin Peng yang dibawa masuk ke negara ini oleh sekumpulan individu baru baru ini tidak perlu dihangatkan.

Polis panggil kumpulan bawa masuk abu Chin Peng
Polis akan memanggil kumpulan yang terlibat dalam pengurusan membawa pulang abu mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng.

Kerajaan tidak pernah benar abu Chin Peng dibawa pulang ke Malaysia - Muhyiddin
Kerajaan tidak pernah membenarkan abu mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng, dibawa pulang ke Malaysia, kata Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Abu Chin Peng: Tunggu kenyataan KDN - Mat Sabu
Kementerian Pertahanan menunggu kenyataan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam isu melibatkan dakwaan abu mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng dibawa masuk ke Malaysia.

Tiada permohonan bawa masuk abu Chin Peng
Kerajaan tidak menerima sebarang permohonan daripada mana-mana pihak untuk membawa masuk abu mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng ke Malaysia.