KUANTAN: Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menegaskan kerajaan Pahang tidak pernah sesekali mengabaikan kebajikan dan tetap menyalurkan bantuan kepada semua lapisan rakyat termasuk di kawasan pembangkang.
Beliau berkata walaupun peruntukan tidak disalurkan secara terus kepada wakil rakyat pembangkang, bantuan itu tetap sampai kepada rakyat sama ada menerusi Pejabat Menteri Besar, Pejabat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Pejabat Daerah.
"Kerajaan negeri akan tetap menyalurkan bantuan walaupun pengundi kawasan tersebut tidak memilih kami pada pilihan raya lepas. Ini tanggungjawab kami sebagai kerajaan. Kerajaan negeri akan sentiasa menyalurkan bantuan secara berterusan tanpa memilih bangsa, agama mahupun warna politik.
"Contohnya, bantuan persekolahan RM100 kepada semua murid tahun satu ... kita beri pada semua tanpa bertanya kepada kanak-kanak itu tentang pilihan politik ibu bapanya," katanya semasa menggulung perbahasan usul menjunjung kasih Titah Diraja Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.
Wan Rosdy juga merujuk kepada Projek Pembangunan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) Negeri Pahang bagi 2023, yang menyaksikan RM118.5 juta diperuntukkan di kawasan DUN pembangkang untuk pelbagai bentuk pembangunan menggunakan peruntukan daripada kerajaan negeri.
Kerajaan negeri juga menurut Wan Rosdy, sentiasa mempertimbang pemberian peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang, dengan Pegawai Kewangan Negeri diminta membuat kajian dan tindakan susulan bagi kertas cadangan itu dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Pahang.
Beliau juga memberi jaminan wakil rakyat pembangkang boleh bertemu dan berbincang dengan kerajaan negeri jika memerlukan bantuan, namun kaedah bantuan mungkin berbeza dan jika diberikan peruntukan, jumlahnya juga berbeza kerana "tidak pernah berlaku dalam sejarah, peruntukan pembangkang dan kerajaan sama".
Isu peruntukan kepada pembangkang mula dibangkitkan pada persidangan DUN Pahang sejak hari kedua persidangan, dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man pada hari ini, sekali lagi mengingatkan Wan Rosdy bahawa sebagai wakil rakyat, beliau patut memahami permasalahan dihadapi pusat khidmat sehingga memerlukan peruntukan.
Berhubung isu air, Wan Rosdy mengulangi komitmen kerajaan negeri untuk memastikan 90 peratus isu bekalan air di negeri ini dijangka diselesaikan pada 2026, namun mengharapkan "ruang dan peluang" diberikan kepada pihaknya dan Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) untuk berbuat demikian.
Menyifatkan agenda air Pahang sebagai amat besar, Wan Rosdy berkata setakat ini, 217 projek penambahbaikan bekalan air dengan kos RM2.3 bilion yang dimaklumkan pada persidangan lepas, kekal dalam perancangan rapi dengan 82 projek daripadanya telah siap dilaksanakan setakat April lepas melibatkan peruntukan kos RM47 juta.
Selain itu, 37 projek dalam pembinaan membabitkan kos RM299.9 juta manakala 98 projek lagi dalam peringkat prapembinaan iaitu perancangan reka bentuk, kelulusan atau urusan pelantikan kontraktor melibatkan kos RM1,996.6 juta.
Projek berkenaan dirancang bagi mengatasi masalah bekalan air di negeri ini antaranya paip pecah, tekanan rendah, putus bekalan, kualiti air mentah yang merosot dan penukaran jajaran paip lama, katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata masalah berkaitan bekalan air berlaku bukan sahaja di Pahang, malah ia juga berlaku di semua negeri di seluruh negara bahkan ada negeri yang tahap perkhidmatan airnya lebih teruk daripada negeri ini.
"Isu utama ialah kadar tarif yang rendah, kali terakhir kajian tarif bekalan air domestik dilakukan bagi Pahang adalah pada 1983 dan tarif air domestik kita yang kedua terendah di Malaysia selepas Pulau Pinang. Kerajaan negeri terus bertahan dengan kadar tarif ini kerana ambil kira bebanan terhadap rakyat," katanya.
Tambah beliau, aduan berkenaan kualiti air bagi 2020-2021 juga menyaksikan Pahang di kedudukan empat terbaik di Malaysia dengan jumlah 668 aduan berbanding 3,254 jumlah aduan bagi negeri jiran, Kelantan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 12 2023
Menurut beliau, bantuan itu tetap sampai kepada rakyat sama ada menerusi Pejabat Menteri Besar, Pejabat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Penyelaras DUN dan Pejabat Daerah. - Gambar fail
Banjir Melaka: 264 mangsa dipindah ke tiga PPS
Setakat jam 8 pagi ini, seramai 264 mangsa membabitkan 71 keluarga telah dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara.
PM rasmi program 2TM, Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam hari ini
Anwar akan merasmikan program dan konvensyen yang bertemakan 'MADANI di Hati, Rakyat Disantuni' itu pada 11 pagi, disusuli sesi 'town hall' atau dialog awam.
Jika Man City dihukum, saya akan tetap kekal bersama pasukan -- Guardiola
Guardiola tandatangani lanjutan kontrak baru dua tahun, menamatkan spekulasi mengenai perjanjian semasa yang akan tamat akhir musim ini.
FFM berpotensi diangkat sebagai festival filem bertaraf antarabangsa - Fahmi
Fahmi berkata FFM setanding Festival Filem Antarabangsa lain seperti yang diadakan di Singapura, Cannes, Locarno, Jogja-NETPAC, Busan, Goa dan Tokyo.
Serangan Israel di Lubnan, lima petugas perubatan terkorban
Israel melancarkan serangan besar ke selatan Lubnan dan pinggir Beirut pada Jumaat, menyebabkan sekurang-kurangnya lima petugas perubatan terkorban.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Gaza terus diserang meski waran tangkap dikeluarkan ICC
Penduduk Gaza pada Jumaat melihat sedikit harapan bahawa waran tangkap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap pemimpin Israel akan memperlahankan serangan ke atas wilayah mereka.
Serangan terbaru tentera Israel, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang dilaporkan terbunuh di Gaza.
Serangan terbaru tentera Israel, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang dilaporkan terbunuh di Gaza.
Kekejaman zionis: OIC sambut baik waran tangkap ICC terhadap pegawai Israel
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menyambut baik keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant atas tuduhan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA).
Korea Utara langgar sekatan PBB, import minyak Rusia
Korea Utara telah melanggar sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dipercayai menerima lebih 1 juta tong minyak dari Rusia sepanjang lapan bulan pertama tahun ini.
Laporan ini berdasarkan analisis imejan satelit yang diterbitkan oleh Pusat Sumber Terbuka yang berpangkalan di Britain bersama BBC pada Jumaat.
Laporan ini berdasarkan analisis imejan satelit yang diterbitkan oleh Pusat Sumber Terbuka yang berpangkalan di Britain bersama BBC pada Jumaat.
PM Mauritius pegang jawatan Menteri Kewangan
Perdana Menteri Mauritius, Navin Ramgoolam, yang mengangkat sumpah bulan ini selepas kemenangan besar pilihan raya, mengumumkan beliau akan memegang jawatan Menteri Kewangan.
Beliau berkata langkah ini bertujuan memastikan kawalan rapi terhadap ekonomi negara.
Beliau berkata langkah ini bertujuan memastikan kawalan rapi terhadap ekonomi negara.
Kim Jong Un tuduh AS provokasi, amaran perang nuklear
Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, menuduh Amerika Syarikat mencetuskan ketegangan dan provokasi di Semenanjung Korea.
Beliau menyatakan wilayah tersebut kini menghadapi risiko tertinggi perang nuklear.
Beliau menyatakan wilayah tersebut kini menghadapi risiko tertinggi perang nuklear.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
Perjanjian jual beli tanah di Gebeng berstatus tanah pajakan
Wan Rosdy berkata penjualan tanah ini adalah untuk tujuan pembangunan industri dan bukan perkara baharu, serta meminta rakyat tidak terkeliru dengan persepsi negatif.
Penduduk Pahang diminta bersiap siaga hadapi Monsun Timur Laut
Penduduk di negeri ini diminta bersiap siaga menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) atau lebih dikenali musim tengkujuh di Malaysia yang dijangka bermula esok sehingga Mac tahun depan.
Sekolah politik akan direalisasi segera selepas perbincangan modul - Wan Rosdy
Beliau berkata, perbincangan lanjut mengenai modul dan silibus sekolah berkenaan akan diadakan dalam masa terdekat.
Permohonan maaf Najib bukan raih simpati - Wan Rosdy
Usaha yang dilakukan bekas Ahli Parlimen Pekan itu juga jelas memperlihatkan sikap beliau yang bertanggungjawab, kata Wan Rosdy.
Banjir: Elak pertindihan bantuan, NGO disaran hubungi PKOB
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata perkara itu perlu dilakukan bagi mengelakkan sebarang pertindihan ketika memberikan bantuan.
Pahang harap R&R LTU diteruskan demi keselesaan, keselamatan pengguna
Meskipun kos mencecah dua kali ganda, kerajaan negeri harap pihak kementerian beri pertimbangan sewajarnya untuk teruskan pembinaan.
Pahang pandang serius isu GISB, tiada kompromi ajaran langgar akidah dan syariah
Kerajaan negeri serah sepenuhnya kepada pihak berkuasa, berhubung tindakan penguatkuasaan dan siasatan terhadap individu serta premis GISB.
Lima ADUN lantikan Pahang angkat sumpah
Majlis angkat sumpah diadakan di hadapan Speaker DUN Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin dengan disaksikan Wan Rosdy dan ADUN lain.
Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang meriahkan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-67
Seramai 4,145 peserta dan 563 kenderaan daripada 111 kontinjen memeriahkan acara perbarisan dan perarakan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 Peringkat Negeri Pahang itu.