TAIPING: Kerajaan negeri Perak terus komited memelihara dan memulihara Taiping sebagai Bandar Warisan di bawah Rancangan Kawasan Khas Warisan Bandar Taiping (RKKWBT) 2.0.
Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata inisiatif melalui Majlis Perbandaran Taiping dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa itu adalah kesinambungan RKKWBT 2020 dan pelaksanaan segera kepada Rancangan Tempatan Daerah Larut Matang 2035 (RTDLM 2035).
"Menerusi RKK ini, fokus terarah pemeliharaan bangunan warisan yang menekankan kelestarian warisan sejarah dan budaya serta peningkatan aspek penguatkuasaan pemeliharaan bandar selain menjaga kualiti reka bentuk bandar warisan sejarah daripada mengalami kemusnahan nilai seni binanya," katanya berucap ketika merasmikan Program Program Citra Nusa@Muzium Matang di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia (JMM) Datuk Kamarul Baharin A. Kasim.
Saarani berkata objektif RKKWBT juga bagi mempromosi penjenamaan semula dan pemuliharaan Taiping melalui ekonomi berteraskan pelancongan warisan dan sejarah sekali gus meningkatkan aktiviti perniagaan bandar serta memberikan peluang pekerjaan baru kepada penduduk tempatan.
Katanya perancangan ini termasuk pelan jangka panjang kerajaan ke arah menjadikan negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertemakan alam semulajadi dan warisan bertaraf dunia.
Sementara itu, program Citra Nusa@Muzium Matang mengajak pengunjung mengimbas sejarah pembesar Melayu, Ngah Ibrahim yang berjuang menentang British di Perak.
Kamarul Baharin berkata muzium itu merupakan lokasi ketiga Program Citra Nusa yang dianjurkan di bawah Kementerian Perpaduan Negara sejak Ogos lalu.
Katanya program selama tiga hari bermula pada semalam dan akan berakhir esok antara lain menyajikan pelbagai program menarik antaranya Pameran Malaysia Tanah Airku, petting Zoo, persembahan artis, Pesta Cahaya Perpaduan, Kayuhan Santai Perpaduan, Persembahan Wayang Kulit, Wayang Pacak, Jualan Rahmah dan banyak lagi.
"Penganjuran program in merupakan inisiatif dan langkah proaktif Kementerian Perpaduan Negara ke arah mencapai gagasan yang dihasratkan pihak kerajaan khususnya bagi memperkukuh perpaduan seluruh masyarakat Malaysia menerusi kerangka 'Membangun Malaysia MADANI' melalui konsep 'Perpaduan Dalam Kepelbagaian," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 09 2023
Saarani (kanan) melihat replika Istana Melaka ketika melawat pameran pada majlis perasmian Program Citra Nusa @Muzium di Muzium Matang, Kota Ngah Ibrahim hari ini. - Bernama
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama
Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Jumaat.
Hidup mati atas jalan raya, lindungilah kebajikan kami...
Sampai bila kebajikan pekerja gig dilayan seperti anak tiriā¦
Itu antara suara mereka yang terlibat dalam sektor ekonomi gig, menganggap gesaan pemain industri untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang Pekerja Gig sama sekali tidak wajar.
Laporan lanjut, ikuti tinjauan disediakan wartawan Khalis Khadir.
Itu antara suara mereka yang terlibat dalam sektor ekonomi gig, menganggap gesaan pemain industri untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang Pekerja Gig sama sekali tidak wajar.
Laporan lanjut, ikuti tinjauan disediakan wartawan Khalis Khadir.
AWFF: 'Abang Adik' menang filem terbaik di Los Angeles
Filem tersebut berjaya mengetepikan 15 filem lain dari seluruh Asia untuk memenangi Piala Snow Leopard.
AWFF: Kemenangan 'Abang Adik' subur harapan ke Oscar
Kemenangan itu menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi tahun depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian: Seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG berkata terdapat kebimbangan mengenai beberapa penyelesaian yang dicadangkan, dan mereka kini sedang menunggu jawapan daripada Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di bawah Jabatan Perdana Menteri
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kepengerusian ASEAN 2025: Perkukuh komuniti dan tangani cabaran serantau - Mohamad
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia berperanan penting dalam memperkukuhkan komuniti ASEAN dan menangani cabaran serantau yang semakin kompleks, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Mayat wanita ditemukan terapung di lombong
JBPM Perak menerima panggilan dari polis bagi membantu mengambil mayat tersebut pada 9.13 pagi.
Pelancong Jepun terlibat nahas bas di Taiping meninggal dunia
Polis berkata wanita berusia 73 tahun itu meninggal dunia pada 9 malam semalam ketika dirawat di Hospital Kuala Kangsar.
Mangsa banjir Perak meningkat, tiga PPS baharu dibuka
Mereka ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara - satu di Kerian dan dua di Larut Matang Selama.
Wanita maut tercampak dari SUV terbabas di Taiping
Seorang wanita maut setelah tercampak dari kenderaan pacuan empat roda dalam kemalangan di Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE).
Warga emas dicari, lebih sebulan menghilang
Polis Daerah Taiping dalam satu kenyataan memberitahu, wanita itu dikenali sebagai Haliza Mohd Taib dan bekerja sebagai pembantu kedai.
Pegawai khidmat masyarakat rugi RM177,700 diperdaya sindiket 'phone scam'
Seorang pegawai khidmat masyarakat di Taiping mengalami kerugian RM177,700 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian.
Nahas dua kereta di WCE: Suami isteri antara tiga maut
Mereka yang maut merupakan seorang lelaki dan dua wanita manakala seorang wanita dan lima kanak-kanak cedera.
Wanita warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah dilanda banjir
Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah yang dilanda banjir di Kampung Temerlok, Trong dekat Taiping, pagi tadi.
Banjir kilat, pokok tumbang jejas 10 mangsa di Taiping
APM Daerah Taiping menerima panggilan kecemasan dari Penghulu Mukim Trong berhubung insiden yang berlaku sekitar jam 6.15 petang itu.
Polis tahan dua lelaki, rampas dadah lebih 21kg
Polis menahan dua lelaki tempatan yang dipercayai terbabit dengan aktiviti pengedaran dadah di Jalan Medan Simpang, Simpang dekat Taiping.