Yang Dipertua Negeri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini dianugerahi darjah kebangsaan Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.), yang membawa gelaran Tun.
Anugerah itu disampaikan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Balairong Seri Istana Negara, Jalan Duta di sini.
Istiadat penganugerahan darjah tertinggi negara itu turut dihadiri Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem dan isteri Taib, Puan Sri Ragad Kurdi.
Pada 1 Mac lepas, Taib mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak ketujuh setelah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak pada 28 Feb lalu.
Beliau memegang jawatan itu selama 33 tahun sejak 26 Mac 1981 bagi menggantikan bapa saudaranya Tun Abdul Rahman Ya'kub.
Anak sulung daripada 10 beradik kepada pasangan Mahmud Abang Yahya dan Hamidah Ya'kub itu dilahirkan pada 21 Mei 1936.
Taib berkhidmat sebagai hakim bersekutu di Mahkamah Agung Australia Selatan selepas menamatkan pengajian dalam bidang undang-undang di University of Adelaide, sebelum kembali ke Sarawak.
Beliau menceburi politik pada 1963 apabila menjadi anggota Majlis Perundangan Negeri Sarawak sehingga 1966.
Beliau kemudian dilantik sebagai menteri perhubungan dan kerja raya negeri dari 1963 hingga 1966 dan selepas itu dilantik sebagai menteri pembangunan dan perhutanan.
Bernama
Mon May 26 2014
GELARAN TUN: Tan Sri Abdul Taib Mahmud dianugerahi darjah kebangsaan Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.M), yang membawa gelaran Tun.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
Taib Mahmud kini bergelar Tun
Yang Dipertua Negeri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud dianugerahi darjah kebangsaan Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.M), yang membawa gelaran Tun.
Taib Mahmud angkat sumpah TYT Sarawak ketujuh
Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengangkat sumpah pelantikan Tuan Yang Terutama, Yang Dipertua Negeri Sarawak ketujuh
Kuching, bandar raya lestari menjelang 2017
Kuching akan capai tahap yang memenuhi tuntutan penduduknya pada semua aspek, dengan Rangka tindakan DBKU dan kerjasama komuniti.
Taib Mahmud: Anwar Ibrahim tidak layak tadbir negara
Tindakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang seringkali membawa pihak luar untuk campur tangan dalam perjalanan politik negara jelas membuktikan beliau tidak layak mentadbir negara.
LHDN maklum pendedahan Global Witness
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mengambil maklum tentang maklumat pendedahan video oleh NGO antarabangsa, Global Witness.
Pendedahan video cubaan aibkan Taib Mahmud
Pemimpin kanan politik Sarawak, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar sifatkan pendedahan rakaman sulit video oleh Global Witness sebagai satu cubaan untuk mengaibkan Ketua Menteri Sarawak.
Sarawak perlu lebih ramai guru prasekolah
Langkah itu selaras usaha menubuhkan lebih banyak sekolah persediaan di rumah panjang, kampung dan pusat penempatan di luar bandar.