Pemimpin kanan politik Sarawak, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyifatkan pendedahan rakaman sulit video oleh aktivis antarabangsa, Global Witness sebagai satu cubaan untuk mengaibkan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
Katanya, tindakan itu tidak beretika dan tidak bertamadun.
Beliau yang juga Timbalan Speaker Dewan Rakyat menegaskan, ia satu percubaan anasir asing untuk mencampuri urusan dalaman negara ini yang seterusnya boleh menimbulkan masalah yang serius apabila kestabilan yang sedia ada tergugat.
"Ia adalah satu tindakan yang underhanded (tidak jujur), yang tidak bertamadun. Saya fikir politik yang sedemikian rupa sepatutnya tidak dibawa ke Sarawak ini. Sudah cukuplah kita mendengar cerita-cerita begini di Semenanjung," katanya kepada Astro Awani.
Beliau diminta mengulas pendedahan rakaman tersebut di laman web Global Witness dan tersebar di media sosial dengan pantasnya sejak Selasa.
Jelas Wan Junaidi, kumpulan aktivis itu tidak sepatutnya mencampuri urusan politik di negara lain termasuk cuba menjatuhkan pemimpin.
"Kita tidak pernah terlibat dengan politik asing. Kita tidak pernah mengganggu mana-mana negara asing dalam politik dalaman mereka. Jadi kenapa pula mereka gunakan ini sebagai isu?
Ini soal politik dalaman. Kita tidak mengizinkan orang luar terlibat dalam politik kita," katanya.
Tambah beliau, apa yang dilakukan oleh Global Witness itu sehingga sanggup menyamar sebagai pelabur asing dan merakamkan perbualan dengan beberapa individu yang mendakwa dekat dengan Taib jelas menunjukkan cubaan pihak asing.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Santubong berharap apa yang dilakukan oleh kumpulan itu tidak akan menjejaskan politik negeri Sarawak yang tenang dan terkawal.
Global Witness ialah kumpulan aktivis yang berpangkalan di London menggerakkan kempen anti penyelewengan termasuk menyiasat kegiatan penyelewengan di serata dunia khususnya yang melihatkan penjarahan alam sekitar dan sumber asli.
Rakaman sulit tersebut memaparkan perbualan seorang lelaki Eropah yang menyamar sebagai pelabur dengan sepupu Taib, Norlia dan Fatimah Abdul Rahman serta dua orang peguam.
Norlia dan Fatimah ialah anak kepada bekas Ketua Menteri, Tun Abdul Rahman Yaakob yang juga bapa saudara kepada Taib.
Taib dan Abdul Rahman mempunyai sejarah hubungan yang renggang ekoran krisis politik negeri pada akhir 1980-an yang dikenali sebagai Peristiwa Ming Court.
Astro Awani
Thu Mar 21 2013
![Pendedahan video cubaan aibkan Taib Mahmud Pendedahan video cubaan aibkan Taib Mahmud](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-03/81363788729_295x200.jpg)
AWANI Borneo [16/07/2024] – SUKMA 2024 | Sentiasa berwaspada | Pintu sempadan
AWANI Borneo Selasa, 16 Julai 2024 bersama Fauzi Zin.
- SUKMA 2024 : Nasib acara takraw wanita diketahui Khamis ini.
- Ribut petir diramal di Sabah, Bomba saran penduduk berhati-hati.
- Urusan imigresen di sempadan, Malaysia-Brunei adakan rundingan.
- SUKMA 2024 : Nasib acara takraw wanita diketahui Khamis ini.
- Ribut petir diramal di Sabah, Bomba saran penduduk berhati-hati.
- Urusan imigresen di sempadan, Malaysia-Brunei adakan rundingan.
![Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714453013_courtgavelmahkam.jpg)
Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan
Dalam penghakimannya, Che Mohd Ruzima berkata perayu gagal membuktikan bahawa Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam memutuskan kes itu.
Malaysia-Brunei adakan rundingan mudahkan urusan Imigresen
Malaysia dan Brunei akan mengadakan rundingan bagi memudahkan proses keluar masuk rakyat kedua-dua negara.
![Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124936_KimPanGon.jpg)
Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia
Bekas ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon mahu mengekalkan hubungan baik dengan skuad itu biarpun tidak lagi bersama.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses Projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
Sentiasa berhati-hati, ribut petir diramal berlaku di Sabah
Orang ramai khususnya yang tinggal di kawasan berisiko di Sabah disaran agar bersiap siaga terutama dari segi perubahan cuaca yang tidak menentu yang seterusnya akan mengakibatkan bencana banjir dan pokok tumbang.
Nasib acara sepak takraw wanita diketahui Khamis ini
Nasib acara sepak takraw wanita berpasukan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 di Sarawak akan ditentukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa SUKMA Peringkat Kebangsaan pada Khamis ini.
JPBM Sabah serah jentera khas buat pasukan sukarela
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Sabah sedang dalam perancangan untuk menyerahkan jentera khas, iaitu Volunter Fire Rescue Tender (VFRT) untuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di Sabah.
Sarawak akan pertahan pingat sukan Muay Thai edisi lalu
Skuad Sarawak akan berusaha mempertahankan masing-masing dua emas, perak dan gangsa dalam kejohanan SUKMA yang dimenangi dalam edisi lalu.
![Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124841_TBFAM.jpg)
Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi
FAM pernah berusaha memujuk Kim Pan-gon untuk terus mengemudi skuad Harimau Malaya hingga kontraknya tamat secara rasmi pada akhir tahun depan.
![Taib sedia saman Global Witness Taib sedia saman Global Witness](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-03/81363743890_295x200.jpg)
Taib sedia saman Global Witness
Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud sedia untuk menyaman Global Witness susulan penyebaran video.
![PAS desak PM arah Taib Mahmud cuti sementara PAS desak PM arah Taib Mahmud cuti sementara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-03/71364214815_295x200.jpg)
PAS desak PM arah Taib Mahmud cuti sementara
PAS desak PM arah Taib Mahmud bercuti untuk SPRM jalankan siasatan adil dan menyeluruh berhubung pendedahan Global Witness.
![TI-M: Pendedahan video perlu siasatan TI-M: Pendedahan video perlu siasatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-03/41363757805_295x200.jpg)
TI-M: Pendedahan video perlu siasatan
Badan pemerhati anti rasuah, Transparensi Antarabangsa Malaysia (TI-M) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan berdasarkan pendedahan video Sarawak.