KUALA LUMPUR: Tahun Harimau sempena sambutan Tahun Baharu Cina tahun ini diharapkan terus mengeratkan hubungan antara kaum di negara ini, selain membawa kemakmuran dan kesejahteraan kepada Keluarga Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
"Bukan sekadar masyarakat Cina, perayaan ini turut disambut oleh semua bangsa di negara ini.
"Ini melambangkan perpaduan kita, selaras dengan semangat Keluarga Malaysia," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran parti MCA, di Wisma MCA di sini hari ini.
Beliau yang tiba kira-kira pukul 9.30 pagi dengan kemeja berwarna merah dan diringi isteri Datin Seri Muhaini Zainal Abidin, disambut Presiden MCA yang juga Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.
Ismail Sabri kemudian menyertai barisan kepimpinan MCA untuk bersama-sama menggaul 'Yee Sang' di awal majlis itu.
Turut hadir pada majlis itu adalah barisan menteri kabinet antaranya Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali serta Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Turut hadir bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Majlis diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan terhad kepada 300 tetamu jemputan, berbanding kapasiti Dewan San Choon yang boleh memuatkan sehingga 1,500 orang.
Sambutan itu turut disiarkan secara langsung di laman Facebook parti MCA.
Majlis dimeriahkan dengan tarian singa, persembahan kebudayaan dan nyanyian.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 01 2022

Perdana Menteri (enam, kanan) dan isteri(tujuh, kanan) bergambar sempena Majlis Tahun Baharu Cina MCA di Wisma MCA, Jalan Ampang hari ini. - Foto BERNAMA
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Tahun Harimau lambang kekuatan, keberanian Keluarga Malaysia - Halimah Sadique
Semangat tahun Harimau itu jelas dilihat tatkala negara berdepan dengan pelbagai cabaran dan dugaan.