Warga Tamil di seluruh dunia memulakan permulaan baru dengan meraikan perayaan Citthirai Puthandu atau Tahun Baru Tamil, Ahad.
Sambutan yang dianggap suci dan meriah ini diraikan setiap tahun pada tanggal 14 April dan merupakan hari pertama dalam kalendar Tamil.
Kalendar tahun Tamil ini mempunyai 12 bulan dan ia mempunyai nama-nama tertentu bermula dengan bulan Chithirai.
Hari ini juga merupakan masa untuk meraikan permulaan baru bagi meraih kemakmuran.
Sambutan yang dianggap suci dan meriah ini diraikan setiap tahun pada tanggal 14 April dan merupakan hari pertama dalam kalendar Tamil.
Kalendar tahun Tamil ini mempunyai 12 bulan dan ia mempunyai nama-nama tertentu bermula dengan bulan Chithirai.
Hari ini juga merupakan masa untuk meraikan permulaan baru bagi meraih kemakmuran.
Sudah menjadi tradisi, kediaman mereka yang meraikan sambutan ini akan dibersihkan dan anjung depan rumah akan dihiasi dengan corak 'Kolam Rangoli" bersama susunan daun mangga yang diikat pada pintu hadapan.
Sementara itu pada malam menjelang sambutan, kaum wanita dalam sesebuah keluarga akan menyusun buah-buahan, kelapa, daun sirih, kacang, bunga, syiling serta emas di dalam sebuah dulang besar dan lampu minyak akan dinyalakan.
Melihat dulang yang disediakan sebaik bangun pagi dianggap sebagai membawa rezeki dan upacara ini dikenali sebagai 'Kani Kanal'.
Penganut akan mandi pagi dan seterusnya memakai pakaian baru untuk pergi ke kuil seawal pukul 6 pagi lagi.
Apabila sampai di rumah selepas ke kuil, ahli keluarga yang muda akan memohon restu dari ibu bapa dan datuk nenek mereka.
Kemudian, wanita di rumah akan mula menyediakan manisan dan makan tengah hari beralaskan daun pisang untuk keluarga. Keistimewaan makan tengah hari Citthirai Puthandu adalah hidangan sebanyak 14 jenis makanan sayuran yang disediakan mengikut ramuan tradisional.
Antara sajian tersebut adalah, satham sambar, vendhakai kootu, manga patchadi dan pavaka poriyal. Manisan lazat seperti halwa badam dan paal payasam juga disediakan.
Sesetengah masyarakat Tamil juga akan membuat pembelian besar pada hari ini, seperti rumah, kereta atau barang emas.
Adalah dipercayai dengan berbuat demikian, seseorang akan memulakan hidup baru dan satu permulaan baru.
Dengan harapan sambutan Puthandu ini membawa kita satu permulaan baru, kemakmuran dan keamanan dalam kehidupan kita, marilah kita mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan kepada ahli keluarga dan sahabat handai yang meraikannya, Chittirai Puthandu Nalvalthukal!