KUALA LUMPUR: Indeks Jurang Gender Malaysia (MGGI) mencatatkan purata skor 0.694 atau 69.4 peratus pada 2022, meningkat 0.2 peratus berbanding 0.692 (69.2 peratus) pada 2021, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata tiga negeri mencatat skor MGGI tertinggi iaitu Putrajaya dengan skor 0.792, diikuti Kuala Lumpur (0.767) dan Labuan (0.736).
"Berdasarkan kepada skor MGGI 2022, kita (Malaysia) berada di kedudukan ke-93 daripada 146 negara di dunia. Pada masa yang sama, dalam kalangan negara Asia Timur dan Pasifik, Malaysia berada di kedudukan ke-11 pada 2022.
"Malaysia mendahului Timor-Leste (0.693), Brunei Darussalam (0.693), Korea Selatan (0.680), China (0.678), Vanuatu (0.678), Fiji (0.650), Myanmar (0.650) dan Jepun (0.647)," katanya dalam kenyataan mengenai Statistik Pemerkasaan Wanita dalam Domain Terpilih Malaysia 2023 hari ini.
MGGI mengenal pasti jurang antara wanita dan lelaki dalam empat subindeks merangkumi peluang dan penyertaan ekonomi, pencapaian pendidikan, kesihatan dan kehidupan serta penguasaan politik.
Skor dengan nilai 1.0 (100 peratus) menunjukkan kesaksamaan antara wanita dan lelaki telah dicapai.
Sementara itu, Mohd Uzir berkata pencapaian wanita telah melebihi lelaki dalam subindeks pencapaian pendidikan dengan skor 1.067, kesihatan dan kehidupan (0.961) manakala peluang dan penyertaan ekonomi (0.644).
"Kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) wanita masih rendah iaitu 55.8 peratus pada 2022 jika dibandingkan dengan negara Asia Tenggara lain seperti Vietnam (75.2 peratus) dan Singapura (73.2 peratus).
"Penguasaan politik merekodkan skor terendah iaitu 10.2 peratus (skor 0.102) yang menunjukkan terdapat potensi peningkatan perwakilan dan pemerkasaan wanita dalam bidang politik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 13 2023
![Tahap kesaksamaan gender 2022 meningkat 0.2 peratus - DOSM Tahap kesaksamaan gender 2022 meningkat 0.2 peratus - DOSM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51701156046_TBbnm.jpg)
Mohd Uzir Mahidin berkata tiga negeri mencatat skor MGGI tertinggi iaitu Putrajaya dengan skor 0.792, diikuti Kuala Lumpur (0.767) dan Labuan (0.736). - Gambar fail
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
[TERKINI] Astro dipilih sebagai penyiar rasmi Olimpik Paris 2024
Astro dipilih sebagai penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini.
[TERKINI] Speaker DUN Melaka tunggu surat rasmi Muhammad Jailani
DUN Melaka masih menunggu surat rasmi daripada Pas berhubung tindakan ADUN Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis yang menyertai Pas.
Sasar sumbang RM500 bilion kepada kdnk tempoh tiga tahun
Selangor perlu merancakkan semula kapasiti pembuatan untuk tidak hanya memenuhi keperluan tempatan, tetapi menjadikan negeri itu sebagai asas kepada pelan peluasan ke rantau Asia Tenggara dan Asia.
![Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720789446_Wanitadihempapkay.jpg)
Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.
Sah suspek anggota polis
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek bunuh Nur Farah Kartini, ialah anggota polis.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit
Suspek kes pembunuhan bekas penuntut UPSI Nur Farah Kartini Abdullah dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, Selangor.
![Ringgit susut berbanding dolar US pada penutup Ringgit susut berbanding dolar US pada penutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit susut berbanding dolar US pada penutup
Pada 6 petang, ringgit susut lagi kepada 4.6745/6790 berbanding dolar AS daripada 4.6725/6745 semasa ditutup semalam.
![Tahap kesaksamaan gender 2022 meningkat 0.2 peratus - DOSM Tahap kesaksamaan gender 2022 meningkat 0.2 peratus - DOSM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51701156046_TBbnm.jpg)
Tahap kesaksamaan gender 2022 meningkat 0.2 peratus - DOSM
Tiga negeri mencatat skor MGGI tertinggi iaitu Putrajaya dengan skor 0.792, diikuti Kuala Lumpur (0.767) dan Labuan (0.736).
![Kesaksamaan gender: Letakkan suri rumah dalam kategori wanita bekerja - Rohani Kesaksamaan gender: Letakkan suri rumah dalam kategori wanita bekerja - Rohani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-02/41517905469_Rohani.jpg)
Kesaksamaan gender: Letakkan suri rumah dalam kategori wanita bekerja - Rohani
Meletakkan golongan tersebut dalam kategori wanita bekerja dapat melonjakkan kedudukan negara dalam indeks global berkaitan kesaksamaan gender.
![64 peratus wanita kakitangan Citi Malaysia, dominasi pengurusan kanan 64 peratus wanita kakitangan Citi Malaysia, dominasi pengurusan kanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/71616740191_UsmanAhmed.jpg)
64 peratus wanita kakitangan Citi Malaysia, dominasi pengurusan kanan
Ketua Pegawai Eksekutif, Citi Malaysia, Usman Ahmed berkata 64.7 peratus merupakan anggota pengurusan kanan bank.
![Hakim Mahkamah Agung AS meninggal dunia Hakim Mahkamah Agung AS meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/61600556017_RuthBaderGinsburg.jpg)
Hakim Mahkamah Agung AS meninggal dunia
Penggantian jawatan itu dijangka menjadi pertikaian ahli politik menjelang kemuncak kempen pemilihan Presiden Amerika.
![Kesaksamaan gender melangkaui daripada sekadar nombor - Rafidah Aziz Kesaksamaan gender melangkaui daripada sekadar nombor - Rafidah Aziz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/51528385038_TANSRIRAFIDAHAZIZ.jpg)
Kesaksamaan gender melangkaui daripada sekadar nombor - Rafidah Aziz
Tan Sri Rafidah Aziz berkata mana-mana kuota yang kurang daripada 50:50 antara wanita dan lelaki tidak boleh dianggap sebagai saksama.
![Penggubalan RUU Kesaksamaan Gender masih di peringkat konsultasi Penggubalan RUU Kesaksamaan Gender masih di peringkat konsultasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/71522733450_ROHANIABDULKARIM.jpg)
Penggubalan RUU Kesaksamaan Gender masih di peringkat konsultasi
Kerajaan masih dalam peringkat konsultasi dengan pelbagai pemegang taruh bagi memastikan semua pandangan diambil kira dalam penggubalan Rang Undang-undang (RUU) Kesaksamaan Gender.
![Perancangan keluarga penting untuk kesaksamaan gender - Rohani Perancangan keluarga penting untuk kesaksamaan gender - Rohani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/61491644932_RohaniAbdKarim.jpg)
Perancangan keluarga penting untuk kesaksamaan gender - Rohani
Akses kepada kesihatan reproduktif termasuk perancangan keluarga adalah antara Matlamat Pembangunan Lestari bagi tempoh 2015 hingga 2030.