Tahap kecerdasan (IQ) amah Indonesia yang didakwa membunuh majikannya empat tahun lepas amat rendah, Mahkamah Tinggi di sini diberitahu pada Ahad.
Pakar Perunding Forensik Psikiatri Hospital Permai Johor Baharu Dr Bada'iah Yahya berkata pemeriksaan berkala beliau mendapati Wilfrida Soik, 20, mempunyai IQ yang sangat rendah berbanding rakan sebaya di hospital berkenaan.
Beliau berkata tertuduh juga menghidap penyakit sawan yang boleh menyebabkan tindakan di luar kawalan.
"Wilfrida tidak mampu memproses apa-apa masalah dan menyelesaikannya," katanya pada perbicaraan Wilfrida, yang diperintah membela diri atas pertuduhan membunuh Yeap Seok Pen, 60, di sebuah rumah di Kampung Chabang Empat Tok Uban, Pasir Mas antara 11 pagi dan 12.30 tengah hari 7 Dis 2010.
Ketika kejadian, tertuduh baru dua minggu bekerja di rumah mangsa.
Mengikut pertuduhan, Wilfrida menggunakan senjata tajam untuk menyebabkan kecederaan parah di muka Yeap sehingga mengakibatkan kematian mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori.
Terdahulu, Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim memerintahkan tertuduh membela diri selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Wilfrida.
Pendakwaan mengemukakan 26 saksi sepanjang perbicaraan kes.
Mahkamah membenarkan permohonan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah agar anak guamnya dibenarkan menggunakan khidmat seorang penterjemah kerana Wilfrida tidak begitu memahami Bahasa Malaysia dan Inggeris.
Ketika memberi keterangan dari kandang tertuduh, Wilfrida berkata semasa kejadian, dia berusia 16 tahun dan terpaksa menipu umurnya untuk masuk serta bekerja di Malaysia.
Wilfrida, yang juga buta huruf, mendakwa dia melarikan diri dari kampung halaman untuk ke Malaysia kerana seluruh keluarga menentang hasratnya bekerja di negara ini.
Katanya, sepanjang berada di rumah Yeap, dia telah didera secara mental dan fizikal sehingga hilang pertimbangan.
Tertuduh juga mendakwa dia tidak ingat bagaimana majikannya itu terbunuh pada hari kejadian.
Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim dan prosiding akan bersambung tiga hari mulai Selasa ini.
Bernama
Mon Mar 31 2014
![Tahap IQ amah bunuh majikan amat rendah, hidap sawan Tahap IQ amah bunuh majikan amat rendah, hidap sawan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/51366124532_295x200.jpg)
FBI sertai siasatan kes kematian enam pelancong di Thailand
Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) menyertai pihak berkuasa Thailand dalam menyiasat kes kematian misteri enam warga asing di sebuah hotel mewah di Bangkok, pada Selasa.
'Semuanya adalah sebuah cabaran di Gaza' - Pegawai PBB
"Semuanya adalah sebuah cabaran di Gaza"
Itu ungkapan pegawai atasan bantuan PBB Palestin, Muhannad Hadi yang memberitahu keadaan penduduk gaza ketika ini kepada pemberita di ibu pejabat PBB pada Rabu.
Beliau turut menyeru agar tindakan progresif diambil agar tebing barat juga tidak berpotensi menjadi seperti Gaza.
Itu ungkapan pegawai atasan bantuan PBB Palestin, Muhannad Hadi yang memberitahu keadaan penduduk gaza ketika ini kepada pemberita di ibu pejabat PBB pada Rabu.
Beliau turut menyeru agar tindakan progresif diambil agar tebing barat juga tidak berpotensi menjadi seperti Gaza.
[TERKINI] Joe Biden dijangkiti COVID-19 ketika berkempen di Vegas
Presiden AS, Joe Biden, alami gejala ringan COVID-19 dan akan kuarantin di Delaware, kata Setiausaha Akhbar White House.
Israel sekat penyelesaian dua negara - Guterres
Polisi Israel di Tebing Barat menghalang prospek penyelesaian dua negara, kata Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres.
![Lulus dua RUU berkaitan Pelabuhan Bintulu, terjemah semangat MA63 - Fadillah Lulus dua RUU berkaitan Pelabuhan Bintulu, terjemah semangat MA63 - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720085306_FadillahYusof.jpg)
Lulus dua RUU berkaitan Pelabuhan Bintulu, terjemah semangat MA63 - Fadillah
Kelulusan dua RUU itu selaras dengan Ordinan Lembaga-Lembaga Pelabuhan 1961 bahawa semua Pelabuhan di Sarawak adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri itu.
![Presiden AS Joe Biden positif COVID-19, alami gejala ringan Presiden AS Joe Biden positif COVID-19, alami gejala ringan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717208020_JoeBiden.jpg)
Presiden AS Joe Biden positif COVID-19, alami gejala ringan
Biden mengalami gejala ringan dan akan ke Delaware untuk mengasingkan diri.
![Keputusan kekalkan kerusi 6 bekas MP Bersatu tidak pelik, gambaran demokrasi berparlimen Keputusan kekalkan kerusi 6 bekas MP Bersatu tidak pelik, gambaran demokrasi berparlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719654005_Bersatu.jpg)
Keputusan kekalkan kerusi 6 bekas MP Bersatu tidak pelik, gambaran demokrasi berparlimen
Keputusan itu juga adalah satu ujian kepada sistem demokrasi berparlimen di Malaysia.
![Op Pintas Mega: Remaja jadi buruh paksa diselamatkan, 47 pekerja asing ditahan Op Pintas Mega: Remaja jadi buruh paksa diselamatkan, 47 pekerja asing ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721253254_OpPintasMega.jpg)
Op Pintas Mega: Remaja jadi buruh paksa diselamatkan, 47 pekerja asing ditahan
Remaja terbabit disyaki dieksploitasi untuk menjadi buruh paksa di kilang memproses bahan kitar semula berkenaan sejak lebih setahun lalu.
![Kerjasama antarabangsa penting demin keadilan untuk mangsa tragedi MH17 - Schoof Kerjasama antarabangsa penting demin keadilan untuk mangsa tragedi MH17 - Schoof](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721252554_DickSchoof.jpg)
Kerjasama antarabangsa penting demin keadilan untuk mangsa tragedi MH17 - Schoof
Kesan tragedi nahas MH17 amat besar dan begitu dirasai di Belanda meskipun sudah sedekad berlalu.
![Sekatan unilateral AS tidak jejas nilai keseluruhan eksport negara - MITI Sekatan unilateral AS tidak jejas nilai keseluruhan eksport negara - MITI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71690209333_MITIMalaysia.jpg)
Sekatan unilateral AS tidak jejas nilai keseluruhan eksport negara - MITI
Syarikat terlibat kehilangan akses terhadap sistem kewangan, perdagangan dan perkhidmatan yang mempunyai pangkalan operasi di AS.
![Dakwaan dera amah Indonesia, kerajaan jamin akan berlaku adil - Hamzah Dakwaan dera amah Indonesia, kerajaan jamin akan berlaku adil - Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659542691_HamzahZainudin.jpg)
Dakwaan dera amah Indonesia, kerajaan jamin akan berlaku adil - Hamzah
Kerajaan memberi jaminan akan berlaku seadilnya dalam kes membabitkan seorang pembantu rumah Indonesia yang mendakwa didera oleh majikannya.
![Ibu dan anak didakwa eksploitasi, dera amah Ibu dan anak didakwa eksploitasi, dera amah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/51616127919_deraamah.jpg)
Ibu dan anak didakwa eksploitasi, dera amah
Wanita dua beranak mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan kekerasan terhadap pembantu rumah wanita warga Kemboja Februari lalu.
![Gagal hadir ke mahkamah, wanita dera amah diberi peringatan terakhir Gagal hadir ke mahkamah, wanita dera amah diberi peringatan terakhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/51590570548_IstanaKehakiman.jpg)
Gagal hadir ke mahkamah, wanita dera amah diberi peringatan terakhir
Mahkamah tidak akan berkompromi lagi kerana setiap kali ditetapkan untuk perbicaraan kes, Rozita Mohamad Ali, 46, tidak hadir atas alasan sama iaitu sakit asma dan lutut.
![Rogol amah: Mangsa sedia lalui proses perbicaraan Rogol amah: Mangsa sedia lalui proses perbicaraan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/71566528669_TBROGOLAMAH.jpg)
Rogol amah: Mangsa sedia lalui proses perbicaraan
Sabda Tian berkata, keadaan wanita berusia 23 tahun itu semakin pulih sepanjang berada di bawah pemantauan Kedutaan.
![Kes bunuh amah digugur, Konsulat Indonesia tuntut penjelasan Kes bunuh amah digugur, Konsulat Indonesia tuntut penjelasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/81555820559_DeraAmah.jpg)
Kes bunuh amah digugur, Konsulat Indonesia tuntut penjelasan
Konsul Jeneral Indonesia di Pulau Pinang, Iwanshah Wibisino berkata, pihaknya sudah menghantar surat rasmi kepada pihak berkenaan dan menunggu maklum balas.
![Peguam Negara akan siasat isu gugur kes bunuh amah - Steven Sim Peguam Negara akan siasat isu gugur kes bunuh amah - Steven Sim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/61555773522_amah.jpg)
Peguam Negara akan siasat isu gugur kes bunuh amah - Steven Sim
"Keputusan mahkamah atas kes Adelina cukup tragis - se-tragis kematiannya," kata Steven dalam satu kenyataan media semalam.
!['Mana keadilan untuk Adelina?' - Tenaganita kecewa majikan dilepaskan 'Mana keadilan untuk Adelina?' - Tenaganita kecewa majikan dilepaskan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/61555773522_amah.jpg)
'Mana keadilan untuk Adelina?' - Tenaganita kecewa majikan dilepaskan
Menurut laporan akhbar Kwong Wah Daily, suspek berusia 60 tahun itu dibebaskan daripada hukuman gantung oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada Jumaat.
![Ibu Adelina Lisao kembali menuntut keadilan Ibu Adelina Lisao kembali menuntut keadilan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/61518949053_amah.jpg)
Ibu Adelina Lisao kembali menuntut keadilan
ibu Adelina keluar semula untuk menuntut keadilan oleh kerana kes penderaan lain yang timbul di Mahkamah Malaysia.
![Amah berusia 16 tahun didera hingga mati Amah berusia 16 tahun didera hingga mati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/81548997003_dera.jpg)
Amah berusia 16 tahun didera hingga mati
Kes penderaan dan pembunuhan seorang amah berusia 16 tahun menimbulkan kemarahan orang ramai di Pakistan.
![Indonesia harap yuran birokrasi amah dikurangkan - Duta Indonesia harap yuran birokrasi amah dikurangkan - Duta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/51528473687_RusdiKirana.jpg)
Indonesia harap yuran birokrasi amah dikurangkan - Duta
Beliau akan mencadangkan perkara itu kepada kerajaan Malaysia bagi memastikan majikan negara ini dapat mengambil amah terlatih pada kadar yang lebih murah.