Konsulat Indonesia di sini menuntut penjelasan Timbalan Pendakwa Raya berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada Jumaat yang mengugurkan kes seorang majikan yang mendera pembantu rumah rakyatnya, Adelina Lisao, sehingga meninggal dunia tahun lepas.
Konsul Jeneral Indonesia di Pulau Pinang, Iwanshah Wibisino berkata, pihaknya sudah menghantar surat rasmi kepada pihak berkenaan dan sedang menunggu maklum balas.
Pihaknya berharap pertemuan dapat dilakukan secepat mungkin memandangkan pihak konsulat perlu memberi penjelasan kepada keluarga Adelina di Kupang, Nusa Tenggara Timur, berhubung perkembangan kes tersebut.
Iwanshah berkata, pengguguran kes tersebut, bukan sahaja mengejutkan rakyat Indonesia, malah rakyat Malaysia juga berkongsi reaksi yang sama.
Bagaimanapun, pihaknya tetap menghormati proses kehakiman yang berlaku dan berharap Adelina mendapatkan keadilan sewajarnya, katanya ketika dihubungi pada Ahad.
Jumaat lalu, media melaporkan bekas majikan pembantu rumah berkenaan, Ambika MA Shan, 61 tahun, terlepas daripada hukuman mati selepas mahkamah tersebut dilapor membebaskannya daripada tuduhan bunuh Adelina susulan permintaan Timbalan Pendakwa Raya supaya dia dilepaskan tanpa dibebaskan.
Keputusan itu mengejutkan banyak pihak termasuk Tenaganita dan Pertubuhan Kebajikan Kemanusiaan Antarabangsa (Peka) yang menuntut Peguam Negara Tommy Thomas mengkaji semula pengguguran kes tersebut.
BACA: Ibu Adelina Lisao kembali menuntut keadilan
Kes penderaan terhadap Adelina pada tahun lalu mengejutkan negara apabila dia diselamatkan dari rumah majikannya di Taman Kota Permai, Bukit Mertajam dalam keadaan tidak bermaya selepas fotonya yang terbiar di luar rumah dirakam seorang jiran.
Ketika diselamatkan, Adelina didapati mengalami kecederaan teruk di seluruh badan dengan lengan dan kakinya dipenuhi luka bernanah akibat terbakar manakala mukanya bengkak.
Malah, mangsa juga dikatakan dipaksa tidur di luar rumah bersama anjing.
Bagaimanapun, Adelina gagal diselamatkan apabila meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Bukit Mertajam.
Susulan kejadian itu, tiga beranak ditahan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
BACA: Keluarga Adelina terima pampasan RM63,900
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim memaklumkan beliau turut menghubungi Tommy bagi mendapatkan penjelasan mengenai perkara tersebut.
Peguam Negara telah memberi respons bahawa beliau secara peribadi akan menyiasat dan melihat apa langkah seterusnya.
Astro Awani
Sun Apr 21 2019

Media pada Jumaat melaporkan Ambika (gambar) terlepas daripada hukuman mati. - Gambar fail

Wakil wanita dalam pengurusan kanan dijangka turun kepada 36.2 peratus pada 2025
Laporan bertajuk Women in Business oleh Grant Thornton mendedahkan berlaku penurunan yang membimbangkan melibatkan perwakilan wanita dalam jawatan pengurusan kanan di Malaysia.

1,821 veteran terima kenaikan kadar pencen hilang upaya
Sebanyak 1,821 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengalami kecederaan semasa dalam perkhidmatan menerima Kenaikan Kadar Pencen Hilang Upaya (PHU) yang berkuat kuasa 1 Jan lepas.
AWANI Borneo [12/3/2025] – Peruntukan baik pulih| Balik kampung| Pendidikan Tinggi Percuma
AWANI Borneo bersama Assim Hassan
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.
Thailand ramal jana RM131 bilion Sambutan Tahun Baharu
Festival Songkran menarik minat ramai pelancong khususnya daripada kalangan pelawat antarabangsa, tidak ketinggalan juga rakyat Malaysia.
Agenda AWANI: Mengurus perpaduan, cakap baik-baik
Apa cabaran terbesar dalam menguruskan perpaduan dan mempromosi hidup bersama dalam budaya damai di Malaysia? Jadikan media sosial sebagai platform semai kecintaan, bukan kebencian? Diskusi 8.30 malam
Suara Rakyat: Dulu syurga beli-belah, kini sepi daripada pengunjung
Peniaga di Kompleks Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu berharap pihak berwajib dalam mengambil langkah segera menghidupkan semula Kompleks Hentian Bas Majlsi Bandaraya Kuala Terengganu yang suatu ketika dulu menjadi syurga beli belah bagi pelancong dan penduduk setempat, tetapi kini sepi.

Rusia, AS bakal berbincang dalam beberapa hari lagi - Kementerian Luar Rusia
Pegawai Rusia dan Amerika Syarikat (AS) boleh mengadakan rundingan dalam beberapa hari akan datang.

70 peratus pelajar baharu SBP, MRSM perlu pilih STEM mulai tahun hadapan - PM Anwar
Perlu ada usaha untuk menambah jumlah pelajar dalam bidang displin Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di negara ini, bagi menampung keperluan dalam bidang berkaitan.
Rakyat Malaysia terjebak penipuan sindiket selamat pulang
25 warganegara Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Mywaddy, Myanmar selamat tiba di kompleks ICQS, Bukit Kayu Hitam, Kedah.
12 direman kes rasuah pendaftaran kelahiran
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman 12 individu kerana disyaki terlibat rasuah membabitkan pendaftaran lewat kelahiran bertaraf bukan warganegara kepada warganegara dan pendaftaran kelahiran menggunakan dokumen sokongan palsu.

Kes bunuh amah digugur, Konsulat Indonesia tuntut penjelasan
Konsul Jeneral Indonesia di Pulau Pinang, Iwanshah Wibisino berkata, pihaknya sudah menghantar surat rasmi kepada pihak berkenaan dan menunggu maklum balas.

Peguam Negara akan siasat isu gugur kes bunuh amah - Steven Sim
"Keputusan mahkamah atas kes Adelina cukup tragis - se-tragis kematiannya," kata Steven dalam satu kenyataan media semalam.

'Mana keadilan untuk Adelina?' - Tenaganita kecewa majikan dilepaskan
Menurut laporan akhbar Kwong Wah Daily, suspek berusia 60 tahun itu dibebaskan daripada hukuman gantung oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada Jumaat.

Ibu Adelina Lisao kembali menuntut keadilan
ibu Adelina keluar semula untuk menuntut keadilan oleh kerana kes penderaan lain yang timbul di Mahkamah Malaysia.

Keluarga Adelina terima pampasan RM63,900
Pampasan dan tunggakan gaji berjumlah RM63,900 telah dibayar kepada keluarga Adelina Lisao pada 13 Februari.

Majikan kes dera amah, bapa dera bayi akan dituduh di mahkamah esok - Polis
Keputusan pendakwaan dibuat selepas pihak Peguam Negara berpuas hati dengan laporan siasatan kedua-dua kes yang dikemukakan polis.

Jasad Adelina Lisao dijangka dihantar pulang malam ini
Naib Konsul Ganeral Indonesia di Pulau Pinang, Osrinikita Zubhana berkata proses dokumentasi sedang dijalankan selepas mendapat kelulusan polis.