Tabung Haji (TH) kini memfokuskan kepada persiapan operasi masyair untuk jemaah Malaysia meliputi aspek pengurusan, logistik, perubatan dan ibadat, menjelang lima hari lagi untuk berwukuf di Arafah pada 9 Zulhijjah atau 23 Sept ini.
Jemaah haji Malaysia turut diberikan sokongan moral dan kaunseling agar mereka kembali fokus untuk pelaksanaan ibadat haji selepas berlakunya tragedi kren tumbang di Masjidil Haram pada 11 Sept lepas yang mengorbankan lebih 100 jemaah termasuk lima jemaah dari Malaysia setakat ini.
Pengurus Ibadat TH Shahrul Azam Noorzeli berkata TH mengadakan enam siri ceramah dan dua siri taklimat berkenaan operasi masyair di maktab-maktab penginapan mereka.
"Ceramah dan taklimat yang diberikan lebih kepada sesi ulangkaji, jemaah telah pun diberikan taklimat serupa semasa sebelum ke Tanah Suci. Ceramah dan taklimat masyair ini diharap dapat meningkatkan lagi kefahaman mereka dan lebih bersedia dan tabah untuk menjalani ibadat haji nanti," katanya kepada pemberita di sini.
Sementara itu Timbalan Ketua Rombongan Haji (Perubatan) Dr Ahmad Faudzi Yusoff berkata jemaah haji diminta menekankan penjagaan kesihatan mereka menjelangnya hari wukuf nanti, dengan mengurangkan aktiviti luar, selain meminum air yang banyak berikutan cuaca panas di Tanah Suci ketika ini yang melebihi 40 darjah celsius.
-
"Pusat rawatan Tabung Haji di Syisya dan pusat-pusat kecemasan TH di maktab-maktab penginapan beroperasi 24 jam bagi merawat jemaah yang tidak sihat. Kami juga sediakan perkhidmatan ambulans untuk menghantar jemaah haji yang memerlukan rawatan lanjut ke hospital kerajaan Arab Saudi," katanya.
Berkenaan operasi masyair, beliau berkata pihaknya juga menyediakan perkhidmatan ambulans untuk membawa jemaah haji Malaysia yang sakit untuk berwukuf nanti.
"Sekiranya pada hari wukuf nanti, terdapat jemaah haji yang sakit, kita akan membawa mereka untuk berwukuf di Arafah. Pegawai ibadat Tabung Haji juga akan bersama pesakit bagi memberikan penerangan berkenaan pelaksanaan ibadat itu," katanya.
Sementara itu Pengurus Maktab 86, Mustafa Kamal Abdul Latif berkata setiap maktab kini mula memberikan taklimat berkenaan operasi masyair.
"Ceramah dan taklimat sedemikian akan lebih mudah dan berfokus. Jemaah diminta mengikuti garis panduan yang ditetapkan meliputi jadual pergerakan bas mereka ke Arafah, taklimat berkenaan penginapan mereka semasa wukuf, barangan yang perlu dibawa dan persiapan barangan peribadi yang perlu," katanya.
Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman sebelum ini memaklumkan bahawa jemaah haji Malaysia dijadual memasuki Arafah pada 8 Zulhijjah dengan menggunakan bas.
"Jemaah haji akan berada di Arafah sehingga 9 Zulhijjah (pada malam 9 Zulhijjah), jemaah akan bergerak ke Muzdalifah. Pada 10,11 dan 12 Zulhijjah, jemaah akan berada di Mina untuk ibadat melontar," katanya.
Lebih 2,000 khemah telah dipasang di Arafah bagi menempatkan lebih 22,000 jemaah haji Malaysia dan setiap khemah akan menempatkan 12 jemaah haji.
Bernama
Fri Sep 18 2015
Lebih 2,000 khemah telah dipasang di Arafah bagi menempatkan lebih 22,000 jemaah haji Malaysia dan setiap khemah akan menempatkan 12 jemaah haji. - Gambar Fail
Kuasa belia dilihat sebagai kunci masa depan ASEAN-China
Golongan muda berfungsi sebagai penghubung penting dalam memupuk hubungan ASEAN-China yang lebih erat.
170,000 Rumah Mampu Milik dibina di Pulau Pinang setakat ini - Sudarajoo
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan 170,000 Rumah Mampu Milik (RMM) bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri itu memiliki rumah.
10 Berita Pilihan - (8 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jerman raikan ulang tahun peringatan ke-35 Tembok Berlin
Gambar dan lukisan hasil ciptaan penduduk tempatan dipamerkan sepanjang empat kilometer di kawasan yang dahulunya menjadi lokasi tembok tersebut.
Amaran ribut salji November dikeluarkan di New Mexico
Ribut salji ini dijangka akan menjejaskan bahagian utara New Mexico serta selatan Colorado.
Lapangan terbang antara yang musnah akibat Taufan Yinxing
Menurut pegawai wilayah,lebih 40,000 penduduk di Wilayah Cagayan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan tiada kematian dilaporkan.
Israel tangguh bawa pulang rakyat diserang perusuh antisemitik
Pada mulanya, Israel telah mengarahkan dua pesawat dihantar ke Amsterdam untuk membawa rakyatnya pulang.
Filipina tandatangani undang-undang baharu berkaitan Laut China Selatan
Akta Zon Maritim Filipina dan Akta Laluan Laut Kepulauan Filipina itu menekankan kepentingan identiti maritim dan kepulauan.
12 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sumber perubatan di Hospital Baptist melaporkan, serangan mengorbankan sembilan rakyat Palestin, termasuk tiga kanak-kanak dan beberapa wanita.
Beli barang bukan keperluan satu trend tidak sihat
Buy Now Pay Later (BNPL) boleh dikatakan istilah moden untuk berhutang menggantikan tradisi lama yang menggunakan buku tiga lima.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
1,301 jemaah meninggal dunia pada musim haji tahun ini - Arab Saudi
"Banyak kes" kematian akibat suhu panas melampau dan perjalanan "tidak dibenarkan."
Lebih 31,000 jemaah haji Malaysia sertai jutaan umat Islam bergerak ke Arafah
Seramai 31,600 jemaah haji Malaysia musim 1445H/2024M mula menyertai jutaan umat Islam keluar dari Makkah untuk ke Arafah.
Arafah #QuranHour angkat surah al-Jumu’ah, al-Hajj
Program yang bertemakan 'Reset Takwa' itu mengangkat dua surah utama sempena perhimpunan terbesar umat Islam di Padang Arafah.
Kemuncak operasi haji semasa Masyair, TH gembleng kerahan besar-besaran
Operasi Masyair pada tahun ini menjadi sangat kritikal kerana permulaan pergerakan jemaah pada 8 Zulhijjah jatuhnya pada hari Jumaat.
Alif Satar berjodoh dengan Faizal Tahir, tunai haji bersama
Hasrat penyanyi dan pengacara Alif Satar dan penyanyi Faizal Tahir untuk menunaikan ibadah haji bersama akhirnya tercapai apabila mereka kini sama-sama berada di Tanah Suci.
Jemaah haji bergerak ke Arafah Isnin ini
Kesemua 31,600 jemaah haji Malaysia akan bergerak ke Arafah, Isnin ini untuk menjalani ibadah wukuf yang merupakan kemuncak haji pada Selasa, 9 Zulhijjah (27 Jun).
Arafah #QuranHour mengangkat Surah Al-Sajdah dan Surah Al-Hajj
Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) menganjurkan program Arafah #QuranHour : Haji membina Ummah sempena Hari Wukuf, 9 Julai ini.
Jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah
Seramai 14,306 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah hari ini, kata Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.
Aidiladha: 12 Julai cuti kelepasan am bagi Kelantan
Kerajaan Negeri Kelantan memberi cuti kelepasan am pada Selasa ini (12 Julai) sebagai cuti gantian sempena sambutan Aidiladha.
Haji: Ibadah wukuf berjalan lancar, selamat
Seramai 60,000 jemaah yang menunaikan ibadah haji tahun ini tetap berpeluang mengikuti khutbah Hari Arafah secara langsung.