Tabung Haji sudah membuat persiapan rapi bagi pergerakan jemaah haji Malaysia dari Mekah ke padang Arafah, termasuk mereka yang sedang menerima rawatan di hospital, untuk wukuf pada 9 Zulhijjah bersamaan 14 Okt ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Beliau yang belum memperoleh jumlah terkini jemaah haji yang sedang menerima rawatan di hospital, berkata mereka akan dibawa ke padang Arafah menggunakan ambulans dan kenderaan pesakit.
"Bagi jemaah haji yang berada di hospital, insyaAllah Tabung Haji akan menguruskan pergerakan mereka ke padang Arafah supaya mereka dapat berwukuf kerana syarat utama haji ialah wukuf di padang Arafah. Wukuf di padang Arafah merupakan salah satu rukun haji.
"Mesti hadir di Arafah, maka orang (jemaah) yang terluput waktu dan juga hari untuk (berada) di padang Arafah maka dia terlepas (terkeluar) daripada ibadah haji," katanya kepada Bernama selepas menghadiri sesi pengenalan calon anggota Majlis Tertinggi (MT) dan Exco pergerakan tiga sayap UMNO di pejabat Badan Perhubungan UMNO Kelantan di sini, hari ini.
Jamil Khir hadir sebagai seorang daripada calon MT.
Beliau berkata bagi jemaah haji yang sihat, Tabung Haji akan mengerakkan mereka ke padang Arafah menggunakan kenderaan yang telah disediakan dan jumlahnya mencukupi.
"InsyaAllah semua persiapan telah berada dalam kemuncak terakhir dan kita mendoakan untuk semua jemaah haji kita sempurna mengerjakan ibadah haji dengan sebaik mungkin," katanya.
Jumlah jemaah dari Malaysia untuk haji musim ini ialah sebanyak 22,320 dan jumlah itu berkurangan 20 peratus berbanding sebelumnya ekoran pengurangan kuota oleh kerajaan Arab Saudi.
Bernama
Sun Oct 06 2013
Bau busuk bongkar skru tertanam dalam hidung
Doktor berjaya menemui objek mencurigakan berwarna hitam dalam rongga hidung kanak-kanak itu dan ia disahkan melalui imbasan CT di kepalanya.
[LAPOR LANGSUNG] Letupan baharu menggegarkan Beirut
Rakaman video menunjukkan letupan itu menerangi pinggir bandar selatan yang padat penduduk.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Letupan kuat itu bermula hampir tengah malam dan berterusan hingga Ahad.
#AWANIRingkas 6 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 6 Oktober 2024
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
KPT akan pastikan capaian internet di IPTA berada di tahap tertinggi - Zambry
KPT sedang berusaha memastikan capaian Internet di semua IPTA berada pada tahap tertinggi.
AWANI Ringkas: Keperluan tenaga boleh baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan, jumlah keseluruhan kini 17 orang dievakuasi
Wisma Putra dalam kenyataan segera memaklumkan, seramai enam orang lagi turut dijadualkan tiba di Malaysia malam ini.
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
1,301 jemaah meninggal dunia pada musim haji tahun ini - Arab Saudi
"Banyak kes" kematian akibat suhu panas melampau dan perjalanan "tidak dibenarkan."
Lebih 31,000 jemaah haji Malaysia sertai jutaan umat Islam bergerak ke Arafah
Seramai 31,600 jemaah haji Malaysia musim 1445H/2024M mula menyertai jutaan umat Islam keluar dari Makkah untuk ke Arafah.
Arafah #QuranHour angkat surah al-Jumu’ah, al-Hajj
Program yang bertemakan 'Reset Takwa' itu mengangkat dua surah utama sempena perhimpunan terbesar umat Islam di Padang Arafah.
Kemuncak operasi haji semasa Masyair, TH gembleng kerahan besar-besaran
Operasi Masyair pada tahun ini menjadi sangat kritikal kerana permulaan pergerakan jemaah pada 8 Zulhijjah jatuhnya pada hari Jumaat.
Alif Satar berjodoh dengan Faizal Tahir, tunai haji bersama
Hasrat penyanyi dan pengacara Alif Satar dan penyanyi Faizal Tahir untuk menunaikan ibadah haji bersama akhirnya tercapai apabila mereka kini sama-sama berada di Tanah Suci.
Jemaah haji bergerak ke Arafah Isnin ini
Kesemua 31,600 jemaah haji Malaysia akan bergerak ke Arafah, Isnin ini untuk menjalani ibadah wukuf yang merupakan kemuncak haji pada Selasa, 9 Zulhijjah (27 Jun).
Arafah #QuranHour mengangkat Surah Al-Sajdah dan Surah Al-Hajj
Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) menganjurkan program Arafah #QuranHour : Haji membina Ummah sempena Hari Wukuf, 9 Julai ini.
Jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah
Seramai 14,306 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah hari ini, kata Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.
Aidiladha: 12 Julai cuti kelepasan am bagi Kelantan
Kerajaan Negeri Kelantan memberi cuti kelepasan am pada Selasa ini (12 Julai) sebagai cuti gantian sempena sambutan Aidiladha.
Haji: Ibadah wukuf berjalan lancar, selamat
Seramai 60,000 jemaah yang menunaikan ibadah haji tahun ini tetap berpeluang mengikuti khutbah Hari Arafah secara langsung.