Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 26 Feb depan untuk pengurusan kes empat remaja lelaki yang menghadapi pertuduhan membunuh mangsa buli T. Nhaveen, Jun tahun lepas.
Majistret Mohamad Amin Shahul Hamid menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Nurul Fatin Hussin memaklumkan kepada mahkamah bahawa laporan kimia dan perubatan mangsa telah diterima.
Peguam yang mewakili keluarga mangsa Datuk Baljit Singh ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, memberitahu pihak pendakwaan bagi kes itu akan menfailkan permohonan untuk kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Media tidak dibenarkan masuk ke dalam mahkamah berikutan ia melibatkan kes juvana.
Ibu Nhaveen kelihatan turut hadir di mahkamah bagi mengikuti perkembangan kes bunuh anak lelakinya yang berumur 18 tahun ketika kejadian. Anggota keluarga keempat-empat tertuduh juga hadir pada prosiding hari ini.
Pada 19 Jun tahun lepas, empat remaja termasuk pelajar tingkatan empat dan tingkatan lima pada masa itu, dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan membunuh Nhaveen.
J.Ragesuthen dan S.Gokulan yang masing-masing berusia 18 tahun pada ketika itu, serta dua lagi remaja lelaki didakwa melakukan perbuatan tersebut secara bersama antara 11 malam dan 12 tengah malam berhampiran Pusat Pembelajaran Karpal Singh, Jalan Kaki Bukit, Gelugor dekat sini pada 9 Jun tahun lepas.
Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Terdahulu di Mahkamah Sesyen di sini, Hakim Irwan Suainbon menetapkan tarikh yang sama untuk sebutan semula kes bagi empat remaja terbabit yang menghadapi pertuduhan mencederakan T. Preevin,19, yang merupakan rakan Nhaveen.
Irwan menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Farah Aimy Zainul memberitahu mahkamah bahawa pihaknya sudah menerima semua laporan perubatan dan kimia mangsa serta memohon satu tarikh sebutan bagi serahan kesemua dokumen tersebut.
BACA: Mangsa buli T. Nhaveen meninggal dunia
BACA: Empat remaja termasuk pelajar tingkatan 4 dan 5 didakwa bunuh Nhaveen
Kesemua tertuduh yang kini ditahan di Penjara Juvana Sungai Petani, didakwa mencederakan Preevin di tempat, masa dan tarikah yang sama mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.
Nhaveen, 18, cedera parah akibat dipukul sekumpulan remaja dalam kejadian di Jalan Kaki Bukit, dekat sini, sehingga mati otak selain mengalami kecederaan di bahagian dubur. Rakannya, Preevin dilaporkan turut dipukul oleh kumpulan yang sama menggunakan topi keledar namun sempat melarikan diri bagi mendapatkan bantuan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 11 2018

Pada 19 Jun tahun lepas, empat remaja termasuk pelajar tingkatan empat dan tingkatan lima pada masa itu, dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan membunuh Nhaveen. - Gambar fail/BERNAMA

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

T. Nhaveen: Kes akan dipohon dipindahkan ke Mahkamah Tinggi
Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 26 Feb depan untuk pengurusan kes empat remaja lelaki yang menghadapi pertuduhan membunuh mangsa buli T. Nhaveen, Jun tahun lepas.