KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan ulama tersohor, Allahyarham Syeikh Yusuf Al-Qaradawi pernah berpesan kepadanya agar mengangkat martabat dunia Islam di mata dunia.
Berucap pada Majlis Perasmian Peluncuran Buku “Autobiografi Syeikh Yusuf al-Qaradawi: Sang Pelita Umat”, Perdana Menteri berkata Allahyarham turut meminta beliau agar terus menjalin hubungan dengan negara luar termasuk Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.
Jelas beliau, sokongan yang diberikan Syeikh Yusuf muncul di sebalik kritikan banyak pihak yang melihatnya terlalu ‘baik' dengan AS ketika itu.
“Saya sewaktu di Qatar kebetulan ada Setiausaha AS (ketika itu) dan Hillary Clinton. Selepas itu saya makan tengah hari dengan Syeikh Yusuf.
“Berbeza dengan orang yang mengatakan Anwar ini baik dengan Amerika, dia tidak. Pendekatan dia lain. Dia kata dengan saya, ‘you bincang pasal apa’ (dengan Clinton)?
“Saya bincang pasal 1,2,3,4 (merujuk kepada penjelasan perbincangan ketika itu). Okay. Clinton begini begini begini….
“Dia kata teruskan Anwar. Kita perlu dalam kalangan pemimpin umat Islam, orang yang boleh menyampaikan pandangan kita (dunia Islam) yang menunjukkan kekuatan, keupayaan dan akhlak yang baik dalam kalangan mereka,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan di sini pada Selasa.
Berkongsi lanjut, Anwar berkata Syeikh Yusuf mahu beliau memanfaatkan hubungan baik antara negara dunia untuk menyebar kebaikan dan akhlak Islam.
“Padahal di sesetengah tempat, dia (segelintir pihak) hentak saya lunyai. Alat, perkakas, ejen (dituduh). Itu dipertahankan, malah dia bagi galakan kepada saya.
“Kerana dia kata - 'Anwar, tak ramai orang begitu di dunia Islam. Kita harus jadikan ini tugas kita memanfaatkan kekuatan kita, tegas dalam soal Islam, jaga akhlak Islam, serta bawa satu contoh yang baik. Tetapi pertahankan keperluan kekalkan jaringan dengan semua pihak termasuk AS dan Eropah’,” ujar Anwar lagi.
Dalam pada itu, Anwar turut menangkis dakwaan segelintir pihak yang melebel Allahyarham Syeikh Yusuf sebagai modenis dan antisufi.
Beliau berkata, individu yang menggelar Allahyarham Syeikh Yusuf sedemikian disifatkan sebagai bebal.
Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata amalan 'wasatiah' dalam ketokohan Syeikh Yusuf patut dijadikan sebagai rujukan pemikiran baharu.
Jelas Perdana Menteri, amalan tersebut harus diteroka agar generasi muda dapat mempelopori pemikiran dan semangat Syeikh Yusuf dalam menimba ilmu.
Buku “Autobiografi Syeikh Yusuf al-Qaradawi: Sang Pelita Umat” mengisahkan perjalanan hidup Syeikh Yusuf serta semangat sejarah perjuangan dan pemikiran kritis tokoh ulama dunia agar dapat diteladani oleh generasi muda.
Sepanjang hayatnya, Allahyarham telah menghasilkan lebih 100 buah buku termasuk naskhah perundangan Islam serta menerima pelbagai pengiktirafan antarabangsa.
Syeikh Yusuf meninggal dunia pada 26 September tahun lalu pada usia 96 tahun.
Hasimi Muhamad
Tue Jul 11 2023
Perdana Menteri berkata Allahyarham turut meminta beliau agar terus menjalin hubungan dengan negara luar termasuk Amerika Syarikat (AS) dan Eropah. - Gambar/ Shahir Omar/ Astro AWANI
AWANI Ringkas: Malaysia terus aman | Pembunuh bertaraf dunia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Siapa cakap gaji Jojo RM1 juta? - Jojo Ghazali
Jojo berkata dia kini sudah menandatangani perjanjian dan bakal mengharungi sebuah lagi pertarungan yang akan menarik minat penyokong sukan itu.
Kerajaan komited pembaharuan dasar ekonomi - Anwar
Kerajaan komited untuk melaksanakan pembaharuan terhadap dasar ekonomi MADANI yang memberi impak minimum atau tidak memberi dampak kepada rakyat secara umum.
Enstek, Nilai berpotensi dibangunkan pusat logistik negara - Loke
Kerajaan Negeri Sembilan disaran menyediakan satu kawasan khusus di Nilai atau Enstek bagi pembinaan pusat logistik baharu negara ini.
Rusia teruskan uji peluru berpandu baharu
Presiden Rusia, Vladimir Putin menyatakan bahawa Rusia akan meneruskan ujian peluru berpandu hipersonik baharu, dalam situasi pertempuran sambil menegaskan simpanan senjata sedia digunakan.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
Kerajaan MADANI tumpu pembangunan negara, tidak layan kenyataan picisan - Anwar
Kerajaan MADANI terus menumpukan inisiatif membangunkan negara dan tidak melayani kenyataan picisan yang tidak membantu ke arah usaha tersebut, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
[INFOGRAFIK] Taufan Filipina | Fakta Nombor
Berikut adalah info berkenaan dengan Taufan Filipina.
Cari penyelesaian isu tafsiran undang-undang
Kerajaan Madani sentiasa mendengar dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah di negara ini terutama melibatkan tafsiran undang-undang.
Hari bekerja 4.5 hari inovatif dan berhemat - CMI
Institut Pengurusan Bertauliah (CMI) menyambut baik cadangan Johor berhubung tempoh 4.5 hari seminggu bekerja untuk sektor awamnya.
[TERKINI] Amaran hujan berterusan tahap waspada di 6 negeri hingga 29 November
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Kerajaan komited pembaharuan dasar ekonomi - Anwar
Kerajaan komited untuk melaksanakan pembaharuan terhadap dasar ekonomi MADANI yang memberi impak minimum atau tidak memberi dampak kepada rakyat secara umum.
Kerajaan MADANI tumpu pembangunan negara, tidak layan kenyataan picisan - Anwar
Kerajaan MADANI terus menumpukan inisiatif membangunkan negara dan tidak melayani kenyataan picisan yang tidak membantu ke arah usaha tersebut, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malaysia teguh kerana sifat tolak ansur, muliakan satu sama lain - PM Anwar
Malaysia kekal teguh sehingga kini kerana wujudnya sikap ansur dan memuliakan antara satu sama lain, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kerajaan tanggung RM1.662 juta kos penerbangan lawatan rasmi PM - Fahmi
Kerajaan berjaya menjimatkan hampir RM1 juta untuk sewaan penerbangan khas bagi lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima buah negara, baru-baru ini.
Prospek lebih cerah Kerajaan Perpaduan selepas dua tahun memerintah - Mujahid
Prospek Kerajaan Perpaduan untuk tahun mendatang dilihat semakin cerah sejajar kejayaan dicapai kerajaan dalam proses pemulihan ekonomi dan membina imej Malaysia di mata dunia.
Keputusan ICC keluarkan waran tangkap terhadap Netanyahu tindakan wajar - PM Anwar
Keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu atas dakwaan jenayah perang di Gaza adalah wajar.
Sembilan kementerian selesai gulung Belanjawan 2025 peringkat jawatankuasa, PM Anwar hadir MQT
Sidang minggu ini juga menyaksikan kehadiran Anwar pada sesi MQT bagi menjawab beberapa isu selepas beliau pulang daripada lawatan luar negara.
PM Anwar mahu Malaysia jadi negara MADANI yang hidupkan penghayatan roh Islam
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Malaysia dikenali sebagai negara MADANI yang gigih berusaha memacu pertumbuhan, tetapi dalam masa yang sama menghidupkan penghayatan roh Islam.
Malaysia, Vietnam sepakat perkasa pelbagai bidang termasuk Grid Kuasa ASEAN - Anwar
Malaysia dan Vietnam komited memperkasa usahasama dalam pertahanan, maritim, digital dan sektor tenaga termasuk membabitkan Grid Kuasa ASEAN.
Hubungan dua hala baik dengan empat negara dikunjungi buahkan hasil - PM Anwar
Anwar berkata ini boleh dilihat menerusi persetujuan Mesir untuk meningkatkan jumlah import sawit dari Malaysia serta menjadi pelabuhan bagi eksport produk sawit ke negara-negara Afrika yang berjiran.