KUALA LUMPUR: Sembilan Ahli Parlimen hari ini telah bersetuju untuk menubuhkan satu kaukus baru untuk mengkaji isu kawal selia penggunaan ketum dan kanabis untuk perubatan.
Menurut satu kenyataan media, objektif kajian pengawalseliaan bahan itu, adalah demi mengurangkan kemudaratan, dan menjadikan ia sebagai salah satu bentuk perubatan yang diiktiraf di Malaysia.
Menurut kenyataan itu lagi, Kaukus Medical Cannabis itu diwakili Ahli-Ahli Parlimen merentas pelbagai parti, sebagai salah satu usaha bipartisan yang murni dalam merangka dasar dan strategi untuk mengkaji kawal selia penggunaan ketum dan kanabis untuk perubatan.
“Sebagai sebahagian dari rangka kerja awal, Kaukus Medical Cannabis akan bertemu dengan kumpulan pakar kesihatan, penyelidik, pemain industri, pertubuhan bukan kerajaan berkaitan serta kementerian yang terlibat bagi mendapatkan pandangan untuk pembentukan dasar.
“Hasil daripada penubuhan ini, Kaukus Medical Cannabis akan hadir dengan draf cadangan untuk perhatian Kerajaan Malaysia bagi memastikan pesakit yang bergantung kepada kaedah perubatan ketum dan Medical Cannabis dapat dijaga melalui sistem kesihatan negara,” menurut kenyataan itu lagi.
Selain itu ia menyebut, penubuhan Kaukus berkenaan juga selaras dengan usaha untuk mengembangkan industri ketum dan Medical Cannabis di Malaysia, yang boleh memberi manfaat kepada industri kesihatan negara dan rakyat tempatan.
Kaukus Medical Cannabis, menurut kenyataan itu lagi, percaya bahawa semangat bipartisan yang diangkat ini akan dapat diterjemah kepada dasar dan strategi yang baik untuk kebaikan rakyat dan negara.
Kaukus berkenaan dipengerusikan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Bebas – Muar), dan dianggotai Datuk Seri Azalina Othman Said (BN – Pengerang), Khalid Abdul Samad (PH – Shah Alam), Datuk Dr Xavier Jayakumar (Bebas – Kuala Langat), dan Datuk Ignatius Darell Leiking (Warisan – Penampang).
Selain itu, ia turut dianggotai Dr Kelvin Yii Lee Wuen (PH – Bandar Kuching), Dr Azman Ismail (PH – Kuala Kedah), Lukanisman Awang Sauni (GPS – Sibuti), dan Ahmad Fadhli Shaari (PN – Pasir Mas).
Firdaus Azil
Thu Oct 14 2021
Objektif kajian pengawalseliaan bahan itu, adalah demi mengurangkan kemudaratan, dan jadikan ia bentuk perubatan yang diiktiraf di Malaysia. - Foto BERNAMA
Saham TNB melonjak pada sesi awal susulan cadangan tarif baharu
Saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) melonjak pada sesi awal dagangan Jumaat selepas mengumumkan cadangan tarif baharu bagi Semenanjung Malaysia di bawah Tempoh Kawal Selia 4 (RP4).
EPL: Salah jaring gol bersejarah, Liverpool bangkit atasi Leicester
Jordan Ayew membuka jaringan seawal minit keenam tetapi ia masih belum cukup untuk mengeluarkan mereka dari zon penyingkiran.
India berkabung atas kematian bekas PM Manmohan Singh, sanjung legasi reformasi ekonomi
Singh, yang meninggal dunia pada usia 92 tahun di New Delhi malam Khamis, merupakan tokoh ekonomi dan pemimpin yang sangat dihormati.
Tindakan Pas politikkan sambutan Krismas tidak hormat hak rakyat berbilang bangsa - DAP
Tiga Ahli CEC DAP berkata, kepelbagaian etnik, ras, serta suku kaum di Malaysia perlu diraikan, difahami dan saling dihormati,
Anwar ucap selamat ulang tahun kepada Ramos-Horta
Anwar memuji Ramos-Horta sebagai seorang sahabat baik dan individu sejati dalam memperjuangkan kebebasan serta keadilan.
Tiga maut, empat cedera parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Kejadian berlaku berhampiran Raftsundet di kepulauan Lofoten, destinasi pelancongan terkenal di utara Norway.
EPL: Gol dramatik Muniz buat Chelsea tersungkur di laman sendiri
Pertukaran pemain yang dilakukan Marco Silva pada lewat permainan membuahkan hasil yang cukup lumayan.
Kazakhstan tegaskan Azerbaijan, Rusia tidak terlibat dalam siasatan forensik nahas pesawat
Larangan itu berdasarkan prosedur yang ditetapkan dalam Kod Jenayah Kazakhstan.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4665/4715 berbanding dolar AS daripada 4.4670/4715 ketika ditutup semalam.
Risiko & Peluang 2025: Menyingkap dinamika pergolakan pasaran
Ikuti perkongsian eksklusif bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof tentang landskap ekonomi terkini dan potensi hala tuju Malaysia pada 2025.
Kaukus Parlimen gesa negara berkaitan henti perjanjian normalisasi dengan Israel
Pihak kaukus turut menggesa agar Malaysia terus melaksanakan dasar diplomasi agresif dan mengecam tindakan rejim Zionis Israel sebagai pengamal dasar apartheid.
Syed Saddiq ketuai Kaukus Parlimen kaji ketum, kanabis
Objektif kajian pengawalseliaan bahan itu, adalah demi mengurangkan kemudaratan, dan jadikan ia bentuk perubatan yang diiktiraf di Malaysia.
Lompat parti perbuatan paling hina, Kaukus Parlimen ditubuh cari jalan hentikan budaya itu
Kaukus Ahli Parlimen Reformasi Sistem Pilihan Raya ditubuhkan secara rasmi hari ini dengan tujuan utama bagi mencari jalan untuk menghentikan amalan lompat parti dalam kalangan ahli politik.