KENYATAAN ini bertujuan untuk menjelaskan kekeliruan dan spekulasi yang timbul berhubung penarikan diri Syazlin Mansor, seorang peguambela dari Majlis Peguam Malaysia, daripada terus mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (“KPKT”) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (“JBPM”) di dalam inkues kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim (“Adib”) yang dijalankan di hadapan Koroner, Puan Hakim Rofiah Mohamad di Mahkamah Sesyen Shah Alam (“Inkues”).
Syazlin telah menerima pelantikan untuk mewakili KPKT dan JBPM di dalam prosiding Inkues ini semasa beliau juga dilantik mewakili keluarga Allahyarham Adib. Beliau sepatutnya menolak pelantikan Kerajaan tersebut atas beberapa sebab.
Pertama, KPKT dan JBPM, sebagaimana kementerian dan jabatan kerajaan yang lain, hendaklah mendapatkan nasihat undang-undang daripada Jabatan ini, dan peguam luar mestilah dilantik oleh Peguam Negara / Pendakwa Raya.
Kedua, Syazlin berada di dalam kedudukan konflik kepentingan apabila beliau bersetuju untuk mewakili KPKT dan JBPM kerana beliau juga turut mewakili keluarga Allahyarham Adib yang mempunyai kepentingan langsung dalam inkues ini. Kepentingan pihak-pihak ini mungkin bertentangan, dan adalah suatu perkara yang tidak boleh diterima apabila beliau mewakili ketiga-tiga pihak.
Ketiga, pegawai-pegawai saya yang melaksanakan tugas mereka membantu Koroner, telah memaklumkan kepada saya bahawa Syazlin telah mengambil peranan yang aktif di dalam Inkues ini, malah sering mengambil kedudukan yang bercanggah daridapa kedudukan yang diambil oleh Timbalan Pendakwa Raya. Perkara ini adalah memalukan beliau dalam kapasitinya sebagai peguam bagi KPKT.
Keempat, suami Syazlin adalah Setiausaha Akhbar kepada Menteri KPKT. Atas sebab-sebab di atas saya telah memohon agar YB Menteri KPKT untuk menarik balik pelantikan Syazlin daripada terus mewakili KPKT dan JPBM.
Saya amat terkejut apabila mendapat tahu melalui berita semalam bahawa Syazlin turut menarik diri daripada turut mewakili keluarga Allahyarham Adib. Keputusan beliau itu dibuat secara rela dan tanpa sebarang pengaruh daripada Jabatan ini.
Akhir sekali, saya ingin menyatakan bahawa sebelum prosiding Inkues bermula semalam, TPR Faten Hadni Khairuddin, salah seorang Pegawai Pengendali yang membantu Koroner dalam Inkues, telah bercakap secara peribadi dengan Syazlin dan memaklumkan bahawa Jabatan ini tiada sebarang isu sekiranya beliau terus mewakili pihak keluarga Allahyarham Adib. TPR Faten telah meminta Syazlin untuk terus mewakili keluarga Allahyarham Adib supaya prosiding Inkues boleh diteruskan dan Prof Dr Shahrom Abd Wahid boleh dipanggil semula untuk memberikan keterangan lanjut. Namun Syazlin tetap dengan keputusannya untuk menarik diri.
Prof Shahrom adalah saksi pakar yang membantu Koroner dalam Inkues ini. Peranannya di dalam Inkues tidak terjejas dengan penarikan diri Syazlin sebagai peguam. TPR Faten juga telah memaklumkan Koroner bahawa Jabatan ini bersedia untuk membantu Koroner dengan mengeluarkan sepina kepada Prof Shahrom. Kami akan berbuat demikian.
Tommy Thomas
Peguam Negara
28 Mei 2019
Kenyataan Media
Tue May 28 2019

Tommy berkata, KPKT dan JBPM, sebagaimana kementerian dan jabatan kerajaan yang lain, hendaklah mendapatkan nasihat undang-undang daripada Jabatan Peguam Negara dan peguam luar mestilah dilantik oleh Peguam Negara / Pendakwa Raya.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Pemandu forklift maut terjatuh ke dalam longkang
Lapan anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian dan bertindak mengeluarkan mangsa dari dalam parit menggunakan pengusung.

Litar pintas dipercayai punca lima beranak rentung
Anggaran awal jumlah kerugian akibat kebakaran ini melebihi RM100,000.

Bomba ambil masa dua hari selamatkan wanita Orang Asli dipatuk ular di Gerik
Seorang wanita Orang Asli mengalami gejala muntah dan tidak dapat berjalan selepas dipercayai dipatuk ular di Kampung Lenweng dekat Pos Kemar, Gerik pada Selasa lepas.

Dua pekerja melecur, kilang proses minyak sawit mentah terbakar
Dua pekerja lelaki warga tempatan dan Indonesia melecur tahap dua dalam kejadian kebakaran di sebuah kilang memproses minyak sawit mentah di Taman Nilai di sini hari ini.

Bomba selamatkan wanita dan tiga ekor kucing dalam kebakaran
Tindakan pantas pihak bomba berjaya menyelamatkan seorang wanita dan tiga ekor kucing dalam kebakaran membabitkan sebuah kedai dua tingkat di Tingkat Mahsuri, Bayan Lepas di sini hari ini.

Tanah runtuh: Enam sekeluarga termasuk empat kanak-kanak dikhuatiri tertimbus di Miri
Mangsa pertama, seorang lelaki dewasa bagaimanapun selamat, manakala enam yang lain masih gagal dikesan.

Bomba keluar 26 notis hapus bahaya kebakaran terhadap premis di Terengganu
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu mengeluarkan 26 notis penghapusan bahaya kebakaran sempena kempen keselamatan kebakaran Tahun Baharu Cina sejak 13 Jan lepas.

Dua beranak terkorban dalam nahas jalan raya di Jalan Kuala Krai-Gua Musang
Tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai ke lokasi kejadian, sejauh 40 kilometer dari balai.

Bomba laksana projek rintis PGOK di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya - KP Bomba
PGOK merupakan penjenamaan semula Pusat Pengurusan Operasi yang bertindak sebagai nadi komunikasi dan pengoperasian JBPM.

Bomba perkenal sistem syif baharu dengan 26 hari rehat setahun bermula Februari
Penambahbaikan itu bertujuan menjaga kebajikan anggota bomba serta memastikan mereka mempunyai tahap kesihatan fizikal, mental dan sosial yang baik.