Syarikat Bumiputera digesa memanfaatkan platform e-dagang untuk lebih maju dan berdaya saing dengan komuniti perniagaan dunia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib yang juga Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata melalui platform berkenaan, usahawan Bumiputera di negara ini boleh memasarkan segala produk yang dihasilkan untuk pasaran antarabangsa.
Beliau berkata perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Bumiputera haruslah "leapfrog" atau melangkau dengan lebih deras dan maju ke hadapan melalui platform tersebut yang mana Malaysia telah menjadi negara yang pertama di luar China untuk memperkenalkan Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ).
"Melalui DFTZ, kita hendak menjual barangan tempatan melalui e-platform ke dunia luar," katanya dalam ucapan menangguhkan Perhimpunan Agung UMNO 2017 di sini pada Sabtu.
Beliau berkata setakat ini kira-kira 2,000 PKS telah menyertai DFTZ itu.
Najib yang juga Menteri Kewangan pada 22 Mac lepas mengumumkan DFTZ sebagai hab baharu ekonomi digital, yang terdiri daripada tiga komponen menggabungkan zon fizikal dan zon maya.
Zon fizikal terdiri daripada Hab ePenunaian dan Hab Perkhidmatan Satelit, manakala zon maya terdiri daripada Platform e-Perkhidmatan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 09 2017

Syarikat Bumiputera digesa memanfaatkan platform e-dagang untuk lebih maju dan berdaya saing dengan komuniti perniagaan dunia. -Gambar hiasan
MAVCOM: Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sekali lagi menegaskan bahawa penumpang syarikat penerbangan mempunyai pilihan untuk mendapatkan kembali bayaran tiket mereka sekiranya penerbangan mereka terlewat lebih lima jam.
Pendigitalan kesihatan: KKM cadang perluas EMR ke 16 hospital, 300 klinik kesihatan tahun ini
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memperluaskan sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) ke 16 hospital dan 300 klinik kesihatan tahun ini.

Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak
Harga tanah berhampiran lokasi itu berpotensi melonjak daripada 20 hingga 30 peratus.
Dewan rakyat: isu TVET, projek tembatan banjir, kewangan KWSP tumpuan hari ini
Langkah kerajaan untuk menarik minat golongan muda terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), projek tebatan banjir dan isu berkaitan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menjadi antara tumpuan perbincangan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Singapura tangguh hukuman mati warga Malaysia, Pannir Selvam
Mahkamah Singapura pada Rabu membenarkan hukuman mati terhadap banduan warga Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman ditangguhkan, hanya beberapa jam sebelum hukuman itu dijadualkan dilaksanakan. #AWANInews
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Pulau Banggi bantu pacu pertumbuhan ekonomi Sabah
Penubuhan Pulau Banggi, Sabah sebagai DFTZ berupaya membantu merangsang ekonomi negeri berkenaan berikutan terletak pada kedudukan yang strategik di laluan perkapalan antarabangsa.

Kerajaan teruskan inisiatif DFTZ - Gobind
Sejak insiatif DFTZ dilaksanakan, projek tersebut telah memberi impak positif dalam meningkatkan penyertaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menerusi transaksi e-dagang rentas sempadan.

Jack Ma kagum pengetahuan teknologi Dr Mahathir
Pengasas dan pengerusi eksekutif Alibaba Group itu mengadakan pertemuan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya hari ini.

Hit #mythrowbaek2017 anda
Sudah 60 tahun berlalu sejak laungan kemerdekaan -Merdeka- bergema di Dataran Merdeka, Melaka. Tahun 2017 merupakan tahun yang mencatatkan banyak pencapaian yang cemerlang. Apa #mythrowbaek2017 anda?

'Bicara Empat Mata' bersama PM Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meluangkan masa berkongsi dengan Datuk Aznil Haji Nawawi dalam wawancara yang disiarkan di portal The Rakyat serta RTM dan TV3.

Alibaba beri latihan kepada PKS Malaysia
Program itu yang dijalankan di sembilan bandar utama di seluruh negara sejak dua minggu lepas dan berakhir hari ini, menarik 330 PKS.

Syarikat bumiputera digesa manfaat platform e-dagang
Melalui platform berkenaan, usahawan Bumiputera di negara ini boleh memasarkan segala produk yang dihasilkan untuk pasaran antarabangsa.

PKS perlu berusaha tembusi pasaran bernilai tinggi
Usaha menerusi penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan pelaksanaan teknologi juga membolehkan PKS untuk turut menyumbang kepada transformasi Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi.

Kami mahu globalisasikan e-dagang, bukan platform kami - Jack Ma
Kumpulan itu tidak mempunyai rancangan untuk mengglobalisasi jenamanya, tetapi sasaran tunggalnya adalah untuk membuka pintu dunia kepada e-dagang melalui Internet.

Apa yang anda perlu tahu tentang DFTZ
Apa itu Zon Perdagangan Bebas Digital atau Digital Free Trade Zone Digital Trade Free Zone. Isabelle Leong ada faktanya.