Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan meneruskan inisiatif platform Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) yang diusahakan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini, hasil kerjasama dengan Alibaba Group Holding Ltd (Alibaba).
Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata sejak insiatif DFTZ dilaksanakan, projek tersebut telah memberi impak positif dalam meningkatkan penyertaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menerusi transaksi e-dagang rentas sempadan.
"Kerajaan akan meneruskan usaha-usaha, pelaksanaan dan inisiatif untuk memberikan manfaat dan faedah kepada PKS melalui DFTZ.
"Kerajaan juga akan terus memantau prestasi eksport PKS yang menyertai program ini bagi memastikan PKS berdaya maju untuk tempoh jangka panjang," katanya dalam sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) yang meminta kerajaan menjelaskan status inisiatif DFTZ setelah berlaku pertukaran pentadbiran Kerajaan.
Sehingga kini, lebih 3,300 PKS tempatan telah menyertai platform DFTZ.
DFTZ disasarkan untuk merangsang pertumbuhan ekonomi Malaysia dengan menyediakan kemudahan e-dagang merentas sempadan untuk PKS, yang sebelum ini sukar untuk menembusi pasaran antarabangsa.
Rekod perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) pada April mengenai pencapaian awal menunjukkan, sebanyak 70 PKS berjaya menjana jualan bernilai RM52.1 juta dengan nilai eksport sebanyak RM18.1 juta.
Gobind Singh turut memberitahu Dewan Rakyat bahawa dalam memperkasakan DFTZ, kerajaan tidak memfokus kepada platform tertentu semata-mata misalnya Alibaba, tetapi kepada semua platform e-dagang yang dapat membantu perkembangan PKS tempatan.
Katanya MDEC juga bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) dan SME Corp untuk menggalakkan penglibatan PKS tempatan dalam DFTZ melalui pelbagai platform termasuk Alibaba dan Lazada.
Menjawab soalan tambahan Mohd Shahar yang ingin tahu usaha kerajaan dalam menarik minat masyarakat luar bandar terlibat perniagaan dalam talian, Gobind Singh berkata usaha penyediaan dan penambahbaikan infrastruktur perlu diperkukuh bagi menggalak dan menyakinkan golongan luar bandar mengambil peluang dan menyertai perniagaan tersebut.
Bagi jangka panjang, katanya, kerajaan akan mempertimbang untuk mewujudkan undang-undang bagi tujuan menjaga hak dan kepentingan peniaga dalam talian, tegasnya.
Harits Asyraf Hasnan
Thu Jul 26 2018

GOBIND SINGH: Kerajaan akan terus memantau prestasi eksport PKS yang menyertai program ini bagi memastikan PKS berdaya maju untuk tempoh jangka panjang. - Gambar fail

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Alibaba mahu bekerja dengan firma Malaysia bagi penyelesaian kemampanan berasaskan AI
Penting untuk perniagaan mengutamakan amalan mampan agar kekal berdaya saing dan sejajar dengan matlamat kemampanan negara.

Alibaba namakan Eddie Yongming Wu CEO, Pengerusi baharu
Gergasi e-dagang China, Alibaba mengumumkan pelantikan Eddie Yongming Wu menggantikan Daniel Zhang sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) kumpulan, mulai 10 Sept.

Syarikat mega Alibaba berpecah kepada enam entiti
Peruncit dan syarikat e-dagang global Alibaba mengumumkan pada Selasa bahawa ia akan berpecah kepada enam entiti berbeza.

Jack Ma 'bersembunyi' di Jepun?
Lokasi persembunyian Jack Ma didedahkan Financial Times (FT) memetik beberapa sumber selepas bilionair tersebut memilih untuk menjalani kehidupan secara 'low-profile'.

Alibaba 11.11 Global Shopping Festival kini lebih inklusif dan lestari
Syarikat tersebut turut merangka tiga strategi penting termasuk memulakan pesanan pra jualan empat jam lebih awal berbanding festival 11.11 sebelum ini.

Jack Ma ke luar negara buat kali pertama selepas setahun
Beliau yang juga bekas pengerusi Alibaba Group Holding itu kini berada di Sepanyol untuk sesi study tour berkaitan bidang pertanian dan teknologi.

Selepas berbulan menghilangkan diri, Jack Ma dilapor 'muncul semula' di Hong Kong
Hartawan itu menghilangkan diri selepas mengkritik pengawalseliaan kewangan China yang didakwanya keterlaluan pada Oktober tahun lalu.

Jack Ma letak jawatan sebagai Presiden Hupan University
Tindakan terhadap jutawan itu menyusul operasi besar-besaran kerajaan China terhadap gergasi media sosial itu.

Jack Ma akan letak jawatan presiden Universiti Hupan?
Tindakan tersebut didakwa kerana Beijing berusaha untuk menghadkan pengaruh Jack Ma.

Jack Ma muncul setelah 'hilang' dari pandangan umum
Ma sebelum ini dikatakan menghilang setelah mengkritik sistem kewangan China secara terbuka menerusi sebuah forum.