ALOR SETAR: Semua keperluan yang menjadi syarat untuk membangunkan projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) telah hampir dipenuhi dan diharap dapat dipertimbangkan oleh kerajaan Persekutuan untuk direalisasikan.
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata keyakinan yang ditunjukkan oleh pelabur luar terhadap Kedah juga sangat memberangsangkan pada masa ini.
Beliau berkata terbaharu, Kedah telah menjalin kerjasama dengan pelabur Itali iaitu Enav Group, syarikat yang memfokus kepada penyediaan layanan navigasi dan pengurusan lalu lintas udara.
"Saya telah ke Itali baru-baru ini untuk melihat kecanggihan teknologi yang ditawarkan syarikat berkenaan dan saya rasa ia akan menjadi teknologi masa hadapan yang boleh diguna pakai dalam industri penerbangan.
"Selain itu, mereka turut menyediakan latihan, pemindahan teknologi dan peralatan terkini yang mampu merealisasikan KXP. Kerjasama itu juga bertujuan untuk kebolehlaksanaan teknologi menara digital bagi diaplikasikan oleh kita nanti," katanya selepas Mesyuarat Exco di sini hari ini.
Sementara itu, Muhammad Sanusi sekali lagi menekankan bahawa projek KXP itu, yang merupakan projek berimpak tinggi akan dibangunkan melalui pelaburan syarikat swasta tempatan tanpa melibatkan peruntukan kerajaan Persekutuan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 13 2023

Menurut Sanusi, keyakinan yang ditunjukkan oleh pelabur luar terhadap Kedah juga sangat memberangsangkan pada masa ini. - Gambar fail/Sinar Harian

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Syarat pembinaan KXP hampir dipenuhi - Sanusi
Semua keperluan yang menjadi syarat untuk membangunkan projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) telah hampir dipenuhi.

Kerajaan bimbang KXP jadi gajah putih jika dibiaya swasta - Rafizi
Projek yang dibiayai swasta di negara ini lazimnya tidak akan berdaya maju dan akan mengalami masalah kewangan dalam jangka masa panjang.

Kerajaan tiada masalah dengan projek miliki kemampanan kewangan - Rafizi
Kerajaan Persekutuan tidak akan ada masalah dengan mana-mana projek yang mempunyai kemampanan kewangan dan bermanfaat kepada rakyat.

Anwar sangkal dakwaan tidak mahu bina KXP
Cadangan pembinaan lapangan terbang memerlukan kajian yang teliti sebelum boleh dilaksanakan kerana ia melibatkan beberapa aspek penting terutamanya keselamatan negara.

Projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim perlu diberi perhatian adil - Sultan Kedah
Sultan Kedah menyeru agar projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) diberi layanan dan perhatian yang adil dan sewajarnya.

Projek KXP: Hasrat saya untuk jumpa PM Anwar tidak pernah padam- Sanusi
Sanusi berkata, ruang pertemuan itu amat penting memandangkan Kerajaan Pusat perlu diberikan taklimat secara terperinci berhubung segala apa yang diusahakan kerajaan Negeri Kedah.

Sultan Kedah seru Kerajaan Persekutuan sokong projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim
Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah menyeru Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong pembangunan projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP).

Projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim tidak libat peruntukan kerajaan
Kerajaan Kedah memilih untuk melaksanakan KXP secara pelaburan swasta (PFI) sepenuhnya.

KXP dijenamakan kepada Kedah Aerotropolis
Bukan sahaja lapangan terbang yang akan dibina sebaliknya merangkumi sebuah bandar raya baharu di persekitarannya.

Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim siap 2026, bakal ubah ekonomi Kedah - Sanusi
Fasa pertama projek pembinaan lapangan terbang itu akan dimulakan dalam tempoh terdekat dan menelan belanja RM6 bilion termasuk kos pengambilan tanah.