ALOR SETAR: Kerajaan Persekutuan tidak akan ada masalah dengan mana-mana projek yang mempunyai kemampanan kewangan dan bermanfaat kepada rakyat.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, aspek kemampanan kewangan amat dititik berat dalam perlaksanaan sesuatu projek di negara ini.
Justeru Rafizi berpandangan, semua pihak perlu memastikan setiap projek yang ingin dilaksanakan memiliki kemampanan kewangannya.
"Jikalau tidak, ia akan jadi beban pada masa hadapan. Jadi, ia pandangan yang saya berikan secara terbuka kepada kerajaan negeri juga.
"Saya faham pandangan-pandangan dan projek yang kerajaan negeri tumpukan termasuklah Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) dan lain-lain.
"Pandangan yang saya berikan itu terbuka tapi tumpuan saya nanti ialah untuk memastikan projek-projek ini akan berjaya mencapai kemampanan kewangan supaya ia dapat berfungsi secara swasta dengan baik tanpa memerlukan tanggungan kerajaan baik kerajaan negeri ataupun kerajaan pusat di masa akan datang," katanya.
Beliau berkata sedemikian pada sidang media selepas Sesi Libat Urus Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) di Royal Kedah Club di sini pada Ahad.
Hadir sama, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
Dalam pada itu, Rafizi juga menyifatkan mana-mana projek yang ada kemampanan kewangan seperti ini dan membawa hasil kepada rakyat pastinya tidak akan ada masalah oleh mana-mana kerajaan sekalipun.
"Yang kita bimbang adalah jikalau projek itu nampak baik di mata kasar tetapi bila kita lihat secara terperinci, kita ada kebimbangan dari segi kemampanan kewangan," katanya.
Rafizi memaklumkan, sehubungan itu proses ketekunan wajar (due diligence) perlu dilakukan dengan sebaiknya.
"Saya fikir itulah proses yang saya terbuka untuk melaluinya," katanya.
Dalam perkembangan lain, Rafizi berkata, kerajaan akan terus memberi keutamaan kepada usaha merapatkan jurang pembangunan negeri-negeri dalam negara.
"Dasar kita adalah untuk memastikan peruntukan perbelanjaan pembangunan, maksudnya infrastruktur semua itu untuk negeri-negeri yang ada jurang pembangunan yang besar iaitu Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis mereka diberi keutamaan.
"Dasar itu tidak berubah. Saya memang pertahankan dasar itu. Jadi maksudnya jikalau tidak ada tumpuan lain, memang bila kita tentukan peruntukan setiap tahun. Itu (jurang pembangunan) salah satu panduan kita dalam meluluskan projek mana (untuk dilaksanakan)," katanya. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jul 09 2023

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli memberi penerangan ketika sidang media pada Sesi Libat Urus dan Roadshow bagi Penyediaan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) 2021 hingga 2025 hari ini. - Foto BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

MyGAS 2025 fokus cabaran pembiayaan industri gas
Simposium Gas Malaysia (MyGAS 2025) edisi keempat membuka pentas perbincangan mengenai cabaran pembiayaan industri gas sambil memastikan usaha peralihan tenaga bersih mampu dicapai.

Perang tarif AS peluang untuk kerajaan percepat reformasi ekonomi - Rafizi
Ketidaktentuan ekonomi dunia ekoran langkah Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menaikkan tarif ke atas China, Kanada dan Mexico merupakan peluang untuk kerajaan mempercepat reformasi ekonomi.

Kementerian Ekonomi akan lancar pelan hala tuju gas asli pada tahun ini - Rafizi
Kementerian Ekonomi akan melancarkan Pelan Hala Tuju Gas Asli pada suku kedua atau ketiga 2025 dalam usaha meningkatkan pelaburan dalam sektor berkenaan.

Perang perdagangan tidak akan jejas pertumbuhan KDNK Malaysia pada 2025 - Rafizi
Malaysia berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran KDNK 2025 walaupun berdepan risiko daripada perang tarif.

24 Mac ditetapkan tarikh mediasi saman Tuan Ibrahim ke atas Rafizi
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 24 Mac bagi menyelesaikan saman fitnah difailkan Tuan Ibrahim Tuan Man terhadap Rafizi Ramli secara mediasi.

Rafizi ketuai 555 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Negeri Sembilan
Ahli Parlimen Pandan yang juga Timbalan Presiden PKR itu dianugerahkan Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS) membawa gelaran Datuk Seri.

Rafizi jangka cip, GPU buatan Malaysia dapat direalisasikan dalam tempoh lima sehingga 10 tahun
Malaysia dijangka dapat membangunkan cip dan unit pemprosesan grafik (GPU) 'Buatan Malaysia' dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun akan datang.

Kerajaan ambil pendekatan global dalam RMK13 - Rafizi
Kerajaan mengambil pendekatan global untuk Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang akan dilancarkan tahun ini, kata Menteri Ekonomi Rafzi Ramli.

Innovathon 2: Ciptaan bahan pembinaan penebat dipilih juara minggu kelima
Dengan proses penghasilan yang singkat, Bio Polyol mempunyai kebolehulangan yang tinggi (konsisten) dan sifar sisa serta tiada pembebasan gas bertoksik.

RMK13 laksana intervensi terus hapuskan miskin tegar di 10 daerah - Rafizi
Kerajaan melalui Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) akan melaksanakan langkah intervensi terus miskin tegar di 10 daerah yang mencatat kadar kemiskinan tertinggi di negara ini dengan lapan daripadanya a