KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan tahniah dan syabas buat jaguh trek negara Datuk Muhammad Azizulhasni Awang yang menghadiahkan pingat perak buat negara hari ini.
Pingat tersebut, dimenangi menerusi acara keirin di Velodrom Izu Tokyo, merupakan yang kedua diperoleh Malaysia pada Olimpik 2020, selepas pingat gangsa diperoleh beregu badminton Aaron Chia-Soh Wooi Yik pada 31 Julai lalu.
Dalam entri terbaharu di laman Facebook rasmi beliau sebentar tadi, Muhyiddin berkata, aksi dan semangat tidak mudah mengalah yang ditunjukkan Azizulhasni membanggakan Malaysia di pentas dunia.
"Syabas The Pocket Rocketman.
"Tahniah buat jaguh trek berbasikal negara kerana menghadiahkan pingat perak buat Malaysia menerusi acara Keirin basikal trek, Sukan Olimpik Tokyo, sebentar tadi.
"Kejayaan ini tentunya menambahkan keceriaan buat kontinjen negara sebelum temasya sukan tersohor ini melabuhkan tirainya.
"Biar apa pun warnanya, kilauan pingat yang dikutip di pentas sukan terbesar ini tentunya memberi makna cukup signifikan buat anda dan juga negara apabila melihat Jalur Gemilang dinaikkan," tulis Muhyiddin.
Katanya lagi, seluruh rakyat Malaysia bangga dengan aksi ditonjolkan jaguh trek dari Dungun, Terengganu, yang dikenali sebagai The Pocket Rocketman itu.
BACA: "Saya harap tiada yang kecewa dengan keputusan ini" - Azizulhasni Awang
Pada masa sama, Muhyiddin menzahirkan rasa sayu menyaksikan tangisan Azizulhasni selepas mendapat tempat kedua di belakang pelumba Great Britain, Jason Kenny, sebentar tadi.
"Saya turut merasa sayu melihat tangisan kemenangan sebentar tadi.
"Kami di Malaysia amat memahami perasaan serta kesukaran yang anda lalui sepanjang temasya ini. Terima kasih saya ucapkan atas segala pengorbanan anda demi negara," katanya.
Sementara itu, Perdana Menteri turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican serta barisan kejurulatihan dan seluruh kontinjen Malaysia.
Pada masa sama, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada seorang lagi jaguh berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom.
"Kepada Shah Firdaus, saya ingin katakan yang kegagalan mengiringi Azizulhasni ke peringkat akhir tidak seharusnya mematahkan semangat anda.
"Iltizam dan semangat 'Demi Malaysia' yang dipamerkan apabila sanggup mengetepikan kesakitan yang dialami semasa di peringkat saringan dan suku akhir dengan sendirinya membuktikan anda adalah wira yang perlu disanjungi. Terima kasih Shah Firdaus.
"Tahniah Azizulhasni dan Syabas Shah Firdaus!," katanya.
BACA: Tokyo 2020: "Perak untuk Malaysia, terima kasih Jijoe!" - Reezal Merican
BACA: Azizulhasni wira, Shah Firdaus juga kebanggaan negara
Sementara itu, Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Azizulhasni menerusi ciapan di Twitternya.
"Tahniah kepada Azizulhasni kerana berjaya memenangi pingat perak dalam acara keirin pada temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 sebentar tadi.
"You did your best!," katanya.
Fareez Azman
Sun Aug 08 2021
Dalam entri Facebook, Muhyiddin berkata, aksi dan semangat tidak mudah mengalah yang ditunjukkan Azizulhasni membanggakan Malaysia. - Facebook Muhyiddin Yassin
AWANI Ringkas: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Jumlah akaun dan tunggakan bil elektrik yang terlibat dalam proses pemotongan bekalan terus meningkat.
[KOLUMNIS] Belanjawan 2025 merealisasi agenda ‘Reformasi’ kebajikan veteran tentera
Ini adalah kali pertama tuntutan para veteran ini diselesaikan kerajaan selepas berjuang menuntut pelarasan ini sejak sekian lama.
Adik Zaliha Mustafa meninggal dunia
Adik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, Shamsiah binti Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Pekerja Islam berdepan diskriminasi solat Jumaat diminta buat aduan - Exco
Pekerja beragama Islam yang berdepan isu diskriminasi untuk menunaikan kewajipan solat Jumaat bermula 1 Jan tahun depan diminta membuat aduan.
Lebih 2,000 alumni bakal sertai Malam Alumni UM 2024
Aktiviti ini dijangka memberi motivasi kepada pelajar baharu dan alumni muda untuk terus mencipta kejayaan dalam bidang masing-masing.
MediaTek lancar cip Dimensity 8350
Ia dihasilkan menggunakan teknologi 4nm, hadir dengan empat teras CPU Cortex-A715, empat teras CPU Cortex-A510, GPU Mali-G615 MC6, dan NPU 780.
[KOLUMNIS] Perolehan aset terpakai: Pilihan praktikal pertahanan
Pembelian aset terpakai ini terbukti mampu menawarkan jalan tengah yang pantas dan efektif.
Sidang Parlimen: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Fasa akhir pembinaan kapal Littoral Combat Ship (LCS) pertama dijadualkan siap akhir tahun ini dan dilaksanakan mengikut jadual ditetapkan dalam kontrak.
'Kita perlukan pasukan penembak dron' - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata Malaysia memerlukan pasukan penembak dron bagi mengatasi masalah penyeludupan dadah dalam negara.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.
Azizulhasni kembali berkayuh sejak Olimpik Paris 2024
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang kembali berkayuh basikal selepas kali terakhir melakukannya ketika temasya Sukan Olimpik Paris 2024.
Azizulhasni kenang jasa MSN
MSN telah memainkan peranan yang amat penting dalam perjalanan karier saya selama ini, kata Azizulhasni.
Muhammad Shah Firdaus sedia galas tanggungjawab jika Azizulhasni bersara
Pelumba berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom sedia menggalas tanggungjawab sebagai pelumba utama, sekiranya Datuk Mohd Azizulhasni Awang secara rasmi tidak beraksi lagi.
Azizulhasni Awang tawar diri jadi penasihat prestasi
Beliau berkongsi perkara itu menerusi media sosial, sambil menyenaraikan beberapa kelebihan dan pengalamannya sepanjang bergelar atlet.
'Fizikal, mentaliti Azizulhasni lain macam' - Beasley
Beliau berkata, ia berdasarkan kepada kekuatan mental dan fizikal pelumba yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman itu.
'Azizulhasni pejuang sejati' - Shah Firdaus
Pelumba berusia 28 tahun dari Johor itu mengakui banyak kejayaan yang sudah dilakar oleh rakan seperjuangannya itu yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman di pentas antarabangsa.
Adakah ini balasan kerana langgar janji kepada keluarga? - Azizulhasni
Beliau berasa bersalah kerana menghampakan rakyat Malaysia dan memohon maaf kerana tidak dapat menunaikan impian membawa pulang pingat emas pertama negara.
Sudah tiba masanya Azizulhasni jadi jurulatih
Hamidin berkata, pengalaman dimiliki Azizulhasni amat bernilai kepada atlet pelapis trek berbasikal negara.
Olimpik Paris 2024 gagal? Hamidin minta semua pihak berpijak di bumi nyata
Ketua Kontinjen berpendapat, sebahagian besar atlet yang mewakili negara menunjukkan peningkatan dari segi rekod dan prestasi pada Olimpik Paris 2024.