Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) mendakwa kelewatan kerajaan Selangor melaksanakan pembangunan sistem pengepam tambahan di rumah pam Wangsa Maju menjadi punca kepada masalah ketiadaan air di sana.
Perkembangan ini sekaligus menjejaskan lebih setengah juta penduduk sekitar Lembah Klang sejak seminggu lalu.
Ketua pegawai eksekutif Syabas, Datuk Ruslan Hassan berkata cadangan untuk membina sistem itu dikemukakan sejak 2009 lagi setelah menyedari masalah kekurangan air akan berlaku.
Jelasnya, pada Mac 2012 lalu kerajaan persekutuan meluluskan pelan pembangunan serta pinjaman untuk projek itu untuk dibangunkan oleh kerajaan Selangor.
"Dan kerajaan Selangor akan membangunkan projek ini dengan menggunakan pinjaman yang disediakan oleh kerajaan persekutuan.... jadi Syabas tidak ada ‘direct roll’ dalam ini,” kata Ruslan.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas turun padang meninjau keadaan sebenar di kediaman flat Sri Melaka, Cheras.
Masalah bekalan air berlaku selepas rumah pam Wangsa Maju beroperasi melebihi kapasiti asal lantaran permintaan bekalan air yang meningkat sejak kebelakangan ini.
Rumah pam Wangsa Maju dengan kapasiti bentuk 136 juta liter sehari (JLH) mula beroperasi sejak tahun 2004 di bawah pengurusan Perbadanan Urus Air Selangor Berhad (PUAS).
Namun kebelakangan ini, kadar pengepaman ditingkatkan sehingga mencecah 200 juta liter sehari.
Sementara itu, pihak Syabas memaklumkan bahawa tempoh membaikpulih penyaluran air ke kawasan terlibat akan mengambil masa selama satu minggu.
"Kakitangan Syabas dengan konsultan kita sedang bekerja bertungkus-lumus 24 jam membuat kerja-kerja pembaikan dan dijangka pada hari ini siap tetapi oleh kerana bekalan tidak mencukupi dan kerana telah banyak kawasan yang telah terlibat dengan gangguan ini,” jelas Ruslan.
Sehubungan itu, Syabas menyediakan sebanyak 40 buah lori tangki untuk membantu membekalkan air ke kawasan yang terjejas.
Syabas juga giat menghantar lori-lori tangki daripada pihak swasta sebagai tambahan kepada jumlah yang sedia ada.
Dalam pada itu, sejumlah 110 tangki statik telah ditempatkan pada lokasi strategik di kawasan terlibat bagi membolehkan penduduk mendapatkan air.
Syabas turut memohon daripada kerajaan Selangor untuk memberi bantuan dari segi logistik khususnya dalam menyediakan lori-lori tangki untuk menghantar bekalan air.
Astro Awani
Thu Jan 03 2013
AWANI Ringkas: Permit masuk warga asing
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Tahan sakit lebih 3 jam kepala tertusuk besi
Mangsa dalam keadaan sedar dan stabil, tetapi masih memerlukan pembedahan susulan untuk mengeluarkan baki batang besi.

Amerika Syarikat lancar misi ke ISS, bawa pulang dua angkasawan
Kapal angkasa itu berlepas menggunakan roket SpaceX Falcon 9 dari Pusat Angkasa Kennedy NASA di Florida pada 7.03 malam waktu Timur, menurut siaran langsung NASA.

Projek Waterfront Labuan bernilai RM78 juta bakal lonjakkan ekonomi, pelancongan
Projek itu akan dibangunkan di Victoria Harbour Beach, tapak pasar basah lama di pusat bandar Labuan.

Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sarawak - MetMalaysia
Menurut MetMalaysia, kawasan dijangka terjejas ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), serta Bintulu.

Lelaki maut digilis lori, dilanggar beberapa kenderaan ketika hujan lebat
Siasatan awal mendapati motosikal mangsa dipercayai bergesel dengan sebuah lori yang datang dari arah sama.

Lima maut, 27 cedera kren runtuh di lebuh raya di Bangkok
Pasukan penyelamat segera dikerahkan untuk menyelamatkan mangsa, termasuk yang terperangkap di atas kren.
DBKL banteras penjaja air balang 'Rambo' tanpa lesen, abai kebersihan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui Jabatan Penguatkuasaan melaksanakan tindakan penguatkuasaan terhadap penjaja air balang tanpa lesen di sekitar Jalan Raja. DBKL mendapati penjaja sering bertukar lokasi perniagaan bagi mengelak dikesan oleh penguat kuasa.
Grid bekalan elektrik Cuba lumpuh, seluruh negara bergelap
Rangkaian elektrik nasional Cuba mengalami kerosakan besar pada lewat Jumaat, menyebabkan gangguan bekalan elektrik yang meluas di ibu negara Havana serta di seluruh negara pulau itu.

Anna Jobling tak sabar bintangi filem baharu, hadiah istimewa selepas GMWA 2024
Anna Jobling berkata dia langsung tidak menyangka akan menerima tawaran berlakon filem selepas meraih kemenangan besar di anugerah berprestij itu.

Ambang tahun baharu: Selangor anjur program doa Palestin merdeka
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, program itu sebagai tanda solidariti rakyat Selangor kepada penduduk Palestin.

Kutipan hasil Selangor dijangka meningkat RM100 juta mulai tahun depan - MB
Kerajaan Selangor menjangkakan kutipan hasil negeri tersebut meningkat sekitar RM100 juta selepas memperkenalkan tiga langkah baharu.

Selangor komited perkasa pendidikan, Israk Solutions suntik sinergi
Syarikat berstatus ISO 9001, Israk Solutions Sdn Bhd optimis menjalinkan kerjasama membangunkan sektor pendidikan khususnya di Selangor.

Isu Pangsapuri Harmoni 1: Pemaju janji, tetapi tiada kepala surat
Janji dikemukakan syarikat pemaju menerusi jurucakap pemaju hartanah bagaimanapun tidak mempunyai sebarang kepala surat.

Roboh Stadium Shah Alam masih dalam perbincangan
Cadangan dan perancangan masa depan Stadium Shah Alam akan diumumkan pada 16 Julai ini.

Sambutan Tahun Baharu Cina kekal dirai secara dalam talian
Para penonton dijemput mengambil bahagian dalam pelbagai peraduan dalam talian dengan mengikuti arahan juruacara bagi memenangi angpau berjumlah RM10,000.

Nyahwarta HSKLU: Masih banyak penelitian perlu dilakukan - Aktivis alam sekitar
Pada awal Februari 2020, Kerajaan Negeri Selangor mengemukakan cadangan menyahwartakan 931.17 hektar daripada 957.63 hektar keluasan HSKLU.

Meskipun mencabar, penduduk Lembah Klang siap sedia berdepan gangguan air
Situasi terputus bekalan air bukan kali pertama berlaku, cuma kali ini, pihak pengurusan Air Selangor membuat pengumuman lebih awal.

Penduduk Selangor dibenarkan makan dan minum dalam restoran mulai esok
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari bagaimanapun berkata orang ramai harus mematuhi penjarakan sosial.

COVID-19: Selangor tubuh pasukan khas, diketuai Dr Dzulkefly Ahmad
Kerajaan Selangor menubuhkan satu pasukan khas bagi memantau, mengawas dan memberi pendidikan kepada rakyat berhubung jangkitan COVID-19 di negeri ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.