Berikut merupakan susulan perkara yang berlaku selepas pelancaran serangan di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah.
• Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan operasi menghapuskan penceroboh asing di Lahad Datu adalah suatu keputusan yang bertepatan.
• Seorang tokoh sejarah mencadangkan kepada kerajaan supaya tidak lagi meneruskan pembayaran wang sebanyak RM5,300 setahun kepada waris Kesultanan Sulu demi mempertahankan sepenuhnya kedaulatan ke atas Sabah.
• Kira-kira 600 orang penduduk dari empat buah kampung berhampiran kampung Tanduo, dipindahkan ke Dewan Embara, Lahad Datu sebagai langkah berwaspada.
• Orang ramai dinasihatkan supaya membiarkan pihak berkuasa menjalankan tanggungjawab mereka dalam menangani isu pencerobohan kumpulan bersenjata dari selatan Filipina.
• Tindakan Jamalul Kiram III, waris Kesultanan Sulu yang mendakwa dirinya Sultan Sulu yang sah, mengirimkan kumpulan bersenjata menceroboh Sabah dilihat sebagai satu komplot untuk memberikan tekanan kepada Presiden Filipina, Benigno Aquino III.
• Tiga belas mayat pengganas dari Selatan Filipina ditemui di Kampung Tanduo susulan operasi menggeledah lokasi persembunyian kumpulan penceroboh itu diteruskan sehari selepas kerajaan melancarkan Operasi Daulat mempertahankan kedaulatan dan maruah negara.
• Pihak berkuasa polis dan tentera memperluaskan kawasan operasi memburu penceroboh dari Selatan Filipina melampaui zon empat kilometer persegi di Kampung Tanduo.
• Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail meminta semua pihak supaya tidak membuat sebarang kenyataan yang tidak wajar berhubung soal kedaulatan Sabah kerana ia boleh menjejaskan kedudukan negara sekiranya perkara itu dibawa ke muka pengadilan kelak.
• Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid meminta orang ramai supaya tidak memperlekehkan usaha yang sedang dijalankan oleh tentera dan polis menggeledah lokasi pertempuran dengan kumpulan pengganas di Kampung Tanduo dekat sini.
• “Ops Bunga” kini dilihat semakin trending menerusi Twitter dan Facebook, iaitu satu acara khas yang dicadangkan oleh seorang rakyat Malaysia untuk meletakkan bunga di hadapan Pejabat Kedutaan Filipina di Jalan Changkat, Kuala Lumpur pada Jumaat ini.
• Ops Daulat yang menyaksikan kerjasama polis dan tentera di bawah strategi lautan biru setakat ini nyata membuahkan hasil memberangsangkan.
• Polis telah menahan empat lelaki dalam lingkungan umur 20 hingga 50 tahan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan penceroboh di Kampung Sri Jaya Siminul, Semporna baru-baru ini.
• Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar memaklumkan, dalam operasi penggeledahan sekitar 1.45 petang, pasukan keselamatan berbalas tembakan dengan pengganas dan mereka melarikan diri.
• Pejabat Peguam Negara (AGC) akan mengemukakan permohonan bagi Jamalul Kiram III dari Filipina diekstradisi ke negara ini jika terbukti ada kes terhadapnya, kata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini.