SEREMBAN: Suspek utama kes penemuan mayat wanita dalam gaung di Kilometer 14 Jalan Lama Bukit Putus, Paroi di sini, pada 20 Mac lepas turut disyaki terbabit dengan kes dera seorang wanita berusia 35 tahun dan anak lelakinya berusia setahun lapan bulan.
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof berkata lelaki berusia 41 tahun itu turut dikaitkan dengan penemuan rangka dipercayai kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di kawasan belukar berhampiran tangki air milik Pengurusan Air Berhad di Taman Bukit Zamrud, di sini pada 7 April lepas.
Beliau berkata perkara itu terbongkar hasil siasatan terhadap suspek yang masih dalam tahanan reman polis itu.
"Polis telah menyiasat secara menyeluruh dan menimbulkan satu kes penderaan terhadap wanita dan anak lelakinya dipercayai sejak awal tahun ini, kedua-dua mangsa kini masih menerima rawatan di satu lokasi yang dirahsiakan.
"Kita juga syaki wanita tersebut merupakan ibu kepada kanak-kanak perempuan yang cebisan rangkanya ditemukan di Taman Bukit Zamrud itu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
BACA: Rangka kanak-kanak perempuan lima tahun ditemui
BACA: Keputusan DNA dan forensik rangka kanak-kanak perempuan minggu depan - Polis
Terdahulu, suspek utama itu bersama seorang lagi saudara lelakinya berusia 44 tahun serta wanita berusia 18 tahun ditahan bagi membantu siasatan berhubung dua kes tersebut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Nanda berkata reman ke atas suspek utama dan wanita itu dilanjut hingga 16 April ini manakala seorang lagi lelaki hingga esok selepas tempoh reman ketiga-tiga mereka berakhir semalam.
Bagaimanapun, Nanda berkata setakat ini pihaknya tidak dapat mengesahkan pembabitan dua lagi suspek berkenaan dalam kes dera itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.
Beliau berkata kesemua kes masih dalam proses pengumpulan bukti untuk melengkapkan siasatan pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 12 2022

GAMBAR FAIL: Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof ketika di lokasi kejadian pencarian bagi mengesan bukti baharu yang dipercayai terkait dengan kes mayat seorang wanita dalam gaung pada 20 Mac lalu. - BERNAMA

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Lelaki direman enam hari bantu siasatan kes buang bayi
Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan permohonan reman selama enam hari terhadap seorang lelaki berusia 44 tahun bagi membantu siasatan kes pembuangan bayi semalam.

Suspek kes Bella didakwa pagi ini
Suspek utama kes kehilangan ibu tunggal anak dua berumur 32 tahun itu dijangka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Wanita disimen dalam kolah kekasih suspek utama, Mandeep Singh - Polis Selangor
Polis Selangor hari ini mengesahkan wanita yang disimen dalam kolah sebuah rumah di Kampung Pendamar, Klang pada minggu lepas merupakan kekasih suspek utama iaitu Mandeep Singh, seorang warga India.

Suspek utama penemuan mayat wanita, rangka kanak-kanak disyaki terlibat kes dera
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof berkata perkara itu terbongkar hasil siasatan terhadap suspek yang masih dalam tahanan reman polis itu.

Suspek utama pembunuhan Presiden Haiti ditahan
Suspek, John Joel Joseph dilaporkan ditahan pada Jumaat.

Pengawal keselamatan maut ditetak, polis kesan dua beradik suspek utama
Seorang lelaki warga asing berusia 29 tahun maut dipercayai ditetak dalam satu pergaduhan di perumahan pekerja di sebuah ladang di Ulu Segama, di sini, pada Sabtu.

Kes tikam, gilis: Polis buru sembilan suspek termasuk dalang utama
Polis memburu sembilan lagi suspek termasuk suspek utama yang dipercayai terlibat dalam pembunuhan seorang lelaki, di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi, pada 17 Disember lalu.

Diculik, dikurung, dirogol selama seminggu
Tindakan sekumpulan lelaki menculik, merogol dan mengurung seorang remaja dipercayai kerana perselisihan faham antara suspek utama dengan teman lelaki mangsa.

Suspek tembak pegawai AmBank direman tujuh hari
Pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai AmBank direman tujuh hari untuk bantu siasatan.