NIBONG TEBAL: Polis menahan reman suspek rogol dan bunuh seorang kerani wanita selama tujuh hari bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supritendan Lee Chong Chern ketika dihubungi pada Ahad berkata suspek yang ditahan pada jam 10 malam Sabtu direman bermula semalam hingga 4 September depan.
Terdahulu, Chong Chern berkata suspek telah dibawa ke lokasi kejadian di sebuah taman perumahan di Nibong Tebal, tengah hari tadi.
Suspek berusia 29 tahun itu dilihat diiringi dua anggota polis selain tangan digari dan memakai baju lokap dan beredar dari rumah mangsa kira kira jam 1.40 tengah hari tadi.
BACA: Polis bawa suspek kes rogol, bunuh dan liwat kerani ke lokasi kejadian
BACA: Mayat mangsa rogol, liwat disembunyi bawah katil
Katanya, tindakan membawa suspek ke lokasi berkenaan adalah bagi mendapatkan maklumat lanjut terhadap perbuatannya itu.
Kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Dalam kejadian pada Sabtu itu, seorang kerani wanita berusia 40 tahun maut dirumahnya di sini dipercayai dirogol dan diliwat sebelum mayatnya ditemui disembunyikan di bawah katil di dalam bilik dalam keadaan tidak berbaju.
Suspek dipercayai menceroboh masuk ke dalam rumah mangsa melalui tingkap di bahagian belakang rumah mangsa.
Dewi Nur Harasha Alias
Sun Aug 29 2021
Suspek telah dibawa ke lokasi kejadian di sebuah taman perumahan di Nibong Tebal, tengah hari tadi. - Foto Astro AWANI
Tiada bukti kaitkan Modi dengan aktiviti jenayah di Kanada - Pegawai
Kerajaan Kanada tidak menemui sebarang bukti untuk mencadangkan Perdana Menteri India mengetahui tentang jenayah yang dilakukan oleh ejen India di Kanada, lapor Agensi Anadolu (AA) yang memetik kenyat
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
Rayuan ditolak, bekas pembantu makmal bunuh ketua kerani kekal ke tali gantung
Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman mati ke atas bekas pembantu makmal Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad di Telok Datok, Banting atas pertuduhan membunuh ketua kerani kolej tersebut.
Suspek rogol, bunuh dan liwat kerani direman seminggu - Polis
Polis menahan reman suspek rogol dan bunuh seorang kerani wanita selama tujuh hari bagi membantu siasatan.