PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman mati ke atas bekas pembantu makmal Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad di Telok Datok, Banting atas pertuduhan membunuh ketua kerani kolej tersebut dengan menikam menggunakan pisau dan mencekik mangsa kerana dendam terhadap wanita itu pada 2018.
Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Seri Kamaludin Md Said sebulat suara memutuskan demikian selepas mendapati rayuan Abdul 'Azhim Mohamad, 33, untuk mengetepikan sabitan dan hukuman tidak mempunyai merit.
"Setelah mendengar dan meneliti keseluruhan hujahan perayu (Abdul 'Azhim) serta responden (pendakwaan), kami bersetuju bahawa rayuan tersebut tiada merit . Oleh itu, rayuan perayu ditolak dan keputusan Mahkamah Tinggi dikekalkan," kata Hakim Kamaludin yang bersidang bersama Datuk Supang Lian dan Datuk Ahmad Nasfy Yasin.
Pada 22 Nov 2019, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas penjawat awam itu selepas didapati bersalah membunuh Zaimah Mahmod berumur 57 tahun (ketika itu) di kolej berkenaan pada 1.30 tengah hari, 11 Julai 2018.
Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati.
Berdasarkan fakta kes, semasa kejadian, seorang rakan sekerja perayu masuk ke dalam bilik stor di kolej tersebut dan ternampak perayu sedang duduk di atas kotak sambil menggenggam tangan serta membuat pengakuan dia telah membunuh wanita berkenaan.
Perayu meminta telefon bimbit daripada rakannya itu kerana mahu menelefon ibu bapanya, polis serta ambulans untuk membuat pengakuan tersebut.
Apabila ditanya seorang cikgu di kolej berkenaan mengapa perayu bertindak sedemikian, dia menyatakan bahawa tindakannya itu kerana dendam terhadap mangsa berkaitan hal peribadi.
Sebelum kejadian itu, perayu yang dilantik sebagai Pembantu Makmal Gred N19 di kolej berkenaan telah ditempatkan di pejabat pentadbiran dan bahagian perpustakaan untuk melakukan kerja kerani dan berhasrat untuk menukar sekolah.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ng Siew Wee manakala peguam Muhammad Amirrul Jamaluddin mewakili Abdul 'Azhim.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 08 2023
![Rayuan ditolak, bekas pembantu makmal bunuh ketua kerani kekal ke tali gantung Rayuan ditolak, bekas pembantu makmal bunuh ketua kerani kekal ke tali gantung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51675844765_pembantumakmal.jpg)
Pada 22 Nov 2019, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Abdul 'Azhim selepas didapati bersalah membunuh Zaimah Mahmod. - Fail BERNAMA
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Rayuan ditolak, bekas pembantu makmal bunuh ketua kerani kekal ke tali gantung Rayuan ditolak, bekas pembantu makmal bunuh ketua kerani kekal ke tali gantung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51675844765_pembantumakmal.jpg)
Rayuan ditolak, bekas pembantu makmal bunuh ketua kerani kekal ke tali gantung
Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman mati ke atas bekas pembantu makmal Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad di Telok Datok, Banting atas pertuduhan membunuh ketua kerani kolej tersebut.