Polis menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes dera seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun di Kampung Taman Permint Permai, Bukit Chendering di sini.
Lelaki berusia 28 tahun yang merupakan teman lelaki ibu kanak-kanak itu, ditahan pada pukul 1.40 pagi semalam di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Gong Merawang, Marang.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu ACP K. Manoharan berkata lelaki yang bekerja sebagai buruh dan berasal dari Marang itu mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan penyalahgunaan dadah.
"Semasa ditahan, kami turut menjumpai sebuah motosikal yang dilaporkan dicuri di Kuala Terengganu dan ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Isnin lepas, Jabatan Kebajikan Masyarakat menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan yang dipercayai menjadi mangsa dera rakan lelaki ibunya.
Budak perempuan berusia dua tahun tujuh bulan itu ditemui dalam keadaan sebelah kakinya berwarna kehitam-hitaman dan berbau busuk dipercayai akibat terkena objek panas lebih seminggu lepas.
Manoharan berkata polis telah merakam keterangan daripada ibu mangsa dan menggunakan khidmat Pusat Temuduga Kanak-kanak (CIC) untuk mengambil keterangan daripada kanak-kanak berkenaan.
"Berdasarkan siasatan awal, kami dapati memang terdapat unsur penderaan pada mangsa, dengan kecederaan paling serius ialah di bawah tapak kaki kanak-kanak itu yang melecur akibat bahan panas.
"Kami percaya mangsa telah seminggu didera berdasarkan kesan luka yang dialami sebelum laporan dibuat. Selain itu terdapat juga beberapa kesan kecederaan lama dan baharu di badan mangsa," katanya.
Manoharan berkata bapa kanak-kanak itu kini menjalani hukuman penjara kerana masalah dadah.
Kanak-kanak itu kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini dan tinjauan Bernama di HSNZ mendapati kanak-kanak itu dijaga ibunya.
Bernama
Thu Jun 13 2013
Wanita Palestin mengamuk di WTKL mohon maaf, tertekan fikir anak di Gaza
Aminah berkata, perbuatan di luar kawalan itu berlaku disebabkan rasa tertekan memikirkan keadaaan anaknya yang masih berada di Gaza.
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Memetik laporan Associated Press, rejim Zionis turut menyerang kem pelarian Palestin jauh di utara buat kali pertama ketika ia menyasarkan kedua-dua pejuang Hezbollah dan Hamas.
Pelabur makin yakin, Malaysia disaran tingkatkan keperluan RE
Keperluan tenaga boleh baharu (RE) di negara ini semakin meningkat seiring keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat data, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Dua minggu hilang, nasib Orang Asli Zuzina masih misteri
Pelbagai pihak masih mencari wanita orang Asli Zuzina Abine yang hilang selepas keluar rumah sejak 20 September lalu.
Ringgit dijangka berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan, tetapi dengan kecenderungan meningkat terhadap dolar AS selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) bagi September meningkat mendadak kepada 254,000 pekerjaan.
[TERKINI] Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan pagi ini
Kementerian Luar Negeri mengesahkan seramai enam orang rakyat Malaysia daripada sebuah keluarga selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini (6 Oktober 2024).
Konvoi motosikal Seru For Gaza, cerminan sokongan sesama saudara
Liputan Wartawan Astro AWANI, Faida Rahim di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diperangi keganasan Israel.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
TLDM berkas dua PATI di perairan Johor
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berjaya memberkas dua orang pendatang asing tanpa izin (PATI) yang cuba memasuki negara secara tidak sah di perairan Tenggara, Johor awal pagi tadi.
14 lelaki diberkas ketika leka judi sabung ayam
Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP A Asmadi Abdul Aziz berkata, polis turut merampas wang tunai lebih RM25,000 di samping lima ekor ayam sabung.
8 warga China ditahan disyaki terbabit sindiket penipuan dalam talian
Menerusi operasi pada 7.30 malam itu, polis merampas pelbagai peralatan seperti komputer, komputer riba dan telefon bimbit.
Suspek dera kanak-kanak di Terengganu diberkas
Polis menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes dera seorang kanak-kanak perempuan di Terengganu.