Janin bayi yang sudah berulat ditemukan disandar pada tiang elektrik berhampiran pokok duku di Kampung Banggol Kapas, Marang pada Jumaat.
Janin itu ditemui seorang suri rumah pada kira-kira jam 3 petang tadi ketika melintasi kawasan tersebut.
Menurut Noor Azura Husim, 34 tahun, ketika melalui kawasan itu dia terhidu bau busuk sebelum menemui objek yang mencurigakan.
Noor Azura yang pelik dengan objek di dalam beg kertas berkenaan, kemudian meminta anak perempuannya memeriksa satu lagi objek yang dibalut dengan kain batik.
"Saya nak pergi kenduri, saya tengok ada beg kertas.. dan ada kain batik. Saya pusing balik dan suruh anak perempuan saya periksa (objek itu) tapi anak saya tak berani.
"Kemudian saya panggil anak sedara (perempuan) saya pula dan minta dia melihatnya, dan anak saudara saya kata kain batik tu ada darah. Kami terkejut," katanya.
Katanya mereka lebih terkejut apabila terlihat kulit kepala di dalam bungkusan berkenaan.
Noor Azura juga berkata dia menyedari beg kertas itu sejak Rabu lalu namun tidak menyangka mengandungi janin bayi.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Marang, DSP Mohd Suhaimi Ali ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.
Katanya janin berkenaan telah dihantar ke unit forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk dibedah siasat.
Sharom Abu Bakar
Fri Mar 01 2019
Janin itu ditemui seorang suri rumah pada kira-kira jam 3 petang tadi ketika melintasi kawasan tersebut. - Foto Astro AWANI
[TERKINI] GISB: Siasatan kini libatkan 10 peruntukan undang-undang
Siasatan terhadap Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings yang sebelum ini hanya melibatkan empat peruntukan undang-undang kini telah meningkat kepada 10 peruntukan.
Tunggu Majlis Raja-Raja perkenan pandangan muzakarah MKI
Jelas Datuk Mohd Na'im, terma pandangan hukum digunakan berikutan Jawatankuasa Fatwa MKI tiada kuasa mengeluarkan fatwa kerana ia hanya boleh diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri.
Sedia infrastruktur sesuai sokong industri e-sukan - Ahmad Zahid
Latihan dan bimbingan tidak seharusnya tertumpu kepada usaha melahirkan seorang atlet e-sukan semata-mata, tetapi juga sebagai pencipta kandungan digital atau pembangun perisian.
Protes di Pakistan: Polis lepaskan gas pemedih mata suraikan perhimpunan anti-kerajaan
Polis melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan perhimpunan anti-kerajaan oleh penyokong bekas Perdana Menteri Imran Khan yang dipenjara berhampiran kawasan D-Chowk di Islamabad.
Warga emas ditemukan maut di kebun disyaki dipijak gajah
Seorang lelaki warga emas ditemukan mati di kawasan kebunnya disyaki akibat dipijak gajah di Kampung Basung, Hulu Terengganu.
Anwar tekankan keperluan perkukuh hubungan ketenteraan Malaysia-Pakistan
Anwar memuji "peranan Angkatan Tentera Pakistan dalam keamanan dan kestabilan serantau, mengakui profesionalisme dan pengorbanan mereka dalam memerangi keganasan".
Pulangkan semula kekayaan negara
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar bekas pemimpin yang mengaut kekayaan dari hasil negara, agar mengembalikannya semula kepada rakyat dan negara.
Kerajaan tumpu tatakelola basmi kemiskinan
Kerajaan Madani memberi tumpuan kepada tatakelola bagi memastikan bantuan untuk membantu rakyat miskin sampai kepada golongan sasaran.
GISB sesat atau tidak? Pandangan hukum sudah ada, tunggu perkenan Majlis Raja-Raja - Mohd Naím
Selepas Majlis Raja-Raja beri perkenan kepada pandangan hukum terbabit, maka negeri-negeri akan bawa pandangan hukum itu kepada jawatankuasa fatwa negeri dipengerusikan oleh mufti negeri masing-masing
AWANI Ringkas: Kerajaan perluas rangkaian pusat kanser
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Suri rumah terkejut jumpa janin bayi berulat tersandar di tiang elektrik
Janin bayi yang sudah berulat ditemukan disandar pada tiang elektrik berhampiran pokok duku di Kampung Banggol Kapas, Marang pada Jumaat.