Seorang suri rumah mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuat penghantaran komunikasi jelik terhadap kerabat diraja Selangor di laman Facebook pada Jun lepas.
Tertuduh, Siti Nurul Ain Mat Nayan, 32, yang juga peniaga dalam talian secara sambilan itu membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Rihaida Rafie.
Mengikut pertuduhan, Siti Nurul Ain didakwa menggunakan perkhidmatan aplikasi internet menerusi telefon bimbit jenis Samsung A30 secara sedar untuk membuat dan memulakan penghantaran komen jelik berkaitan kerabat diraja Selangor di laman Facebooknya dengan niat menyakitkan hati orang lain.
Pautan itu kemudian dibaca di Istana Mestika, Seksyen 7 di sini kira-kira 10.26 pagi pada 26 Jun lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Baizura Mohd Saubian dan tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah memerintahkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM7,000 dan menetapkan Jumaat ini untuk dijatuhkan hukuman.
Bernama
Tue Jul 21 2020

Suri rumah mengaku bersalah buat komen jelik di Facebook terhadap kerabat diraja Selangor. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Suri rumah mengaku bersalah buat komen jelik di Facebook terhadap kerabat diraja Selangor
Seorang suri rumah mengaku bersalah atas pertuduhan membuat penghantaran komunikasi jelik terhadap kerabat diraja Selangor.

Putera Harry, Meghan secara rasmi mulakan kehidupan sebagai bukan kerabat diraja
Terdahulu, dunia dikejutkan dengan berita pengunduran diri Duke and Duchess of Sussex, Harry dan Meghan daripada keluarga diraja British.

Luahan sedih yang dapat dirasai, ini ucapan penuh Putera Harry di London
Putera Harry dilanda kesedihan teramat sangat apabila terpaksa melepaskan tugas Diraja selepas memutuskan untuk memulakan kehidupan baharu.

Hendakkan kebebasan, tak perlu panggil Harry dan Meghan 'Yang Mulia' lagi - Ratu Elizabeth
Pasangan Diraja Britain, Putera Harry, 35, dan Meghan, 38, kini tidak lagi memegang gelaran diraja His Royal Highness dan Her Royal Highness (Yang Mulia).

Tidak pernah ber'dating', Raja Permaisuri Agong kenang cinta 'padang polo'
Titah Raja Permaisuri Agong, disebabkan ayahanda baginda terlalu tegas, baginda tidak pernah keluar berjanji temu dengan Tuanku Agong.

Thailand isytihar Suthida sebagai Permaisuri
Raja Thailand, Raja Maha Vajiralongkorn, memasyhurkan isteri baginda, Suthida Vajiralongkorn Na Ayudhya, sebagai Permaisuri Thailand pada Rabu.

Institusi diraja identiti sistem pentadbiran negara - Dr Shamrahayu
Institusi diraja merupakan identiti yang menjadi salah satu sistem dalam pentadbiran negara.

Sah! Meghan Markle hamil
Pasangan diraja Britain Putera Harry dan Meghan Markle dilaporkan bakal menimang cahaya mata pertama.

Arab Saudi tangkap Sheikh Al-Hawali - laporan
Tangkapan Sheikh Al-Hawali dilaporkan dibuat beberapa hari selepas beliau menerbitkan buku berjudul Muslim dan Peradaban Barat yang mengkritik keluarga diraja Arab Saudi dan Putera Mahkota Abu Dhabi.

Meghan Markle dilarang makan bawang putih pula
Seperti diketahui, Meghan amat menyukai bawang putih di dalam semua masakannya tetapi dia terpaksa melupakan bawang putih selepas berkahwin.