KAJANG: Seorang suri rumah yang klip video perbuatannya tular di media sosial didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah memukul seorang penuntut kolej swasta dan merosakkan telefon bimbit milik pelajar itu di Sungai Long, di sini minggu lepas.
Majistret Nik Siti Norazlini Nik Mohamad Faiz menjatuhkan hukuman hukuman denda RM1,000 atau sebulan penjara bagi setiap pertuduhan terhadap Chew Soo Li, 51.
Berdasarkan kedua-dua pertuduhan, Chew didakwa melakukan khianat dengan merosakkan telefon bimbit jenis Iphone X milik Jocelyn Foo Qai Yen, 20, di tepi jalan Sungai Long, Bandar Sungai Long di sini, pada 2 petang, 3 Ogos lepas dan mencederakan pelajar berkenaan di sebuah kedai serbaneka pada tarikh dan masa sama.
Bagi kesalahan khianat, ibu empat anak itu didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat membawa hukuman penjara tidak kurang setahun dan maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya manakala pertuduhan mencederakan adalah mengikut Seksyen 323 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.
Berdasarkan fakta kes, mangsa yang berada di perkarangan sebuah kolej didatangi tertuduh yang mahu meminjam telefon bimbit bagi membuat panggilan, namun mangsa memberitahu dia sedang menggunakannya, menyebabkan tertuduh memarahi mangsa dan merampas telefon bimbit itu lalu menghempasnya ke tepi jalan.
Mereka kemudian berbincang di dalam sebuah kedai serbaneka berdekatan, sebelum tertuduh bertindak memukul muka mangsa dengan sebuah buku dan hasil pemeriksaan pegawai perubatan di Hospital Kajang mendapati mangsa mengalami kecederaan tisu lembut di bahagian pipi kiri.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Norfarhanim Abdul Halim memohon hukuman sewajarnya bagi memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat agar tidak melakukan kesalahan sama selain mengambil kira faktor kecederaan dan kerugian dialami mangsa.
Peguam S.Priyalatha mewakili tertuduh memohon denda minimum atas alasan suami tertuduh tidak bekerja selain mempunyai masalah kolestrol tinggi serta bergantung pada ubat.
"Anak guam saya mempunyai empat anak berusia antara lapan dan 21 tahun. Dia bergantung kepada duit simpanan suaminya untuk menyara hidup. Tertuduh juga berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama dan pengalaman direman tujuh hari menjadi pengajaran kepadanya," kata peguam itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 08 2023

Majistret Nik Siti Norazlini Nik Mohamad Faiz menjatuhkan hukuman hukuman denda RM1,000 atau sebulan penjara bagi setiap pertuduhan terhadap Chew Soo Li, 51. - Gambar hiasan

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Tingkah laku rasis dan kenyataan diskriminasi tiada tempat dalam masyarakat - Gobind
Gobind berkata, tindakan sedemikian bukan sahaja menyakitkan hati tetapi juga merosakkan keharmonian kaum.

Patut pemandu Honda kuning lari, rupanya pengedar dadah
Hasil ujian saringan air kencing ke atas suspek mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine.

Pelakon Fikry Ibrahim bergelar suami, pilih bekas pramugari
Pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim sah bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, yang dikenali sebagai Khalizah Alihan, pada Rabu.

Kes tular: Mekanik tidak mengaku pukul anjing sendiri guna tukul besi
Seorang mekanik motosikal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan memukul seekor anjing jantan baka Pit Bull, dengan tukul besi, bulan lalu.

Lengkap berbaju Melayu jemput isteri balik kerja sempena 'anniversary' ke-25
Tular satu video di TikTok memaparkan sisi romantis suami yang lengkap berbaju Melayu beserta songkok sedang menjemput isterinya.

Gelagat Tun M, isteri main bola cuit hati netizen
Gelagat mesra bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencuri tumpuan netizen apabila beliau dilihat meluangkan masa beriadah bersama isterinya, Tun Dr Hasmah Mohamad Ali, baru-baru ini.

Polis kesan pemandu BMW langgar lari penunggang motosikal
Polis sedang mengesan pemandu sebuah kereta jenis BMW yang dipercayai melanggar motosikal ditunggang seorang wanita di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR).

Lambat keluar selepas beli nasi ayam punca suami tampar isteri
Gara-gara lambat keluar dari pusat beli-belah selepas membeli nasi ayam menjadi punca seorang wanita ditampar suaminya dalam kejadian di Kota Warisan baru-baru ini.

Polis kesan dua pemandu enggan beri laluan kepada ambulans
Polis Daerah Kulai mengesan kejadian itu melalui satu video tular berdurasi 1 minit 26 saat, melibatkan dua kenderaan dipandu warga tempatan.

Polis kesan suami tampar isteri
Suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga satu tahun, denda maksimum RM2,000, atau kedua-duanya sekali.