Terengganu bakal mempunyai ikon pelancongan baharu apabila sebuah surau berasaskan buluh bakal dibina di Dataran Tembesu di Kuala Nerus tidak lama lagi.
Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata pembinaan surau yang dianggarkan melibatkan kos RM400,000 itu akan turut menjadi pusat penyelidikan dan kajian berkaitan buluh yang pertama di negara ini.
"Surau daripada buluh yang berkeluasan 3,000 kaki persegi ini akan dijadikan contoh penyelidikan dalam bidang buluh, pembinaannya akan dijadikan manual... dari awal kita bina surau itu akan direkodkan untuk dijadikan bahan kajian.
"Surau tersebut akan dijadikan model untuk pembinaan berasaskan buluh oleh sesiapa sahaja.
"Kini kerja-kerja meratakan tanah bagi tapak surau tersebut sedang dijalankan dan pembinaannya dijangka mengambil masa sembilan bulan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Seminar Aplikasi Buluh Dalam Industri Pembinaan, di sini, hari ini.
Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri Dr Azman Ibrahim dan Pengerusi Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) Jugah Muyang.
Sementara itu, Mohd Khairuddin berkata kementerian akan membangunkan projek Model Ladang Hutan Buluh di kawasan seluas 15 hektar di Pusat Latihan Industri Perkayuan Terengganu (TTITC) di Kuala Berang, melibatkan peruntukan RM5 juta pada tahun hadapan.
Pelaksanaan projek tersebut, katanya, diharap dapat menjadi panduan kepada pemain industri untuk menceburi bidang perladangan seterusnya menyumbang kepada bahan mentah bagi pembuatan produk berasaskan buluh.
Mohd Khairuddin berkata kementerian kini giat berkempen menggalakkan orang ramai menanam buluh secara komersial memandangkan kebanyakan bekalan buluh negara pada ketika ini bergantung kepada hasil hutan yang bekalannya tidak konsisten.
"Malaysia mengeksport RM9.6 bilion produk berasaskan kayu sehingga suku kedua tahun ini.
"Amerika Syarikat adalah pengimport terbesar produk kayu negara dengan nilai sebanyak RM2.87 bilion atau 30 peratus daripada keseluruhan eksport negara.
"Namun daripada jumlah tersebut, eksport buluh dan produk berasaskan buluh hanya sebanyak RM3 juta.
"Oleh itu kita (kementerian) mahu buluh ditanam pada skala yang besar atau di peringkat perladangan.
"Kita berikan peruntukan bersifat pembiayaan berasaskan syariah pinjaman mudah.
"Untuk satu hektar kita berikan RM10,000 yang hanya perlu dibayar pada tahun ketujuh, sedangkan hasil buluh boleh dituai pada tahun keempat ia ditanam," katanya.
Terdahulu, Ahmad Samsuri berkata sehingga Julai tahun ini, terdapat 52 pengeksport kayu di Terengganu yang menyumbang peningkatan jumlah eksport dari RM105 juta pada 2017 kepada RM114 juta pada 2019.
Selain itu terdapat 66 pengusaha industri kecil dan sederhana terutama bumiputera dalam bidang kayu-kayan di Terengganu yang menghasilkan produk ukiran kayu, pembuatan bot, perabot dan sebagainya.
"Walaupun ada peningkatan jumlah eksport dari RM105 juta kepada RM114 juta, ia masih lagi tidak cukup dan mempunyai banyak lagi ruang yang boleh dimanfaatkan oleh pemain industri dan orang perseorangan termasuk dalam industri berkaitan buluh," katanya.
Terdahulu, berlangsung majlis menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara MTIB dengan Bamboo Jungle Adventures Sdn Bhd (BJA) dan Golden Pharos Berhad bagi pembangunan sebuah Manual Aplikasi Buluh untuk kegunaan pemain industri pembinaan berasaskan buluh.
MTIB diwakili Ketua Pengarahnya Mohd Kheiruddin Mohd Rani, BJA diwakili Pengarah Urusannya Anum Nazahah Ahmad Mazlan manakala Golden Pharos diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Ahmad Nadzarudin Abdul Razak.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 30 2020

MOHD KHAIRUDDIN: Surau daripada buluh yang berkeluasan 3,000 kaki persegi ini akan dijadikan contoh penyelidikan dalam bidang buluh. -Bernama

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Surau Buluh bakal jadi ikon pelancongan baharu Terengganu
Surau daripada buluh yang berkeluasan 3,000 kaki persegi ini akan dijadikan contoh penyelidikan dalam bidang buluh.