ALOR SETAR: Paras air di Sungai Pendang menunjukkan peningkatan apabila mencatatkan paras bahaya mencecah 2.93 meter (m) berikutan hujan berterusan dari malam hingga awal pagi pada Khamis.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Pendang, Leftenan (PA) Yuslina Yusoff berkata, paras air terus meningkat daripada 2.85m pada jam 12 tengah hari Jumaat kepada 2.92m pada jam 12 tengah malam.
Beliau berkata, paras air di sungai terbabit didapati meningkat sekali lagi hingga mencapai paras 2.93m setakat jam 8 pagi Sabtu.
"Sehingga kini, tujuh kampung di daerah ini diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga kerana dikhuatiri banjir berikutan paras air sungai yang semakin meningkat.
"Antara kampung terbabit termasuklah Belakang Balai Bomba Sukarela Pendang, Kampung Sukamari, Kampung Seberang, Kampung Banggol Kambing, Kampung Titi Kera, Kampung Alor Ali dan Kampung Banggol Besi," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Tambah beliau, berdasarkan pemantauan dari jam 7 pagi hingga 7.45 pagi, arus air di Sungai Pendang laju tetapi masih dalam keadaan terkawal.
"Bagaimanapun, tiada pusat pemindahan dibuka kerana tiada mangsa yang terkesan mahu berpindah," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jun 04 2022
Anggota APM Pendang memantau paras air di kawasan Pendang yang dilanda banjir pada Jumaat. -Foto Sinar Harian
JHL Sabah siasat punca kematian seekor gajah di Ladang Felcra Danum
Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah sedang menyiasat punca kematian seekor gajah yang bangkainya ditemui di kawasan LAdang Felcra Danum, Jalan Silam, pada Khamis.
Terminal Feri Labuan mula sibuk, sesak
Menjelang perayaan Krismas, ditambah dengan musim cuti sekolah, Terminal Feri Ro-Ro Labuan dan Terminal Feri Antarabangsa Labuan sibuk dengan kehadiran penumpang tempatan serta pelancong, khususnya mereka yang ingin pulang ke Sabah dan Sarawak.
Krismas: 14 barangan di bawah skim harga maksimum
Armizan berkata, penguatkuasaan itu akan berlangsung selama lima hari bermula 23 Disember ini.
Shafie minta pihak berwajib sedia penempatan lain
Presiden Warisan, Datuk Mohd Shafie Apdal berkata perlunya ada perancangan lebih rapi dan menyediakan penempatan lain kepada penduduk yang terlibat dalam operasi perobohan penempatan.
Universiti awam perlu dibina di Pantai Timur Sabah - Shafie
Ahli Parlimen Semporna Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berharap kerajaan dapat mempertimbangkan cadangan untuk membina sebuah universiti awam di Pantai Timur Sabah.
RM50.9 juta subsidi ICPT untuk pengguna elektrik Sabah
Kerajaan negeri bersetuju meneruskan pengecualian surcaj Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) untuk tempoh 1 Januari 2025 sehingga 30 Jun 2025 dengan memperuntukkan sebanyak RM50.9 juta.
Banjir: Murid, kakitangan Sekolah Kebangsaan Ulu Roban dipindahkan menaiki bot
Sk Ulu Roban telah dinaiki air di bahagian asrama yang melibatkan jalan utama pelajar sekolah ke bilik darjah dan asrama.
Rosmah lepas dan bebas: 'Kerajaan tak campur tangan' - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan tidak campur tangan dalam keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Rosmah daripada pertuduhan mahkamah.
Tiket GENKRU habis dijual dalam tempoh sejam, bakal umum hari kedua
Disebabkan sambutan itu juga, penganjur juga bersetuju untuk menambah satu hari lagi untuk konsert itu.
Pantau Agenda Reformasi: Caj perubatan swasta dan insurans meningkat
Kos perubatan di Malaysia terus meningkat dan susulan daripadanya, bayaran untuk premium insurans perubatan juga akan dinaikkan sehingga membimbangkan pengguna.
Namun keadaan itu dijangka tiada tanda noktahnya, dan kos perubatan serta premium insurans dijangka akan terus meningkat.
Namun keadaan itu dijangka tiada tanda noktahnya, dan kos perubatan serta premium insurans dijangka akan terus meningkat.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
Mangsa banjir di Pantai Timur meningkat, Perak, Johor kekal
Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan berterusan di beberapa negeri sehingga esok, termasuk Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, dan Terengganu.
Banjir gelombang kedua: Perlu tambah baik penyampaian makanan, khemah di PPS - MERCY Malaysia
Penambahbaikan dari segi penyediaan makanan, khemah dan penyeliaan bantuan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) perlu di beri perhatian dalam menghadapi gelombang kedua banjir.
Banjir: Pembinaan Pusat Pemindahan Kekal bantu kelancaran operasi persekolahan
Kerajaan sedang merangka langkah untuk menyediakan Pusat Pemindahan Kekal (PPK) di setiap negeri bagi mengurangkan pergantungan kepada pusat pemindahan sementara (PPS) di sekolah.
Kesedaran orang ramai pindah ke PPS sangat luar biasa - MERCY
Bencana banjir pada tahun ini menunjukkan tahap kesedaran dalam kalangan orang ramai untuk berpindah ke Pusat Pemindahan Sementera (PPS) secara sukarela yang sangat mengagumkan.
Keadaan banjir di enam negeri beransur pulih
Bagaimanapun, bilangan mangsa di Pahang sedikit meningkat menjadikan jumlah keseluruhan mangsa di tujuh negeri berkurang kepada 57,980 orang.
Banjir: Penurunan ketara di kebanyakan negeri, lebih 17,600 tinggalkan PPS sejak semalam
Setakat jam 6 petang, jumlah keseluruhan mangsa banjir menurun kepada 53,319 orang berbanding 71,011 orang 24 jam lalu.
KDN gerak sukarelawan pascabanjir - Saifuddin Nasution
KDN mempunyai kelebihan dari segi aset yang akan mempermudah operasi pembersihan seperti pam air berkuasa tinggi dan meriam air (water cannon).
Banjir: Jumlah mangsa di tujuh negeri tidak banyak berubah setakat jam 6 petang
Ia merupakan penurunan sebanyak 185 orang berbanding 71,196 orang yang dilaporkan pada jam 5 petang tadi, menurut portal InfoBencanaJKM.
Banjir: 71,196 mangsa masih berteduh di 246 PPS setakat jam 5 petang
Ini merupakan penurunan sebanyak 1,149 orang berbanding 72,345 orang yang dilaporkan pada jam 4 petang tadi, menurut portal InfoBencanaJKM.