KUALA LUMPUR: Bencana banjir pada tahun ini menunjukkan tahap kesedaran dalam kalangan orang ramai untuk berpindah ke Pusat Pemindahan Sementera (PPS) secara sukarela yang sangat mengagumkan. 


Ringkasan AI
  • Kesedaran Masyarakat: Orang ramai menunjukkan kesedaran yang tinggi untuk berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) secara sukarela.
  • Peningkatan Pendaftaran: Pendaftaran mangsa banjir di PPS meningkat secara mendadak dalam masa yang singkat, menunjukkan respons segera masyarakat.
  • Tindakan Segera: Masyarakat kini lebih peka terhadap tahap kenaikan air yang berbahaya dan bertindak segera untuk menyelamatkan diri.


Penasihat Kanan Teknikal MERCY Malaysia, Norazam Abu Samah berkata, PPS menunjukkan peningkatan pendaftaran mangsa secara mendadak dalam masa yang singkat.

“Jumlah mangsa yang datang melaporkan diri (di PPS) pada kali ini sangat luar biasa. Maknanya, pada hari pertama air bah naik di Kelantan, sekitar beberapa ribu sahaja (yang berpindah ke PPS). 

"Pada hari kedua, terus melonjak kepada 50,000. Jumlah yang sangat tinggi. Mungkin ada beberapa perkara yang kita boleh lihat di sini. Mungkin masyarakat sudah sedar dan mereka memberi respons secara terus tanpa menunggu (arahan pihak berkuasa),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Khamis.

Tambah Norazam, masyarakat juga kini sudah peka mengenai tahap kenaikan air yang dikategorikan sebagai bahaya yang juga membawa kepada tindakan segera untuk menyelamatkan diri daripada banjir.

Setakat 8 malam, mangsa banjir menunjukkan trend penurunan sehingga 36.55 peratus kepada 33,664 orang mangsa melibatkan 10,649 keluarga di tujuh negeri dengan PPS yang masih dibuka juga berkurang kepada 129 buah pusat.


Agenda AWANI: Misi Bantuan Banjir, Tiada Yang Tercicir