PASIR GUDANG: Kira-kira 250 nelayan pesisir pantai di Kampung Pasir Gudang Baru di sini mengalami kesukaran untuk turun ke laut akibat pencemaran sisa buangan yang tidak diketahui punca.
Tinjauan Sinar Harian di lokasi mendapati keadaan di sekitar jeti dipenuhi tompokan putih.
Golongan nelayan di sini mengambil pendekatan tidak turun ke laut kerana gusar sisa tidak diketahui itu boleh merosakkan peralatan mereka.
Ketua Kampung Pasir Gudang Baru Mukim Plentong, Daud Saad berkata, beliau menerima maklumat sisa itu wujud sejak empat hari lalu.
“Nelayan mendakwa air mula menunjukkan tompokan putih dan keadaan ini semakin membimbangkan setiap hari dengan permukaan sudah diselaputi lapisan putih.
“Kita harap keadaan ini tidak begitu serius tetapi sebelum ini penduduk terpaksa menanggung akibat apabila berwarna hitam kerana masalah kumbahan.
"Penduduk baru sahaja lega tetapi masalah lain pula dialami,” katanya ketika ditemui di Jeti Nelayan Kampung Baru Pasir Gudang di sini pada Isnin.
Seorang nelayan, Hassan Mohamad, 60 berkata, sudah tidak turun ke laut sejak empat hari lalu kerana keadaan tersebut menyukarkan pergerakan dan meninggalkan kesan di dasar bot.
“Kita tidak tahu kesannya jika melekat pada enjin bot, Lagipun jajaran tompokan putih ini mencapai sehingga dua kilometer.
Hassan memberitahu, dia tidak pernah melihat kotoran seperti itu sejak 40 tahun menjadi nelayan malah permukaan laut kelihatan diselaputi bahan kimia dan tidak mudah dicuci.
Seorang lagi nelayan, Alimman Jamal, 48, mahu agensi berkaitan mengambil tindakan segera kerana penduduk terutama nelayan sukar mencari rezeki.
“Ini bukan hanya kerana pencemaran tetapi kami akan mengalami kerugian jika peralatan rosak. Sekarang semua bukan murah dan ia akan jadi beban.
“Kami boleh mencuci bot tetapi kos mengganti jaring atau pukat lebih tinggi jika rosak terutama membabitkan peralatan berjenama,” katanya.
Penduduk, Jamil Hussein, 50 pula berharap tindakan segera dapat diambil kerana perkara itu turut membabitkan keselamatan penduduk.
“Kita sebenar risau juga sebab tidak tahu bahan apa. Jadi perlu tahu keputusan cepat sama ada memudaratkan atau sebaliknya.
“Sebahagian besar penduduk di sini adalah nelayan yang menjadi punca pencarian mereka tetapi paling penting ialah hasil tangkapan mereka selamat untuk dimakan atau sebaliknya,” katanya.
Sementara itu, Ahli Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) Zon Rinting 2, Mohd Azizi Mohmad berkata, perkara itu telah dimaklumkan kepada pihak berkaitan dan laporan juga telah disampaikan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS).
“Saya sendiri juga telah tengok keadaan ini dan laporkan kepada pihak berkaitan. Kita tidak mahu perkara ini berlarutan kerana di sini juga bukan semata-mata perkampungan nelayan sahaja.
“Kawasan ini juga menjadi tarikan pelancongan ke Johor terutama kaki pancing ketika Pelan Pemulihan Negera (PPN) Fasa Empat yang diumumkan. Jadi kita mahukan kawasan selamat dan bersih untuk dikunjungi,” katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Nov 22 2021
![Sungai Masai dicemari sisa putih Sungai Masai dicemari sisa putih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/71637619445_KampungPasirGudang.jpg)
Tompokan putih yang didakwa sisa buangan mula memenuhi kawasan sekitar jeti Kampung Pasir Gudang Baru. (Gambar kecil: Hassan, Jamil, Alimman dan Dollah)
![Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721021538_TBSHAMSUL.jpg)
Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia
Rang Undang-Undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 yang bertujuan menubuhkan MCBA diluluskan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
![PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024 PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710922383_MasErmieyatiSamsud.jpg)
PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding bagi empat isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
[TERKINI] Astro dipilih sebagai penyiar rasmi Olimpik Paris 2024
Astro dipilih sebagai penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini.
[TERKINI] Speaker DUN Melaka tunggu surat rasmi Muhammad Jailani
DUN Melaka masih menunggu surat rasmi daripada Pas berhubung tindakan ADUN Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis yang menyertai Pas.
Sasar sumbang RM500 bilion kepada kdnk tempoh tiga tahun
Selangor perlu merancakkan semula kapasiti pembuatan untuk tidak hanya memenuhi keperluan tempatan, tetapi menjadikan negeri itu sebagai asas kepada pelan peluasan ke rantau Asia Tenggara dan Asia.
![Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720789446_Wanitadihempapkay.jpg)
Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.
Sah suspek anggota polis
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek bunuh Nur Farah Kartini, ialah anggota polis.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
![Kanak-kanak 11 tahun, remaja lelaki ditemukan lemas di Sungai Masai Kanak-kanak 11 tahun, remaja lelaki ditemukan lemas di Sungai Masai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71684544437_Kanakkanaklemasja.jpg)
Kanak-kanak 11 tahun, remaja lelaki ditemukan lemas di Sungai Masai
Jenazah mereka diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada 8.33 pagi.
![Kanak-kanak lemas jatuh sungai, seorang lagi hilang Kanak-kanak lemas jatuh sungai, seorang lagi hilang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71684544437_Kanakkanaklemasja.jpg)
Kanak-kanak lemas jatuh sungai, seorang lagi hilang
Mangsa ditemui pada jam 5.06 pagi pada jam jarak kira-kira 50 meter dari lokasi dia dilaporkan jatuh.
![Kanak-kanak, remaja lelaki lemas di Sungai Masai Kanak-kanak, remaja lelaki lemas di Sungai Masai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81642349409_KanakkanakLemas.jpg)
Kanak-kanak, remaja lelaki lemas di Sungai Masai
Keseronokan enam kanak-kanak dan remaja lelaki bermain di sekitar sungai, bertukar tragedi apabila dua daripadanya ditemukan lemas di Sungai Masai berdekatan Taman Masai Utama, di sini pada Ahad.
![Sungai Masai dicemari sisa putih Sungai Masai dicemari sisa putih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/71637619445_KampungPasirGudang.jpg)
Sungai Masai dicemari sisa putih
Golongan nelayan di sini mengambil pendekatan tidak turun ke laut kerana gusar sisa tidak diketahui itu boleh merosakkan peralatan mereka.
![Pencemaran Sungai Masai bukan berpunca dari loji kumbahan Pencemaran Sungai Masai bukan berpunca dari loji kumbahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/51521451006_SungaiMasai.jpg)
Pencemaran Sungai Masai bukan berpunca dari loji kumbahan
Pemeriksaan yang dibuat mendapati pelepasan sisa buangan bukanlah punca pencemaran di Sungai Masai.