KUALA BERANG: Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan merasmikan Jambatan Pulau Poh di Tasik Kenyir di sini, sempena Sambutan Ulang Tahun ke-61 Hari Keputeraan baginda, pada malam Jumaat.
Keberangkatan Tuanku Sultan dan Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah, ke jambatan ikonik itu disambut Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan isteri Toh Puan Seri Tuan Faezah Tuan Abd Rahman.
Turut berangkat keempat-empat anakanda baginda termasuk Yang Di-Pertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail.
Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu Datuk Yahaya Ali.
Ahmad Samsuri dalam ucapannya berkata jambatan berkonsepkan hiasan perahu tradisional masyarakat Terengganu dan memiliki kombinasi reka bentuk tradisional dan moden sepanjang 133 meter itu, menjadi penghubung antara Pengkalan Gawi dan Marina Pulau Poh, Tasik Kenyir.
"Kewujudan jambatan ini telah memberi peluang ekonomi baharu kepada rakyat tempatan di kawasan sekitar, terutamanya pembangunan di Tasik Kenyir dan Hulu Terengganu dengan penganjuran pelbagai program dan acara pelancongan di kawasan ini.
"Kewujudan perniagaan kecil seperti kiosk jualan di kawasan sekitar, sudah pasti memberi peluang kepada lebih ramai usahawan di negeri ini. Kerajaan negeri juga telah mengenal pasti kawasan yang berpotensi untuk dibangunkan bagi meningkatkan ekonomi setempat," katanya.
Bermotifkan kepala bangau dan dibina dengan konsep kabel tetap, jambatan Pulau Poh yang mempunyai empat lorong, telah memperoleh Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) oleh Jabatan Kerja Raya pada 24 Okt 2021.
Projek yang menelan kos RM150 juta itu, telah diserahkan kepada Kerajaan Terengganu pada 22 Dis 2021 dan diuruskan secara sementara oleh Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 23 2023

Projek yang menelan kos RM150 juta itu, telah diserahkan kepada Kerajaan Terengganu pada 22 Dis 2021 dan diuruskan secara sementara oleh Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu. - Gambar Bernama

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Carcosa Seri Negara bakal berwajah baharu menjelang Julai - Dr Zaliha
Usaha itu bagi menghidupkan kembali sejarah dan memastikan warisan itu terus dihargai.

Hasil pelancongan di Langkawi naik 34.9 peratus kepada RM2.4 bilion dari 2022-2024
Kehilangan hasil atau duti terkorban bagi pulau itu berikutan pengecualian cukai meningkat RM227.96 juta atau 59.7 peratus dari 2022.

Tiada rancangan rombakan Kabinet Sarawak - Abang Johari
Tiada rombakan Kabinet negeri akan dilakukan susulan keputusan pemilihan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

'Enam negara, satu destinasi' untuk perkukuh ASEAN sebagai hab pelancongan - PM Thai
Sebagai pintu masuk rantau ini, Paetongtarn berkata Thailand dan Malaysia berada dalam kedudukan yang unik bagi pelaksanaan inisiatif ini.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka kukuh, ini 7 faktor pemacu pertumbuhan
Dengan beberapa langkah strategik kerajaan dan peranan sebagai Pengerusi ASEAN, ekonomi Malaysia dijangka berkembang pesat walaupun berdepan cabaran global.

MATA perkenal platform inovatif IVT, ubah landskap pelancongan Malaysia
MATA memperkenalkan IVT, platform inovatif perintis yang mengubah cara ejen pelancongan dan pelanggan berinteraksi dalam masa nyata.

Sektor perkhidmatan naik 6.3 peratus, catat hasil tertinggi baharu RM2.4 trilion pada 2024
Sektor perkhidmatan Malaysia mencatatkan peningkatan hasil sebanyak 6.3 peratus kepada RM2.4 trilion pada 2024 berbanding RM2.3 trilion pada tahun sebelumnya.

Projek jajaran jalan Malaysia-Thailand hampir siap, perkukuh hubungan dua hala
Projek jajaran jalan yang menghubungkan kemudahan ICQS Bukit Kayu Hitam dengan CIQ Sadao di Thailand dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir tahun ini.

Indonesia catat pertumbuhan ketara dalam pelancongan pada 2024
Indonesia menerima ketibaan 13.9 juta pelancong asing pada 2024, mencatat peningkatan ketara berbanding 11.68 juta pelawat pada 2023.

Perdana Menteri ajak orang ramai rai warisan budaya di 'Malaysia Sarong Music Run' esok
Anwar mengajak orang ramai bersama-sama meraikan warisan budaya Malaysia yang kaya dan unik dalam suasana penuh harmoni pada Malaysia Sarong Music Run 2025 di KLCC esok.