KLANG:Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan mengulangi kebimbangan Baginda mengenai peningkatan isu-isu membabitkan gejala rasuah dan penyebaran berita palsu berunsur fitnah di kalangan rakyat, ahli politik dan penjawat awam.
Menerusi satu kenyataan dikeluarkan Istana Alam Shah pada Khamis, tegas Baginda, rasuah dan fitnah yang semakin berleluasa ketika ini adalah musuh utama yang menular dalam kalangan masyarakat serta dikhuatiri menghancurkan negara.
"Baginda ingin mengingatkan kepada orang Melayu khususnya, bahawa rasuah dan fitnah adalah perbuatan yang dilarang dan berdosa di sisi agama Islam.
"Baginda berpandangan bahawa rasuah dan fitnah ini juga telah menjadi punca kepada perpecahan dalam situasi politik negara dan seterusnya telah mencemar reputasi urus tadbir negara di peringkat antarabangsa. Ini terbukti melalui kejatuhan signifikan dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Malaysia tahun lalu," jelas kenyataan itu.
Dalam pada itu, Sultan Sharafuddin turut memuji langkah akhbar Sinar Harian yang disifatkan Baginda sebagai berani menampilkan laporan pelbagai perspektif mengenai realiti sebenar isu rasuah di Malaysia melalui segmen Rasuah Busters.
"Baginda terkejut apabila membaca mengenai pendedahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa separuh daripada kes-kes rasuah yang berlaku di negara ini melibatkan penjawat awam.
"Oleh yang demikian, Baginda menyeru pihak SPRM supaya terus menjalankan tugas dengan bersungguh-sungguh ke arah menghapuskan kegiatan rasuah.
"Baginda turut berharap pelaku-pelaku rasuah ini dibanteras dengan segera bersandarkan bukti-bukti kukuh, dan diadili di mahkamah dengan pantas dan telus supaya menjadi tauladan kepada masyarakat," jelas kenyataan itu lagi.
Dalam kenyataan itu lagi, Baginda turut menasihatkan setiap rakyat agar memainkan peranan untuk menghentikan perbuatan tidak bermoral (rasuah) yang boleh memusnahkan peradaban bangsa untuk tempoh yang panjang.
Suasana ketika ini, tegas Baginda lagi diburukkan lagi dengan penyebaran berita-berita palsu berunsur fitnah yang kian berleluasa di media-media sosial.
"Baginda tidak mahu kepincangan dan perpecahan yang berlaku di arena politik merebak sehingga memecah-belahkan rakyat.
"Untuk itu, Baginda menyeru agar rakyat berbilang kaum terus bersatu padu dan bijak menepis anasir-anasir tidak baik khususnya rasuah dan fitnah, demi kesejahteraan negara serta generasi akan datang.
"Baginda percaya sekiranya rakyat bersatu, berkhidmat dan berbakti untuk negara yang disayangi ini serta melakukan kerja dengan bersungguh-sungguh, negara akan terus maju ke hadapan," ujar kenyataan Istana Alam Shah itu lagi.
Fareez Azman
Thu Feb 04 2021
![Sultan Selangor zahir kebimbangan mengenai peningkatan gejala rasuah dan penyebaran berita palsu Sultan Selangor zahir kebimbangan mengenai peningkatan gejala rasuah dan penyebaran berita palsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/81598242781_DYMMSULTANSELA.jpg)
Tegas Baginda, rasuah dan fitnah yang semakin berleluasa ketika ini adalah musuh utama yang menular dalam kalangan masyarakat serta dikhuatiri menghancurkan negara. - Gambar Facebook/@selangorroyaloffice
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721125507_SultanSelangor.jpg)
Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata
Sultan Selangor Sultan kini berada di hospital untuk rawatan pemeriksaan kesihatan bagi menjalani prosedur pembedahan katarak mata.
![Sultan Selangor, Tengku Permaisuri lawat Yayasan Tun Jugah Sultan Selangor, Tengku Permaisuri lawat Yayasan Tun Jugah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719649387_TBSultanSelangor.jpg)
Sultan Selangor, Tengku Permaisuri lawat Yayasan Tun Jugah
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan melawat Tekstil, Muzium dan Galeri Yayasan Tun Jugah di Kuching hari ini.
![Sultan Selangor berkenan terima menghadap Menteri Komunikasi Sultan Selangor berkenan terima menghadap Menteri Komunikasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719553325_SelangorRoyalOffic.jpg)
Sultan Selangor berkenan terima menghadap Menteri Komunikasi
Ia bagi mempersembahkan Warkah Persilaan Ke Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-17 Sultan Ibrahim yang dijadualkan berlangsung pada 20 Julai.
![Hamidin mohon menghadap Sultan Selangor Hamidin mohon menghadap Sultan Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719368015_HamidinMohdAmin.jpg)
Hamidin mohon menghadap Sultan Selangor
Hamidin bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu, namun akan menjelaskan berhubung kemelut yang melanda bola sepak tanah air pada masa ini.
![Sultan Selangor, Tengku Permaisuri zahir ucapan selamat Hari Raya Aidiladha Sultan Selangor, Tengku Permaisuri zahir ucapan selamat Hari Raya Aidiladha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718603504_tbSultanSelangor.jpg)
Sultan Selangor, Tengku Permaisuri zahir ucapan selamat Hari Raya Aidiladha
Baginda turut menzahirkan harapan agar umat Islam sentiasa mensyukuri nikmat yang dikurniakan Allah SWT serta melaksanakan ibadah korban demi membantu golongan miskin.
![Raja Muda Selangor kurnia pingat kepada 165 penerima daerah Petaling dan Klang Raja Muda Selangor kurnia pingat kepada 165 penerima daerah Petaling dan Klang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718191779_TBTENGKUAMIRSHAH.jpg)
Raja Muda Selangor kurnia pingat kepada 165 penerima daerah Petaling dan Klang
Raja Muda Selangor berkenan mengurniakan Pingat Negeri Selangor Darul Ehsan kepada 165 penerima bagi daerah Petaling dan Klang.
![Simbah asid: Sultan Selangor titah PDRM siasat hingga ke akar umbi, cari segera pelaku Simbah asid: Sultan Selangor titah PDRM siasat hingga ke akar umbi, cari segera pelaku](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71714922913_TBSULTANSNGORBOLA.jpg)
Simbah asid: Sultan Selangor titah PDRM siasat hingga ke akar umbi, cari segera pelaku
Sultan Sharafuddin mahu siasatan turut mengambil kira kemungkinan ia melibatkan kegiatan kumpulan atau samseng bola sepak.
![Sultan Selangor ingatkan jemaah haji persiapkan diri sebaiknya Sultan Selangor ingatkan jemaah haji persiapkan diri sebaiknya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81714288587_SultanSelangorSha.jpg)
Sultan Selangor ingatkan jemaah haji persiapkan diri sebaiknya
Sultan Selangor menasihatkan bakal jemaah haji untuk mempersiapkan diri sebaik-baiknya, bagi melaksanakan Rukun Islam kelima.
![Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713954094_SelangorRoyalOffic.jpg)
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
![Nahas helikopter Lumut: Sultan Selangor zahir dukacita, sifatkan insiden menyayat hati Nahas helikopter Lumut: Sultan Selangor zahir dukacita, sifatkan insiden menyayat hati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81713850129_TLDMjpg.jpg)
Nahas helikopter Lumut: Sultan Selangor zahir dukacita, sifatkan insiden menyayat hati
Sultan Sharafuddin menambah baginda amat menghargai jasa, bakti dan pengorbanan anggota TLDM yang gugur semasa bertugas.