Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan supaya semua papan tanda di Shah Alam yang mempunyai tulisan bahasa Cina ditanggal dan digantikan dengan papan tanda jalan dengan satu bahasa sahaja – Bahasa Melayu.
Titah itu disampaikan oleh Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani, menerusi surat yang dialamatkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya dan Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad.
"Operasi penukaran papan tanda jalan ini hendaklah dilaksanakan dengan segera dan dapat diselesaikan selewat-lewatnya sebelum tarikh sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-73 Sultan Selangor iaitu pada 11 Dis ini," demikian menurut beliau dalam surat bertarikh hari ini.
BACA: Kenapa tukar tulisan jawi di papan tanda jalan?
Titah baginda itu dipercayai susulan laporan media sebelum ini mengenai beberapa papan tanda nama jalan di Shah Alam yang sebelum ini ditulis dengan Bahasa Melayu dan Jawi namun kemudian ditukar kepada tulisan Cina serta mengekalkan Bahasa Melayu.
Sebelum ini, tular di media sosial mengenai Twitter milik seorang penduduk Shah Alam yang mempersoalkan kewajaran papan tanda nama jalan di kawasannya ditulis dengan bahasa Cina.
Individu berkenaan turut mempersoalkan ke mana menghilangnya tulisan Jawi yang sebelum ini digunakan pada papan tanda nama jalan itu.
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), ketika memberi maklum balas kepada pengguna Twitter tersebut, memaklumkan bahawa mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan Negeri Selangor yang diadakan pada 13 Jan 2017 telah memutuskan penggunaan papan tanda nama jalan dwibahasa selain daripada tulisan rumi.
Menurut MBSA, penggunaan nama jalan di kawasan kampung tradisi menggunakan tulisan Jawi manakala di kawasan kampung baharu menggunakan tulisan bahasa Cina bersesuaian dengan komuniti penduduk di kawasan tersebut. -- Bernama
Bernama
Mon Nov 19 2018

Laporan Sinar Harian Ahad lalu yang membangkitkan isu penukaran tulisan Jawi pada papan tanda jalan di Shah Alam kepada tulisan Cina. - Sinar Harian

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Isu papan tanda: Penguatkuasaan dilaksana untuk pastikan peraturan dipatuhi - Dr Zaliha
Tindakan penguatkuasaan terhadap papan tanda premis perniagaan yang tidak menepati undang-undang dibuat bukan atas desakan mana-mana pihak atau individu.

Papan tanda: Tindakan penguatkuasaan untuk pastikan peniaga patuhi peraturan - DBKL
DBKL menegaskan tindakan penguatkuasaan peraturan papan tanda yang dijalankan di sekitar ibu negara baru-baru ini bertujuan memastikan premis perniagaan mematuhi undang-undang kecil yang ditetapkan.

DBP pertingkat program bahasa Melayu di universiti luar negara
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan meningkatkan program bahasa Melayu di beberapa universiti luar negara termasuk China, Thailand dan Jepun dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan itu.

JKNT keluar lebih 5,000 notis bawah kawalan rokok sehingga Julai tahun ini
JKNT keluarkan 5,431 notis bernilai RM1.3 juta berkaitan pelbagai kesalahan hasil pemeriksaan ke atas 15,356 premis melalui 831 operasi penguatkuasaan di seluruh negeri Terengganu.

Dua maut motosikal terbabas langgar tiang papan tanda
Dua maut selepas motosikal ditunggangi dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar tiang papan tanda jalan di Jalan Besar Kluang, di sini pada kira-kira jam 3 pagi, Selasa.

Lelaki maut, motosikal terbabas rempuh papan tanda
Mangsa warga tempatan berusia 27 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

Penunggang motosikal maut terbabas, kepala kena tiang papan tanda
Seorang lelaki berusia 50 tahun maut setelah motosikal yang ditunggang hilang kawalan lalu terbabas melanggar pembahagi jalan di Ipoh.

Deretan binaan papan tanda 'Sabah Maju Jaya' tak ubah kehidupan rakyat - Bung Moktar
Bung Moktar mahu Hajiji melihat rakyat kini berdepan dengan pelbagai masalah termasuk isu infrastruktur membabitkan bekalan air.

30 papan tanda, tonjol kampung tradisional, lokasi penggambaran popular Kuala Kangsar
Kehadiran papan tanda yang besar dapat merubah sudut pandang pelancong, di samping menampilkan beberapa kampung tradisional.

Tempat berteduh motosikal jamin keselamatan, sedia papan tanda mencukupi
Inisiatif di bawah Bitara MADANI itu merupakan kerjasama antara KKR dan LLM selain turut melibatkan 33 syarikat konsesi lebuh raya.