KOTA BHARU: Sultan Muhammad V menitahkan semua wakil rakyat di Kelantan agar membantu rakyat negeri itu mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.
Setiausaha Sulit Kanan kepada Sultan Kelantan Datuk Nik Mohd Shafriman Nik Hassan berkata ia susulan luahan dukacita baginda terhadap peratusan pendaftaran bagi suntikan vaksin melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di negeri itu yang dilihat antara terendah di negara ini.
"Sultan Muhammad V memuji rakyat Kelantan yang telah berdaftar untuk suntikan vaksin, bagaimanapun baginda berasa dukacita melihat peratusan pendaftaran di negeri itu antara yang terendah iaitu 33 peratus setakat Sabtu.
"Baginda bertitah bahawa semua wakil rakyat di Kelantan perlu bersedia membantu semua rakyat yang memerlukan pertolongan untuk berdaftar dan mengalami kesukaran untuk hadir menerima vaksin pada hari yang ditentukan," menurutnya dalam kenyataan semalam.
Beliau berkata Sultan Muhammad V turut menitahkan semua rakyat Kelantan di dalam mahupun luar negeri itu mengambil serius terhadap peningkatan jangkitan COVID-19 dengan memainkan peranan masing-masing dalam melindungi diri sendiri serta keluarga.
Katanya baginda juga menitahkan supaya rakyat Kelantan yang berada di luar tidak pulang ke negeri itu jika tiada urusan penting bagi mengurangkan risiko jangkitan kepada warga emas dan golongan berisiko.
Di samping itu, Nik Mohd Shafriman berkata baginda turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh petugas barisan hadapan terutama kakitangan Kementerian Kesihatan yang tidak mengenal penat lelah berkhidmat demi masyarakat.
"Baginda berdoa supaya semua barisan hadapan yang sedang berjuang untuk menyelamatkan dan melindungi rakyat Malaysia sentiasa diberikan kekuatan oleh Allah SWT untuk meneruskan perjuangan yang mulia ini.
"Sama-samalah kita memainkan peranan masing-masing dengan mematuhi segala prosedur operasi standard, tidak cuba melarikan diri atau enggan dikuarantin dan tidak merentas negeri supaya peningkatan kes yang mengkhuatirkan ini dapat dibendung secepat mungkin," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 30 2021

Sultan Muhammad V menitahkan supaya rakyat Kelantan yang berada di luar tidak pulang ke negeri itu jika tiada urusan penting bagi mengurangkan risiko jangkitan. --fotoBERNAMA
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Istana Kelantan sangkal dakwaan Tengku Maimun dilarang ke Istana
Menurut Pengelola Istana Diraja Kelantan Datuk Nik Mohd Shafriman Nik Hassan kenyataan seperti yang disiarkan oleh portal itu adalah sama sekali tidak benar dan tidak berasas.

Sultan Muhammad V titah wakil rakyat Kelantan bantu penduduk dapatkan vaksin
Baginda dukacita dengan peratusan pendaftaran bagi suntikan vaksin melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di negeri itu yang dilihat antara terendah di negara ini.

Sultan Muhammad V zahir kebimbangan peningkatan kes COVID-19 di Kelantan
Baginda juga menzahirkan rasa dukacita apabila melihat ramai rakyat Kelantan masih mengambil ringan terhadap pematuhan SOP PKP bagi mengekang penularan wabak berkenaan.

Gelaran Sultanah Kelantan tidak boleh diguna tanpa pengumuman rasmi
Pihak Istana Kelantan menyeru rakyat dan pihak media supaya tidak mudah dipengaruhi maklumat yang belum disahkan tersebar di media sosial.