Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pihak Istana Kelantan pada Isnin, orang awam dan pihak media dinasihati untuk tidak mudah dipengaruhi penularan berita yang tidak sah di media sosial.
Menurut Datuk Perwira Raja Istana Kelantan, Datuk Nik Mohd Shafriman Nik Hassan, Istana Kelantan menyeru rakyat dan pihak media supaya tidak mudah terpengaruh dengan sebarang penyebaran berita dari sumber yang tidak sahih terutama di media sosial.
“Yang Teramat Mulia, Dr Tengku Muhamad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra adalah Tengku Mahkota Kelantan dan Ibunda Sultan Muhammad V, Yang Maha Mulia Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid membawa gelaran Raja Perempuan Tengku Anis," jelasnya.
Sementara itu sumber dekat dengan Istana Kelantan mengesahkan penceraian Rihana Oksana Gorbatenko, 26, yang diberi laporan meluas melalui media baru-baru ini selepas sijil cerainya tular di media sosial.
Oksana dilaporkan telah diceraikan dengan talak tiga bertarikh 22 Jun di Singapura.
BACA: Rihana Oksana dicerai talak tiga?