Sultan Johor Sultan Ibrahim hari ini berangkat memulakan Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2014 selama empat hari dengan memandu bas untuk berjumpa rakyat di 10 daerah di negeri ini.
Kembara bertemakan 'Gaya Hidup Sihat' melibatkan laluan sejauh 858 kilometer itu bermula di Dataran Bandaraya Johor Baharu, di sini, pada pukul 9 pagi ini dengan pelepasan dilakukan Speaker Dewan Undangan Negeri Johor Tan Sri Mohamad Aziz.
Berangkat sama menyertai kembara berkenaan, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail dan kerabat diraja lain.
Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Setiausaha Kerajaan Johor Datuk Ismail Karim, Datuk Bandar Johor Baharu Abdul Rahman Mohamed Dewam dan para pegawai kerajaan.
Terdahulu, Mohamed Khaled dalam ucapannya berkata KMJ yang dianjurkan sejak 2001 dapat merapatkan hubungan baik antara pihak istana, kerajaan negeri dan rakyat jelata sekali gus memperkukuhkan institusi raja berperlembagaan.
"KMJ kali ke-17 ini juga dapat menarik kehadiran pelancong ke negeri ini dan lebih membanggakan program ini diberi pengiktirafan oleh kerajaan persekutuan sebagai satu daripada acara pelancongan utama dalam kalendar Tahun Melawat Malaysia 2014," katanya.
Beliau berkata kehadiran rakyat di sepanjang lokasi kembara itu juga sekali gus dapat mempromosikan produk-produk tempatan dan mampu menjayakan dasar Satu Daerah Satu Industri yang sedang dibangunkan kerajaan negeri Johor ketika ini.
Hari ini, Sultan Johor yang memandu bas mewah 'Prevost Marathon Coach' bersama rombongan baginda dijadual singgah di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), di Seri Alam, di sini sebelum
berangkat ke Dewan Felda Bukit Permai dan Taman Komuniti Bandar Tenggara, dekat Kulaijaya.
KMJ kemudian meneruskan perjalanan ke Hutan Lipur Panti di Kota Tinggi sebelum menamatkan hari pertama dengan bermalam di Kampung Sri Lalang di Mersing.
Pelbagai acara diatur di setiap laluan yang disinggahi Sultan Ibrahim dan rombongan baginda sepanjang KMJ berlangsung termasuk pelancaran kempen 'Johor Bebas Asap Rokok', senam robik dan pameran kesihatan dalam mempromosi gaya hidup sihat selain pengagihan aiskrim secara percuma kepada rakyat.
Sultan Ibrahim akan turut menyampaikan sumbangan Majlis Agama Islam Johor dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor kepada golongan yang layak sepanjang kembara berkenaan.
Bernama
Sat Jun 21 2014

Kembara bertemakan 'Gaya Hidup Sihat' melibatkan laluan sejauh 858 kilometer - foto Bernama

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Kembara Mahkota Johor 2023 buka tirai Sabtu ini
Acara itu bakal menyaksikan Sultan Ibrahim dan Keluarga Diraja Johor kembali menjelajah ke 10 daerah bertemu rakyat.

Sultan Johor guna trak jenis Mack pada Kembara Mahkota Johor
Sultan Ibrahim bertitah baginda sudah merancang untuk menjayakan KMJ menggunakan trak tersebut dengan disertai Kelab Trak Johor.

Sultan Johor kembara memandu bas berjumpa rakyat
Sultan Johor Sultan Ibrahim hari ini berangkat memulakan Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2014 selama empat hari dengan memandu bas untuk berjumpa rakyat di 10 daerah di negeri ini.