JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini memperkenankan penubuhan Persatuan Anak Bangsa Johor (PABJ) yang berperanan menyatukan anak Johor.
Sultan Johor bertitah bahawa baginda sentiasa menitikberatkan perpaduan dalam kalangan Bangsa Johor yang menjadi tunjang kemajuan serta pembangunan negeri ini.
"Saya tiada masalah dalam penubuhan persatuan ini, saya mahu Jawatankuasa Interim berbincang secara terperinci mengenai perlembagaan persatuan dan perkara-perkara lain.
"Selepas disiapkan draf perlembagaan, boleh mengadap semula untuk saya menelitinya kerana saya mahu ia (PABJ) adil kepada semua kaum," titah Sultan Ibrahim kepada Royal Press Office (RPO), yang dimuat naik di Facebook rasmi baginda, di sini hari ini.
Terdahulu, Sultan Johor berkenan menerima mengadap Presiden Interim PABJ Datuk Mohsen Hasbollah bersama Naib Presiden Interim Law Boo Song dan M.Pubalan; Setiausaha Interim Radiah Nordin serta Sekretariat Interim Lutfi Radzi di Pejabat Mados, Istana Bukit Pelangi, pagi ini.
Turut dipersembah kepada Baginda dalam pertemuan itu ialah kertas kerja penubuhan PABJ termasuk ringkasan kronologi penubuhan persatuan, hala tuju, objektif dan carta organisasi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 22 2021
Sultan Johor bertitah bahawa baginda sentiasa menitikberatkan perpaduan dalam kalangan Bangsa Johor yang menjadi tunjang kemajuan serta pembangunan negeri. - Facebook: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Banduan Islam di penjara Narathiwat dihidang makanan halal - Jurucakap
Enam tahanan Malaysia yang berada di penjara berkenaan berkeadaan baik dan mereka tidak membuat apa-apa aduan setakat ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [9 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
1. MTL dijangka kemuncak pada penghujung November
2. PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
3. SPRM: Siasatan menjurus ke arah kenal pasti aset diperoleh FashionValet
1. MTL dijangka kemuncak pada penghujung November
2. PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
3. SPRM: Siasatan menjurus ke arah kenal pasti aset diperoleh FashionValet
ARRC: Hafizh Syahrin manfaat fasiliti berkelas dunia JDT di Padang Seri Gelam
Hafizh sedang melakukan persediaan menjelang pusingan terakhir ARRC 2024 di Litar Antarabangsa Buriram, Thailand bermula 6 hingga 8 Disember depan.
Buy Now Pay Later ibarat hutang buku '555', tiada duit tapi mahu melaram - Penganalisis
Zaman dulu konsep berhutang satu aib, malu kalau kita berhutang tapi sekarang konsep itu tidak wujud lagi kerana yang penting kita ada sesuatu untuk menunjuk-nunjuk.
Lawatan PM Anwar ke Mesir tingkatkan hubungan dua hala - Duta
PM Anwar mengadakan lawatan rasmi ke Mesir bermula hari ini hingga 12 November atas jemputan jemputan Presiden Abdel Fattah El-Sisi.
Trump peroleh AS$500 juta hanya dengan satu hantaran di media sosial
Selepas menulis beliau tidak berhasrat menjual kepentingannya, dengan serta-merta, nilai saham berkenaan melonjak sehingga hampir 15 peratus.
Mourinho didenda, digantung kerana kritik pegawai perlawanan di Turkiye
Tindakan Mourinho dianggap "bercanggah dengan semangat kesukanan, etika sukan atau konsep permainan adil" dan "mengurangkan nilai" bola sepak di Turkiye.
SPRM ambil keterangan bekas pegawai khas Najib
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah hari ini, selesai mengambil keterangan bekas pegawai khas mantan perdana menteri berhubung kes meminta dan menerima rasuah daripada seorang pendakwah selebriti.
PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31, di Lima, Peru, dari 14 hingga 16 November.
Musk sertai perbualan telefon Trump dengan Zelenskyy - Laporan
Trump dan Musk berada di Mar-a-Lago, kediaman dan kelab Trump di Palm Beach, ketika panggilan itu dibuat.
Sultan Ibrahim perkenan penubuhan Persatuan Anak Bangsa Johor
Baginda sentiasa menitikberatkan perpaduan dalam kalangan Bangsa Johor yang menjadi tunjang kemajuan serta pembangunan negeri.