Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berdukacita dengan tindakan segelintir pihak yang sengaja melemparkan fitnah terhadap keluarga diraja Johor berhubung pengambilan tanah sebuah sekolah agama swasta di sini.
Menerusi catatan dalam laman Facebook Sultan Ibrahim, baginda bertitah, fitnah itu yang mendakwa kononnya keluarga diraja Johor mengambil tanah sebuah sekolah agama swasta di Johor Bahru, kini tular dalam laman media sosial.
Ia juga, menurut baginda, sengaja disebarkan dalam media sosial meskipun berita berkenaan tidak benar.
"Jangan senang sangat membuat apa-apa atau sebarang kenyataan tanpa merujuk terhadap mereka yang berkaitan (officials) atau kerajaan dahulu" titah baginda kepada Royal Press Office (RPO) seperti tercatat dalam laman Facebook rasmi baginda itu, malam ini.
RPO adalah pejabat media dan komunikasi rasmi keluarga diraja Johor.
Menerusi catatan Facebook itu, turut dilampirkan sekeping gambar tangkap layar yang menunjukkan akaun Twitter milik individu bernama @ArieCadaver yang mengeluarkan dakwaan berkenaan.
@ArieCadaver dalam titipan Twitternya itu mendakwa kerana isu pengambil alihan tanah itu, sekolah agama yang menjadi sepupunya bersekolah kini terpaksa dipindahkan pada tahun hadapan.
Turut dimuatnaik dalam catatan Facebook itu, satu kenyataan mengenai penjelasan status tapak tanah sekolah itu termasuk mana-mana pihak yang ingin membuat ulasan mengenai status tapak sekolah itu seharusnya menyemak fakta yang diperoleh terlebih dahulu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 02 2018
Sultan Ibrahim berdukacita dengan tindakan segelintir pihak yang sengaja melemparkan fitnah terhadap keluarga diraja Johor. -Gambar fail
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Felda nafi ambil tanah peneroka jika hutang lapuk dihapuskan
Felda menafikan dakwaan mahu mengambil alih ladang milik peneroka sekiranya bersetuju menandatangani Perjanjian Pelarasan Pinjaman Peneroka Secara Bersyarat.
Sultan Ibrahim dukacita ada pihak sengaja lempar fitnah
Ia juga, menurut baginda, sengaja disebarkan dalam media sosial meskipun berita berkenaan tidak benar.