KUALA LUMPUR: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) menafikan dakwaan kononnya mahu mengambil alih ladang milik peneroka sekiranya mereka bersetuju menandatangani Perjanjian Pelarasan Pinjaman Peneroka Secara Bersyarat.
Pengarah Besarnya Datuk Amiruddin Abdul Satar berkata perjanjian berkenaan sebenarnya bersifat adil kepada kedua-dua pihak, yang menjanjikan 80 peratus hutang lapuk peneroka dihapuskan, dan menurutnya banyak salah faham timbul disebabkan masih ramai belum mendapat penerangan lengkap mengenainya.
"Ramai tidak dapat penerangan lagi, (menyebabkan) banyak salah faham, dan ada yang mengadu di media. Kita bukan ambil alih ladang, kita hanya ambil pengurusan ladang, itulah juga objektif dan hasrat FELDA sejak penubuhannya, untuk mengurus ladang secara berkelompok.
"Dalam tempoh seminggu ini kita banyak turun padang di beberapa negeri dan bertemu dengan peneroka untuk menerangkan mengenai perjanjian ini kerana seeloknya penerangan dilakukan secara fizikal agar mereka mendapat gambaran sebenar," katanya dalam taklimat bersama media menerusi aplikasi Zoom hari ini.
Bagaimanapun katanya buat masa ini terdapat kekangan untuk memberi penjelasan kepada semua 92,000 peneroka di seluruh negara memandangkan banyak negeri sedang berada dalam Fasa Satu Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN), selain ada kawasan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Amiruddin berkata tempoh lebih panjang akan diberikan iaitu sebulan, berbanding 14 hari untuk peneroka membuat keputusan sama ada mahu menandatangani perjanjian berkenaan atau sebaliknya.
Beliau menganggarkan sekurang-kurangnya 20 peratus peneroka telah dan akan menandatangani perjanjian itu dalam masa terdekat, dengan masing-masing selepas ini hanya perlu membayar baki pinjaman sebanyak RM200 ke RM300 sebulan berbanding RM800 ke RM1,000 sebulan, selain pendapatan bersih akan meningkat.
"Secara purata hutang setiap peneroka adalah antara RM80,000 ke RM100,000 malah ada yang lebih RM200,000, iaitu hutang terkumpul sejak 20 ke 30 tahun lepas.
"Dengan perjanjian ini, rata-rata peneroka memberi respons positif kerana membabitkan pemansuhan hutang yang banyak, tetapi kita faham tidak semua peneroka jelas mengenai perjanjian itu kerana belum diberi penerangan," katanya.
Pada 7 Julai lepas, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan bersetuju melupuskan sebahagian pinjaman peneroka FELDA berjumlah RM8.3 bilion sebagai inisiatif penjanaan semula organisasi berusia 65 tahun itu.
Menurut kenyataan FELDA semalam, penghapusan itu adalah berdasarkan syarat bahawa peneroka perlu menyerahkan pengurusan kebun kepada organisasi itu, atau mereka masih dibenarkan mengurus kebun sendiri dengan syarat menghantar hasil sepenuhnya kepada FELDA.
Selain itu peneroka perlu membayar ansuran bulanan pinjaman sepenuhnya setiap bulan dan melaksanakan pengurusan kebun mengikut kaedah, piawaian, prosedur operasi standard (SOP) dan amalan pertanian baik ditetapkan FELDA.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 14 2021
Penghapusan itu adalah berdasarkan syarat bahawa peneroka perlu menyerahkan pengurusan kebun kepada organisasi itu, atau mereka masih dibenarkan mengurus kebun sendiri dengan syarat menghantar hasil sepenuhnya kepada FELDA. - Gambar fail
Untung bersih Maybank naik 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga
Keuntungan bersih Maybank meningkat 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2024 berbanding RM2.36 bilion tahun lepas.
Naib Presiden Filipina disepina berkenaan ancaman terhadap Presiden Marcos Jr
Biro Penyiasatan Nasional menyerahkan sepina di pejabat Duterte dan meminta agar beliau hadir di hadapan pengarah biro pada Jumaat.
Hubungan Pas-Bersatu tunjuk bibit kelemahan - Fahmi
Beberapa isu dalaman yang melanda Perikatan Nasional (PN) ketika ini menggambarkan hubungan Pas dan Bersatu bagaikan 'retak menanti belah'.
Dasar baharu AS akan beri kesan hubungan dagang Australia-China
Dasar baharu bakal Presiden AS, Donald Trump bukan saja akan memberi kesan kepada hubungan negara itu dengan China, tetapi juga hubungan bilateral antara negara-negara lain di dunia.
Malaysia berjaya jumpa 'resipi' pertumbuhan ekonomi - Bloomberg
Portal itu berkata, Malaysia berjaya mengekalkan momentum pertumbuhan lebih panjang daripada China, dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mengekalkannya lebih lama daripada tiga pendahulunya.
Pendapatan suku ketiga negara "mengecewakan", kata CIMB Securities
CIMB Securities menyuarakan kebimbangan apabila prestasi semakin banyak syarikat tempatan dilaporkandi bawah jangkaan, yang boleh menimbulkan risiko penurunan unjuran pendapatan FBM KLCI.
[TERKINI] Raih potensi pelaburan RM32.8 bilion, eksport RM1.3 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM
Malaysia minta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatlan.
Apa usaha kerajaan mempersiapkan diri dalam mendepani negara menua
Ahli Parlimen Kapar, Dr Halimah Ali menyatakan persoalan tentang bagaimana persediaan pihak kerajaan dalam mempersiapkan diri dalam berdepan negara menua.
Ekonomi digital Malaysia tumbuh 16%
Menurut laporan E-conomy SEA 2024 oleh Google, Temasek dan Baian & Company, ekonomi digital Malaysia mencapai Nilai Dagangan Kasar (GMV) sebanyak AS$31 bilion atau sekitar RM141 bilion pada 2024.
Johor hasrat perluas tanaman lada hitam
Johor berhasrat memperluas tanaman lada hitam berskala sederhana di negeri ini, kata Pengerusi Jawatankuasa, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri Datuk Zahari Sarip.
Suzana Idayu Wati wanita pertama dilantik Pengarah Besar Felda
Ahli Lembaga Pengarah Felda Datuk Suzana Idayu Wati Osman dilantik sebagai Pengarah Besar Felda yang baharu berkuat kuasa hari ini, menjadi wanita pertama dilantik ke jawatan berkenaan.
Felda mahu pupuk hubungan perniagaan Malaysia dan Indonesia
Felda bersedia untuk menghubungkan syarikat Malaysia, khususnya unit perniagaannya dengan firma dalam KEIND untuk meneroka peluang baharu di kedua-dua negara dan antarabangsa.
12 cedera dua kereta bertembung di Jengka
Sebanyak 12 individu termasuk empat kanak-kanak cedera selepas dua kereta bertembung di Jalan Felda Jengka 4 menghala Maran hari ini.
Taaveekun, KPF Agro Properties perluas kerjasama, edar baja perapi tanah untuk ladang Felda
Kumpulan Taaveekun akan terus memperluaskan kolaborasi bersama KPF Agro Properties Sdn. Bhd dalam penghasilan dan pembekalan perapi tanah untuk merawat tanaman sawit di ladang-ladang FELDA di Malaysia
'Jangan lupa jasa peneroka awal Felda' - PM Anwar
Jasa peneroka awal Felda jangan sesekali dilupakan kerana golongan itu merupakan pengasas tanah rancangan tersebut dan hasil usaha mereka, dinikmati generasi masa kini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bincang, teliti rayuan untuk serah tanah adat kepada penduduk di Tambisan - Anwar
Kerajaan Persekutuan dan negeri, serta Felda, akan adakan perbincangan untuk meneliti rayuan mengenai penyerahan semula tanah adat di Tambisan.
Malaysia mahu berbaik dengan semua negara - Anwar
Beliau meminta tidak ada pihak cuba menekan negara dalam menjalin hubungan diplomatik dengan negara-negara lain.
RM267.76 juta untuk projek prasarana awam, rumah ibadat bukan Islam di Johor
KPKT mengumumkan peruntukan RM267.76 juta bagi 40 projek prasarana awam serta pembaikan dan penyelenggaraan rumah ibadat bukan Islam (RIBI) di Johor tahun ini.
FGV kekal komited terhadap amalan pengambilan pekerja bertanggungjawab
FGV Holdings Bhd kekal komited terhadap amalan pengambilan pekerja yang bertanggungjawab dan prinsip 'tiada yuran pengambilan' untuk bekas pekerja migran melalui program pembayaran baliknya.