Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan keluarga diraja Johor berkenan berangkat mengunjungi kediaman Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Negeri Johor Datuk Tee Siew Kiong, sempena Tahun Baharu Cina, di Taman Setia Tropika, di sini.
Sultan Ibrahim tiba pada kira-kira 10.15 pagi bersama Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah.
Turut berangkat, dua anakanda baginda Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar serta menantu baginda, Dennis Muhammad Abdullah.
Ketibaan keluarga diraja disambut tarian singa dengan iringan paluan gendang dan kompang sebelum bergambar kenangan bersama Tee dan isteri, Datin Lee Choon Guek, keluarga serta saudara-mara.
Sultan Ibrahim turut berkesempatan menyempurnakan kaligrafi satu pepatah Cina "Jia He Wan Shi Xing" yang bermaksud "Keluarga Harmoni, Segala Urusan Akan Berjaya" sebelum menyertai majlis santapan.
Sebelum beredar kira-kira sejam kemudian, baginda sempat merakamkan ucapan Selamat Tahun Baharu Cina buat semua rakyat Johor yang menyambutnya.
"Bersatulah semua rakyat. Baik India, Cina, Melayu, semua Bangsa Johor. Bersatulah kalau hendak maju. Kalau kita berpecah, maka, mundurlah Johor," titah baginda.
Sementara itu, Tee berkata keberangkatan Sultan Ibrahim dan keluarga diraja ke kediaman beliau merupakan kali kedua selepas 2016 dan beliau sekeluarga merafak sembah menjunjung kasih kepada Sultan Ibrahim sekeluarga yang sudi meluangkan masa.
Beliau berkata Bangsa Johor sangat bertuah kerana memiliki konsep "Muafakat Bangsa Johor" yang setiap keturunan dapat memelihara dan mewarisi budaya masing-masing malah menerima pengiktirafan daripada pemerintah dan kerajaan negeri sedia ada.
"Perkara ini sangat mustahak kerana ia merupakan formula penting untuk Johor dalam merealisasikan Johor yang muafakat dan harmoni. Kestabilan masyarakat Johor juga berjaya menarik ramai pelabur dan pelancong ke negeri ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 16 2018
Ketibaan keluarga diraja disambut tarian singa dengan iringan paluan gendang dan kompang sebelum bergambar kenangan bersama. - Facebook: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
P2 Biotech sokong seruan TPM revolusi teknologi industri getah
Seruan ini selaras dengan visi P2 Biotech untuk memodenkan sektor getah, memperkasakan pekebun kecil, serta menarik minat generasi muda.
Google ambil alih pasukan kejuruteraan HTC Vive
Android XR akan digunakan set kepala Samsung Project Moohan dan juga cermin mata pintar Samsung yang masih di peringkat awal pembangunan.
Ipoh antara lapan bandar terbaik di Asia perlu dikunjungi
Menurut Rumaizi, Ipoh berada di kedudukan kelima daripada senarai destinasi pelancongan terbaik di benua Asia.
Tumbuk kakitangan Puspakom, pemilik lori didenda RM1,600
Koh Soon Hua, 60, mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Mandarin oleh jurubahasa mahkamah.
Tumblr TV dilancar kepada umum – Pesaing baharu TikTok?
Tumblr TV sebenarnya adalah produk dari 10 tahun lepas. Cuma, pada ketika itu ia adalah ciri untuk menerokai pelbagai koleksi GIF.
Kanak-kanak maut, lima parah dalam nahas MPV-lori di Maran
Kenderaan dinaiki mangsa dipercayai melanggar belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan pada bahagian tayar.
Ahli Parlimen perlu berhujah berdasarkan fakta, bukan sentimen - Ahli akademik
Menurut Mohamad Fauzan, sikap ini bagi memastikan sesi perbahasan di Dewan Rakyat dilakukan dengan profesional dan beradab.
AWANI Ringkas: Siasatan buku Hannah Yeoh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MEF tak sokong bayar gaji berdasarkan jantina
Pekerja perlu menerima ganjaran daripada majikan berdasarkan sumbangan dan prestasi mereka kepada organisasi, bukan berdasarkan jantina.
Radio Sinar kembali ke slogan asal ‘Muzik Retro Terbaik’
Stesen radio Sinar di bawah Astro Radio Sdn Bhd kini memperkenalkan kembali slogan ‘Muzik Retro Terbaik’. Sinar yang telah 20 tahun bersiaran sebelum ini menggunakan slogan ‘Sinar Menyinari Hidupmu’, yang cukup sinonim dengan pendengar setianya.
Sultan Ibrahim berkenan kunjungi kediaman Exco Pelancongan Johor
Ketibaan keluarga diraja disambut tarian singa dengan iringan paluan gendang dan kompang sebelum bergambar kenangan bersama.