SUBANG: Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah berkenan memandu sendiri kereta dengan membawa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Seri Perdana, Putrajaya sempena lawatan khas baginda ke Malaysia, hari ini.
Sebelum kedua-dua pemimpin itu memulakan perjalanan pada kira-kira 11.45 pagi, Anwar yang duduk bersebelahan Sultan Hassanal Bolkiah, sempat melambaikan tangan ke arah pengamal media.
Turut berkenan menaiki kereta jenis BMW tersebut adalah anakanda Sultan Brunei Pengiran Muda 'Abdul Mateen Bolkiah.
Perjalanan kedua-dua pemimpin itu ke Putrajaya dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang, di sini yang jaraknya kira-kira 41 kilometer, diiringi pasukan keselamatan bermotosikal dan berkereta.
Terdahulu, Anwar menyambut keberangkatan tiba Sultan Hassanal Bolkiah serta delegasi Brunei yang selamat mendarat di Pangkalan TUDM pada 11.40 pagi.
Sejurus tiba, baginda diberikan tabik hormat oleh perbarisan daripada Tentera Darat Malaysia yang diketuai Mejar Mohd Faudzi Che Hashim.
Turut hadir menyambut keberangkatan tiba baginda ialah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Keberangkatan baginda ke Malaysia bagi mengadakan pertemuan sulung dengan Anwar yang mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 pada 24 Nov lepas.
Perdana Menteri juga akan turut meraikan Sultan Hassanal Bolkiah serta Pengiran Muda 'Abdul Mateen dan delegasi Brunei dalam satu majlis santapan tengah hari ini.
Menurut Wisma Putra dalam kenyataan, lawatan terakhir baginda ke Kuala Lumpur adalah pada 4 hingga 6 Mac 2019 untuk menghadiri Rundingan Pemimpin Tahunan ke-22 antara Malaysia dan Brunei.
Malaysia dan Brunei mempunyai hubungan istimewa yang telah lama terjalin melalui persamaan warisan, budaya dan hubungan sesama rakyat.
Bertitik tolak daripada hubungan istimewa ini, kedua-dua pemimpin akan mengambil peluang semasa lawatan itu untuk menilai kemajuan kerjasama sedia ada, di samping meneroka potensi baharu bagi meningkatkan hubungan dan kerjasama yang memberi manfaat kepada kedua-dua negara.
Pada 2021, Brunei ialah rakan dagangan ke-30 terbesar Malaysia dan keenam terbesar dalam ASEAN dengan jumlah perdagangan bernilai RM8.03 bilion (US$1.94 bilion). - BERNAMA
Bernama
Mon Nov 28 2022
Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman dengan Sultan Hassanal Bolkiah sebaik baginda mendarat di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang. - Gambar Jabatan Penerangan Malaysia
Melaka umum dua Bantuan Khas Kewangan minimum RM2,600 untuk penjawat awam
Kerajaan Negeri Melaka mengumumkan dua Bantuan Khas Kewangan untuk penjawat awam di negeri ini, hari ini.
Pantau Agenda Reformasi: Lori pencabut nyawa, apa tindakan keselamatan?
Ikuti ulasan Pegawai Penyelidik, Unit Kenderaan Dagangan (CVU), Pusat Keselamatan Kenderaan dan Biomekanik (VSB), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Ts. Ahmad Saife Salleh, mengenai tindakan yang wajar diambil untuk menjamin keselamatan pengguna jalan raya daripada nahas akibat kenderaan berat yang tidak mengikut piawaian keselamatan pihak berkuasa.
Sebatan di khalayak: Perlu pendekatan harmoni peruntukan undang-undang sivil, syariah - KP IKIM
IKIM akan menganjurkan sidang meja bulat tertutup bagi membincangkan beberapa isu berbangkit termasuk pelaksanaan hukuman sebatan syariah di khalayak ramai di Terengganu.
Cederakan junior UPNM: Mahkamah tetap 4 Februari sebagai tarikh sebutan kes
Mahkamah Sesyen hari ini menetapkan 4 Feb tahun hadapan sebagai tarikh sebutan semula kes seorang pegawai kadet ALK UPNM yang didakwa mencederakan juniornya menggunakan seterika wap panas.
[INFOGRAFIK] Tenaga Buruh (Oktober 2024)
Berikut adalah info berkenaan dengan Tenaga Buruh Oktober 2024.
NUBE lancar kempen hapuskan bayaran pengeluaran tunai RM1
Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) melancarkan kempen tandatangan bertujuan menghapuskan bayaran pengeluaran tunai RM1 di ATM antara bank yang dikenakan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
Turkiye berhasrta bekalkan tenaga elektrik ke Syria
Turkiye berhasrat membekalkan tenaga elektrik ke Syria dan mengukuhkan infrastruktur kuasanya.
Kerajaan Jepun luluskan draf Belanjawan 2025 dengan peruntukan pertahanan tertinggi
Daripada jumlah itu, lebih 10 peratus atau 8.7 trilion yen akan digunakan untuk perbelanjaan pertahanan.
Prestasi China dalam pembangunan berkualiti tinggi 2023
Jurucakap Jabatan Statistik Negara (NBS) memaklumkan berhubung dapatan yang tercatat dalam Tinjauan Ekonomi Kebangsaan kelima dalam satu sidang media anjuran Dewan Negara di sini pada Khamis.
Perdana Menteri Singapura Wong bentang Belanjawan 2025 pada 18 Feb
Perdana Menteri Singapura merangkap Menteri Kewangan, Lawrence Wong akan membentangkan kenyataan Belanjawan Singapura 2025 di parlimen pada 18 Feb.
Keakraban Sultan Brunei sangat bermakna, pupuk hubungan erat dua negara - PM Anwar
Keakraban secara peribadi yang ditunjukkan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah cukup bermakna, dan akan dijaga sebaiknya bagi memupuk hubungan lebih erat antara Malaysia dan Brunei.
Yang di-Pertuan Agong iringi keberangkatan pulang Sultan Brunei
Seri Paduka Baginda berkenan memandu sendiri Sultan Hassanal Bolkiah ke Pangkalan Udara Subang.
Sultan Brunei berkenan terima menghadap PM Anwar
Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu kota.
Sultan Hassanal Bolkiah tiba untuk Istiadat Pertabalan Sultan Ibrahim
Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah tiba di sini, hari ini bagi menghadiri istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-17, Sultan Ibrahim di Istana Negara, esok.
PM Anwar rafak sembah tahniah ulang tahun keputeraan Sultan Brunei ke-78
Anwar, menerusi hantaran sama juga menzahirkan harapan supaya hubungan dan kerjasama antara Malaysia dan Brunei akan terus diperkukuh.
Agong terima persembahan perutusan rasmi Sultan Brunei ke istiadat pertabalan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima perutusan rasmi Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah ke Istiadat Pertabalan yang akan berlangsung pada 20 Julai ini.
Pertabalan Agong: Sultan Brunei berkenan berangkat, serlah hubungan akrab dengan Malaysia
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mempersembahkan kepada Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah warkah persilaan sempena Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda.
Jenazah Tun Taib Mahmud selamat disemadi
Jenazah Tun Abdul Taib Mahmud, selamat dikebumikan di perkuburan keluarganya di Demak Jaya, di Kuching pada 2.20 petang Khamis.
Sultan Brunei berkenan sertai solat jenazah Taib Mahmud
Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah berkenan menyertai solat jenazah bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud di Masjid Demak hari ini.
Sultan Brunei rakam penghargaan jayakan istiadat perkahwinan Putera Mateen, Dayang Anisha
Putera Mateen Bolkiah dan Dayang Anisha selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz dalam Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja pada 11 Januari lalu.