BIRMINGHAM: Mampukah pemain perseorangan wanita profesional negara, Goh Jin Wei menampilkan sesuatu di luar dugaan untuk mengejutkan juara dunia badminton 2019, Pusarla V. Sindhu dalam aksi suku akhir di Sukan Komanwel Birmingham 2022 hari ini?
Berdasarkan persembahan bersemangat juang tinggi dan bertenaga Jin Wei sebelum tumpas 20-22, 17-21 kepada pemain India itu pada perlawanan ketiga final berpasukan campuran, Selasa lalu (2 Ogos), dia mungkin di landasan betul untuk membalas dendam terhadap Sindhu.
Walaupun Jin Wei tewas, Malaysia masih berjaya menewaskan India 3-1 untuk merangkul pingat emas acara berpasukan campuran.
Jin Wei mungkin mempunyai sedikit kelebihan pada perlawanan hari ini kerana mendapat kemenangan percuma terhadap pemain Barbados, Tamisha Janella Williams pada saingan pusingan 16 manakala Sindhu mengalahkan pemain Uganda, Kobuugabe Husina, 21-10, 21-9 di Pusat Pameran Nasional, di sini, pada Jumaat.
Sementara itu, beregu lelaki pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020, Aaron China-Soh Wooi Yik diberi ujian getir oleh pasangan kembar Scotland, Christopher Grimly-Matthew Grimly sebelum mengesahkan slot suku akhir dengan kemenangan 21-19, 21-16.
Dalam saingan suku akhir, Aaron-Wooi Yik akan menentang beregu Uganda, Brian Kasirye-Daniel Wanagaliya yang sebelum ini mengalahkan wakil Zambia, Chongo Mulenga-Kalomba Mulenga, 21-15, 21-15.
Pemain perseorangan lelaki utama negara, Ng Tze Yong, meneruskan aksi cemerlang di sini apabila dengan mudah melangkah ke suku akhir setelah menyingkirkan pemain Maldives, Aifan Rasheed, 21-7, 21-9.
Bagaimanapun, tugas menarik menanti Tze Yong, ranking ke-42 dunia, apabila menentang juara dunia, Loh Kean Yew buat julung kali selepas pemain Singapura itu menewaskan pemain Mauritius, Alexandre Jean Bernard Bongout, 21-13, 21-10.
Dalam pada itu, kem badminton negara lebih ceria apabila beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah tidak menghadapi masalah untuk menjinakkan beregu Afrika Selatan, Jordaan Deidre-Johanita Scholtz, 21-6, 21-4.
Kemenangan itu membolehkan Pearly-Thinaah membuat perhitungan suku akhir dengan Yujian Jin-Crystal Wong Jia Ying selepas beregu Singapura itu menewaskan wakil Australia, Kaitlyn Ea-Angela Yu, 21-12, 21-13.
Sementara itu, pasangan beregu campuran profesional negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing turut mara ke peringkat lapan terakhir dengan kemenangan rutin 21-10, 21-11 ke atas gandingan Australia, Lin Ying Xiang-Gronya Somerville.
Kian Meng-Pei Jing akan menentang Jessica Pugh-Callum Hemming selepas pasangan tuan rumah itu menewaskan wakil Jamaica, Angus Joel-Katherine Wynter, 21-11, 21-7.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 05 2022

Pemain badminton negara Jin Wei Goh ketika membalas hantaran lawannya dari Sri Lanka, Vidara Suhasni Vidanage. - Foto BERNAMA

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Kedah beri ganjaran RM60,000 kepada 24 atlet
Seramai 24 atlet Kedah yang mewakili negara di Sukan Komanwel Birmingham 2022 dan Sukan SEA Kemboja 2023 menerima insentif keseluruhan berjumlah RM60,000 daripada kerajaan negeri Kedah.

Tiga badang negara mungkin tidak sertai Sukan SEA Kemboja
Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) Datuk Ayub Rahmat memberikan bayangan bahawa tiga badang negara, berkemungkinan tidak akan menyertai Sukan SEA Kemboja 2023.

Atlet Selangor cemerlang di Sukan SEA, Komanwel 2022 terima insentif
Insentif disampaikan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam satu majlis di Istana Alam Shah.

Joe Ee mahu fokus pada pelajaran, janji tampilkan aksi terbaik di Sukan Asia
Gimnas berusia 16 tahun itu berkata beliau tetap akan bekerja keras dan berlatih bersungguh-sungguh untuk Sukan Asia.

Biar Tze Yong berjaya dengan caranya sendiri - Choong Hann
Ada pihak mungkin berpendapat atlet itu sudah bersedia untuk 'mencabar' jaguh perseorangan Lee Zii Jia.

Senarai pemenang pingat Malaysia di Sukan Komanwel Birmingham 2022
Disenaraikan nama-nama pemenang pingat bagi kontinjen Malaysia di temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022.

Selamat tinggal Birmingham, kita jumpa di Victoria
Dame Louise Marin menyifatkan Birmingham 2022 sebagai 'berani, menguja dan cemerlang' dan memberikan pujian kepada semua atlet.

Sukan Komanwel: Tidak mahu leka dengan kejayaan hari ini - Pearly
Mereka masih mempunyai ruang untuk diperbaiki walaupun berjaya menyumbang pingat emas ketujuh Malaysia.

Sukan Komanwel: Perjuangan membanggakan, Malaysia perbaiki kedudukan keseluruhan
Malaysia menamatkan saingan di kedudukan 10 sekali gus memperbaiki kedudukan di tempat ke-12 pada edisi 2018.

Beri peluang muka baharu, rombak program latihan - MOM
Kebergantungan kepada atlet sedia ada pada temasya sukan empat tahun sekali itu perlu diubah.