KUALA LUMPUR : Negara dilihat masih belum bersedia untuk melaksanakan kelonggaran pemakaian pelitup muka bagi mereka yang sudah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19.
Menurut pakar perubatan kesihatan awam, Prof Datuk Dr Syed Mohamed Aljunid Syed Junid, kadar liputan vaksinasi di negara ini jauh ketinggalan dan lebih rendah daripada Amerika Syarikat (AS) dan negara Eropah lain.
“Kita tidak sampai 5 peratus daripada penduduk kita yang mendapat vaksin berkenaan.
“Apa yang diumumkan kerajaan AS mungkin tidak sesuai untuk dilaksanakan di Malaysia.
“Jika kelonggaran pemakaian pelitup muka diberi ketika ini, ia akan menimbulkan pelbagai masalah dari segi pelaksanaan penguatkuasaan kerana kita khuatir ada dalam kalangan masyarakat yang belum menerima suntikan vaksin yang mengambil kesempatan untuk tidak memakai pelitup muka,” katanya dalam temu bual bersama Buletin AWANI pada Khamis.
Mengulas lanjut, satu lagi faktor yang perlu diambil kira ialah bilangan kes positif jangkitan COVID-19 yang meningkat dengan mendadak kebelakangan ini.
“(Ini kerana) tingkah laku masyarakat yang tidak mengamalkan SOP (prosedur operasi standard) seperti berkumpul di tempat yang sesak dan tertutup serta tidak memakai pelitup muka.
“Cara utama penyebaran jangkitan COVID-19 adalah menerusi titisan air pesakit dan penularan wabak itu dapat dibendung menerusi pemakaian pelitup muka,” katanya.
Sebelum ini, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat mengumumkan bahawa rakyat negara itu yang telah menerima dos penuh vaksin COVID-19 tidak lagi perlu memakai pelitup muka ketika berada di luar rumah.
BACA: Sudah divaksin, tidak perlu lagi pakai pelitup muka - Joe Biden
Bagaimanapun, Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden berkata pelitup muka masih diperlukan bagi individu sudah divaksin jika menghadiri konsert, menyertai perarakan dan acara sukan berskala besar, walaupun ia dianjurkan di ruang terbuka.
Isabelle Leong
Thu May 06 2021

Menurut pakar kesihatan awam, Prof Datuk Dr Syed Mohamed Aljunid Syed Junid, sekiranya kelonggaran pemakaian pelitup muka diberi ketika ini, ia akan menimbulkan pelbagai masalah dari segi pelaksanaan penguatkuasaan. - Gambar hiasan

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Tiada trend peningkatan influenza, tiada kes selesema burung - KKM
Malaysia tidak menunjukkan trend peningkatan kes influenza dan tidak merekodkan sebarang kes selesema burung (avian influenza) dalam kalangan manusia, demikian menurut Kementerian Kesihatan (KKM).

Ibu negara Vietnam, Hanoi, bandar raya paling tercemar di dunia
Ibu negara Vietnam, Hanoi, menduduki tangga teratas sebagai kota paling tercemar di dunia pada Jumaat, lapor Agensi Anadolu (AA).

Dua remaja perempuan berdepan detik cemas hampir diculik di Gerik
Dua remaja perempuan berusia 14 tahun menempuh detik cemas apabila hampir menjadi mangsa culik di Kampung Padang, Gerik dalam kejadian berasingan pada Isnin dan semalam.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Koronavirus: Tour de France wajibkan pelitup muka di kawasan tertentu
Penganjur memperkenalkan langkah untuk baki acara Tour de France, yang berlangsung sehingga 21 Julai.

Polis tahan enam anggota sindiket ah long disyaki ugut peminjam
Polis menahan enam individu disyaki terbabit aktiviti pinjaman wang tanpa lesen atau 'Ah Long' menerusi beberapa serbuan di sekitar Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur bermula 28 Jun hingga 1 Julai.

Buka sekejap pelitup muka ketika berurusan di kaunter - Polis
Mana-mana premis dimohon menetapkan syarat bagi setiap individu membuka pelitup muka ketika berurusan di kaunter perkhidmatan.

Letusan Gunung Ruang: Tiada keperluan pakai pelitup muka di Sabah
Tiada keperluan memakai pelitup muka di kawasan terbuka di Sabah buat masa ini berikutan letusan gunung berapi di Gunung Ruang baru-baru ini, kata Pengarah Kesihatan Sabah Datuk Dr Asits Sanna.

Pelitup muka kembali wajib dipakai di Sepanyol
Perkara itu dinyatakan Kementerian Kesihatan ketika mana negara itu berdepan wabak selesema.

COVID-19 terkawal tetapi virus akan terus ada bersama kita - KKM
Kebanyakan kes COVID-19 yang dilaporkan mengalami gejala ringan dan tidak memerlukan rawatan di hospital.